Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : agama yg dipercayai dan dianuti oleh pengikut Jesus Christ; orang ~ penganut agama Kristian; mengkristiankan menjadikan sbg penganut (pengikut) agama Kristian, memasukkan ke dlm agama Kristian: tugas paderi itu ialah berusaha ~ penduduk pulau itu; pengkristianan perbuatan mengkristiankan seseorang: ~ penduduk tempatan telah dilakukan sejak beberapa lama dulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 = agama ~ agama yg penganut-penganutnya mempercayai bahawa Nabi Isa ialah anak Tuhan; Nasrani. 2 = orang ~ orang yg menganut agama Kristian; orang yg beragama Nasrani. mengkristiankan menjadikan seseorang menganut agama Kristian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kristian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
kristian atau buddishtTiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan nyatakan soalan saudara dengan jelas.Lain-lain31.07.2012
Perkataan mukjizat boleh digunakan dalam konteks agama Kristian?Mukjizat bermaksud kejadian luar biasa kurniaan Allah kepada para nabi dan rasul untuk membuktikan kebenaran mereka. Ini bermakna, mukjizat merujuk kepada ajaran agama Islam. Untuk itu, tidak boleh digunakan untuk agama Kristian.Lain-lain04.10.2015
Dalam konteks agama Kristian, mereka merujuk kepada Jesus sebagai 'Lord'. Apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemah perkataan 'Lord' ini? Juga, apabila merujuk kepada Jesus dalam ayat seperti, 'He calls the disciples to be holy', yang man 'He' merujuk kepada Jesus, adakah 'He' diterjemah kepada 'Dia' atau terdapat perkataan yang lebih sesuai seperti 'beliau'? Terima kasih.Mohon maaf, pihak kami tidak dapat menjawab soalan ini kerana ia bukan sahaja berkaitan dengan bahasa, istilah atau makna, tetapi ia berkaitan juga dengan pemahaman dan akidah dalam bidang agama. Pihak kami mencadangkan supaya soalan ini dikemukakan kepada pihak lain yang berkaitan, contohnya: JAKIM atau Jabatan Perdana Menteri.Lain-lain24.03.2018
Adakah kata sendi "pada" mesti wujud dalam ayat berikut? Agama Kristian bermula kira-kira PADA 2 000 tahun yang lampau. Terima kasih.Tidak perlu kata sendi nama 'pada' dalam ayat tersebut.Tatabahasa19.05.2011
Penerangan lengkap tentang kuil, gereja dan tokong.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, kuil ialah rumah berhala atau tempat memuja dewa-dewa. Gereja ialah tempat atau rumah sembahyang bagi orang Kristian dan tokong ialah rumah berhala atau gambar patung yang dipuja-puja. Untuk mendapatkan keterangan lengkap, sila rujuk ensiklopedia atau buku-buku berkenaannya.Lain-lain31.01.2010
apakah maksud "tiada lagi kidung mu"

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna kidung ialah sj nyanyian, syair yg dinyanyikan, kekawin; ~ gereja lagu yg dinyanyikan oleh orang Kristian dlm gereja; tukang ~ penyanyi kidung; 

Makna15.09.2009
hari Deepavali atau Hari Deepavali? alasannya. TQ.Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan04.09.2012
Bagaimanakah penggunaan perkataan "Islamis"? Adakah boleh digunakan dalam ayat bahasa Melayu? Contoh: Dataran Tahrir menjadi tempat berhimpun para penunjuk perasaan bagi golongan yang kecewa, kaum muda, kelompok Islamis termasuk Ikhwan Muslimin dan golongan minoriti Kristian Koptik.Perkataan Islami tiada dalam bahasa Melayu. Frasa kelompok Islami boleh ditukarkan menjadi kelompok beragama Islam.Tatabahasa09.07.2013
hari Deepavali atau Hari Deepavali yang betul penggunaan huruf besar?Ejaan yang betul ialah hari Deepavali kerana Deepavali bermaksud hari perayaan bagi penganut agama Hindu, sama seperti hari Krismas (hari besar yang dirayakan oleh orang Kristian). Walau bagaimanapun tidak salah untuk kita mengeja Hari Deepavali dan Hari Krismas bagi menyelaraskan ejaannya dengan hari yang lain seperti Hari Raya Puasa, Hari Kebangsaan dan Hari Guru.Ejaan05.10.2012
Apakah maksud definisi misi,visi dan piagam

misi

  • 1. perwakilan dr sesebuah negara ke negara lain utk sesuatu tugas; 2. urusan bkn penyiaran agama Kristian; 3. tugas khusus yg dipertanggungjawabkan kpd atau yg akan dilakukan oleh seseorang atau sesuatu kumpulan: ~ organisasi saya ialah mengadakan kemudahan pengangkutan udara dan perhubungan yg paling akrab dgn keperluan negara

visi

  • tanggapan dan pandangan yg jauh dan mendalam, terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan dsb, wawasan: pemimpin yg mempunyai keperibadian yg utuh serta ~ dlm kepimpinan; Pak Arena menganggap ~ itu penting dlm penulisan sebab tanpa ~ seseorang tidak boleh menjadi penyair, tidak boleh menjadi seniman;

piagam

  • 1. surat rasmi yg menyatakan pemberian hak atau tanah dll (tertulis pd batu, logam, dll); 2. surat atau tulisan rasmi yg mengandungi pernyataan dan persetujuan tentang sesuatu (dasar dll): ~ BB itu dibentuk oleh negara-negara anggota BB sendiri; 3. ark diploma, ijazah; memiagamkan menentukan (menyatakan) sesuatu dlm piagam.
Makna27.11.2008
12

Kembali ke atas