Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.tik] | کريتيک

Definisi : 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang ke­burukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.tik] | کريتيک

Definisi : 1 ulasan ttg sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dsb) yg menyentuh kebaikan dan kelemahannya di samping memberikan penilaian mengenainya: Pd masa ini, banyak tersiar ~ mengenai cerpen dan sajak. 2 = kritikan pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. mengkritik menghuraikan atau meneliti mana-mana yg baik dan yg tidak baik: Beliau telah ~ kelakuan sesetengah penuntut di maktab tsb. pengkritik orang yg mengkritik: ~ sastera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kritik
Kata Terbitan : kritikan, mengkritik, pengkritik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. maksud bintang tujuh 2. kritikan1. Gugusan bintang yg tujuh banyaknya. 2. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll).,; kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman.Makna14.12.2006
Saya hendak tahu apa makna perkataan kritikan dari kamus dewan. Dan boleh saya tahu nama penerbit kamus dewan edisi terbaru?

Kritikan dalam Kamus Dewan bermaksud 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman;

Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Makna13.05.2008
Bagaimanakah kita hendak menjelaskan perubahan bentuk tunggal "jawab" kepada terbitan "jawapan"?Akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

kata nama + -an
kritik + -an - kritikan (hasil mengkritik)
bekal + -an - bekalan

kata kerja + -an
tulis + -an - tulisan (hasil menulis)
lukis + -an - lukisan

Dari segi pembentukan kata perkataan 'jawab' apabila menerima akhiran -an seharusnya menjadi jawaban{jawab + -an]. Kedua-dua "jawapan" dan "jawaban" adalah betul. Walau bagaimanapun, bentuk mantap yang telah lazim digunakan ialah jawapan.

Tatabahasa06.05.2012

Kembali ke atas