| 1)Apakah maksud terhenjut-henjut? 2)apakah maksud sektor kritikal ? | 1. Ejaan yang betul ialah terenjut-enjut. Maksud bagi perkataan tersebut ialah (bergerak dll) turun naik (tinggi rendah): ia berjalan. Sektor kritikal pula ialah sektor yang penting dan sedang menghadapi kekurangan tenaga pakar yang memerlukan perhatian khusus. Contohnya bidang kedoktoran. | Makna | 11.01.2010 |
| Minta semakan tatabahasa bagi laporan berita dibawah. Terima kasih. JOHOR BAHRU, 16 Mei 2026 - Kelab A UTM dengan kerjasama Pusat Kesihatan UTM telah menganjurkan dengan jayanya Program Basic Life Support Training di Aras 1 Pusat Kesihatan UTM. Penganjuran program ini bertujuan untuk melahirkan mahasiswa yang mempunyai kemahiran kritikal bagi menghadapi situasi kecemasan. Seramai 27 peserta dalam kalangan mahasiswa UTM telah menyertai program ini yang mendedahkan mereka kepada teori dan kemahiran praktikal tentang Basic Life Support, Teknik Resusitasi kardiopulmonari (CPR), penggunaan Automated External Defibrillator (AED) dan Teknik Rawatan Tercekik. Program ini diakhiri dengan ujian teori dan praktikal untuk melayakkan para peserta mendapatkan sijil sebagai perawat yang diiktiraf oleh Pusat Kesihatan UTM. Program ini menyokong aspirasi Sustainable Development Goals (SDG) 3 melalui peningkatan tahap kesihatan serta kesejahteraan dalam kalangan mahasiswa UTM. Selain itu, SDG 4 turut tercapai melalui program ini yang menggalakkan pendidikan sepanjang hayat kepada mahasiswa UTM. Semoga penganjuran program ini memberi manfaat kepada mahasiswa UTM untuk membantu yang memerlukan pada saat kecemasan sama ada di dalam mahupun di luar kampus UTM. | Sekiranya tuan memerlukan semakan bahasa Melayu dalam dokumen, sila hantarkan dokumen tuan melalui e-mel ayu@dbp.gov.my untuk mendapatkan sebut harga. Sila pastikan dokumen tuan mengikut format berikut: Jenis huruf: Arial Saiz huruf: 12 Langkau: 2 baris | Lain-lain | 19.05.2026 |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti padanan kata bagi perkataan berikut: (1) contrastive analysis; (2) error analysis; (3) critical discourse analysis. Sekian, terima kasih. | Padanan contrastive analysis ialah analisis bezaan, error analysis ialah analisis kesilapan, walau bagaimanpun tidak ada terjemahan bagi critical discourse analysis dan kami mencadangkan analisis kritikal wacana digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.11.2014 |