Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kru] | کرو

Definisi : sekumpulan petugas, terutamanya yg mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yg bekerja bersama-sama mengendalikan sesuatu tugasan, projek dsb: sekumpulan jurugambar media cetak serta ~ sebuah stesen televisyen swasta kelihatan sedang membuat liputan peristiwa yg bersejarah itu; penerbit filem diwajibkan mengambil pelakon dan ~ yg berdaftar dgn persatuan masing-masing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kru] | کرو

Definisi : sekumpulan petugas, terutamanya yg mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yg bekerja bersama-sama utk mengendalikan sesuatu tugas, projek dsb: Wartawan dan ~ stesen televisyen sedang membuat liputan peristiwa yg bersejarah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kru


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
penggunaan perkataan Krew dalam cetakanBerdasarkan maklumat dalam data kamus dan istilah terbitan DBP, perkataan yang betul ialah "kru". Kru bermaksud sekumpulan petugas, terutamanya yang mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yang bekerja bersama-sama mengendalikan sesuatu tugasan atau projek.Tatabahasa05.02.2014
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya terjemahan yang betul untuk Crew. Adakah krew atau kru. Di dalam PRPM tertulis ®kru. Apakah maksud ®? Terima kasih.Ejaan yang lebih tepat "kru". Simbol ® merujuk kepada kru.Ejaan04.12.2014
1. Apakah ejean yang tepat untuk Yang Berbahagia, Yang Berusaha, YBhg atau YBhg.,YBrs atau Y.Brs. atau YBrs. 2. Jika ejaan bagi screw ialah skru, bukan skrew. Dengan demikian crew harus dieja kru bukan krew. Ejaan tidak seragam antara TV3, RTM dan akhbar. Sila beri penjelasan. 3. Saya masih keliru tentang penentuan waktu. Saya pernah merujuk dgn BDP pada awal tahun 2000. Petang bermula pada pukul 2.00 hingga 6.59 petang. Malam bermula dari pukul 7.00 hingga 11.59 malam. Penentuan waktu ini tidak seragam. TV3 menggunakan petang dari pukul 1.00 hingga 7.00 petang. Ada ketikanya 7.30 pun masih petang. Boleh tuan jelaskan tentang penentuan waktu ini. Terima kasih.

YBhg. Datuk,

i. Ejaan yang tepat ialah YBhg. dan YBrs.  ii. Sehingga kini tiada pembentukan kata kru atau krew. Padanan yang digunakan ialah petugas, pekerja atau anak kapal. 3. Pukul 12.00 hingga 1.59 ialah tengah hari; 2.00 hingga 6.59 ialah petang; 7.00 hingga 11.59 ialah malam; 12.00 hingga 12.59 ialah tengah malam; 1.00 hingga 11.59 ialah pagi.

Dicadangkan semua stesen penyiaran di bawah Kementerian berkenaan bertemu dan membuat satu keputusan tentang penyeragaman penggunaan bahasa di semua stesen penyiaran.

Tatabahasa13.05.2010
Salam, sukacita sekiranya pihak DBP dapat memaklumkan istilah yang sesuai untuk perkataan berikut: collared shirt = kemeja berkolar ribbed neckline = leher baju beralur round neck = leher baju bulat crewneck = leher baju kecil/ leher baju kru (Crewneck merujuk kepada leher baju berpotongan bulat tetapi saiznya lebih sempit berbanding leher baju bulat) Dalam laman web DBP, "scoopneck" diterjemahkan sebagai garis leher skup. Adakah leher baju lebih sesuai digantikan kepada garis leher atau boleh dikekalkan? Sekian, terima kasih.Untuk makluman, setakat ini perkataan bahasa Inggeris tersebut tidak mempunyai padanan dalam bahasa Melayu. Sunggupun begitu, kami mencadangkan terjemahannya seperti di bawah:

1. collared shirt - baju leher berkolar
2. ribbed neckline - baju leher beralur
3. round neck - baju leher bulat
4. crewneck - baju leher ketat
Penyemakan dan penterjemahan19.09.2018

Kembali ke atas