U MOBILE KEDAI PERALATAN TELEKOMUNIKASI DIMILIKI OLEH : KS LUCKY STAR TRADING | Sila buat permohonan pengesahan iklan melalui dbpsahbahasa.my | Lain-lain | 24.05.2019 |
1. Adakah ayat ini betul? "Saya tuisyen pada hari Rabu." 2. Saya nak cadangkan supaya dalam kamus online dbp, sertakan sekali jenis kata (tatabahasa: kn, ks, kk, dsbnya) utk setiap perkataan yang disenaraikan untuk memudahkan para pengguna. Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah 'Saya menghadiri kelas tuisyen pada hari Rabu' 2. Untuk makluman saudara Bahagian Perkamusan, DBP sedang mengusahakan penerbitan Kamus Besar Bahasa Melayu yang memasukkan kelas kata entri kamus berkenaan. | Tatabahasa | 29.04.2011 |
Nombor matriks mahasiswa atau nombor matrik mahasiswa. | Frasa yang betul ialah 'kad matriks mahasiswa'. Ini kerana penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata (atau akhir suku kata)bagi kata yang diterima gugus konsonan -x akan menjadi -ks, maka matrix akan menjadi matriks. Contoh lain seperti complex menjadi kompleks, reflex menjadi refleks dan duplex menjadi dupleks. | Istilah | 23.09.2014 |
Hi DBP, Bolehkah saya tanya soalan tentang kata Majmuk? Soalan ini kerja sekolah (Buku activiti BM tahun 3)anak saya. Adakah ayat bawah ini merupakan ayat Majmuk? 1. Encik Ismail suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis. 2. Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa degan madu. * "dengan" dalam ayat ini ialah ks atau kh? Adakah "dengan" disini merupakan ayat majmuk pancangan keterangan? 3. Bagi, Puan Sakina, sarapan yang berkhasiat sangat penting untuk keluarfanya. *Adakah "yang" di ayat ini merupakan kata hubung? Saya cuba mencari maklumat tentang soalan atas tetapi tidak dapat penjelasan yang jelas. Terima kasih! Regards, James Ng | Ayat “Encik Ismail suka makan lempeng kelapa dengan sambal ikan bilis”. 2. “Anak-anak mereka pula suka makan lempeng kelapa dengan madu” bukan ayat majmuk. "dengan" dalam ayat ini ialah kata sendi. Ayat ini bukan ayat majmuk pancangan keterangan. Contoh kata hubung pancangan keterangan ialah kalau, hingga, sementara, setelah, sewaktu, semasa, sungguhpun dan lain-lain ( Tatabahasa Dewan edisi ketiga, muka surat 253) Frasa sendi nama dengan madu atau dengan sambal ikan bilis merupakan unsur keterangan kepada frasa nama madu dan ikan bilis. Frasa sendi nama yang menjadi keterangan kepada frasa kerja boleh mendukung beberapa makna, dan bagi contoh ayat ini menunjukkan keterangan alat ( Tatabahasa Dewan edisi ketiga ) 3. "yang" dalam ayat "sarapan yang berkhasiat sangat penting untuk keluarganya" merupakan kata hubung pancangan relatif.
| Tatabahasa | 24.01.2019 |
Penggunaan perkataan 'DAN' atau 'ATAU' di dalam Buku Garis Panduan perlukah diletakkan di setiap penyataan atau sebelum penyataan terakhir sahaja? Jika diletakkan pada penyataan terakhir sahaja, adakah ia secara automatik diaplikasikan terhadap penyataan-penyataan sebelumnya? Contoh seperti yang dilampirkan. Terima kasih. | Untuk makluman, penggunaan yang tepat ialah "Contoh 1": 2.4 Menentukan Jumlah Kredit 24.2.1 Jumlah kredit yang boleh diambil oleh pelajar bagi sesuatu semester adalah seperti dinyatakan pada perkara 14.2. 24.2.2 Pelajar boleh mengambil jumlah kredit kurang daripada dua belas (12) sekiranya memenuhi mana-mana satu syarat di bawah: i. pelajar semester akhir; atau ii. pelajar mengikuti semester pendek; atau iii. pelajar Kursus Secara Sambilan (KSS), atau apa-apa program seumpamanya; atau iv. pelajar mendapat keputusan Kedudukan Bersyarat (KS) pada semester sebelumnya; | Lain-lain | 05.10.2015 |
Mohon penjelasan berkenaan penggunaan bahasa ini bagi mengklasifikasikan bangunan. 1. Bangunan 2. Wisma 3. Menara 4. Kompleks | bangunansesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama; wisma- 1. rumah; 2. bangunan yg di dalamnya terdapat ruang pejabat, kedai, dsb: W~ Persekutuan; W~ Yakin.
menara- bangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja, dll) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknya; ~ api rumah api utk panduan kapal; ~ gading a) keadaan atau kedudukan yg tersisih drpd keadaan hidup sehari-hari (masalah sebenar yg dihadapi dsb); b) pusat pengajian tinggi (spt universiti); ~ kawalan bangunan berbentuk menara di lapangan terbang tempat mengawal lalu lintas udara, terutamanya perlepasan dan pendaratan kapal terbang
kompleks- (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ `aku pengarang' dan `aku wartawan'; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh
| Makna | 30.09.2009 |
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i | MAKNA APITAN meN…kan - Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
- Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
- Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan…
APITAN meN…i - Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
- Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
- Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:
mengakui = mengaku akan/tentang mempercayai = percaya kepada - Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,
* menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…
| Tatabahasa | 13.06.2009 |