Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuan.ti.ti] | کوانتيتي

Definisi : banyaknya, jumlah, bilangan (sesuatu); mengkuantitikan menghitung sesuatu secara kuantiti: ahli sains telah ~ dan menggunakan teknik formal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuan.ti.ti] | کوانتيتي

Definisi : banyaknya (jumlah, bilangan) sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuantiti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
yang manakah betul? pecutan adalah suatu kuantiti vektor atau pecutan ialah suatu kuantiti vektor. terima kasih.Frasa yang betul ialah "Pecutan ialah suatu kuantiti vector..."Tatabahasa10.07.2013
Untuk kuantiti, perkataan yang sesuai menunjukkan peningkatan/penurunan. Sebagai contoh: kenaikan kuota atau penambahan kuota bagi: i. bilangan anggota/pegawai/calon ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) iii bilangan kaunter iv. perkhidmatan Diharap pihak tuan dapat membantu bagi tujuan urusan surat-menyurat Jabatan. Terima kasih.Mungkin apa yang dimaksudkan oleh saudara ialah “penjodoh bilangan”i. bilangan anggota/pegawai/calon – orang, cth.: seorang pegawai, dua orang calon.ii. bilangan objek (e.g. kereta, motosikal) – buah, cth.: Sebuah kereta, tiga buah motosikal.iii. bilangan kaunter – buah, cth.: sebuah kaunter.iv. perkhidmatan – buah, cth.: sebuah perkhidmatan.Tatabahasa09.02.2009
Salam dan terima kasih kerana membantu. "Bill of Quantities" ialah suatu pernyataan terperinci kerja, bahan, bahagian/komponen, harga, dimensi, dan butiran lain, untuk mendirikan bangunan atau infrastruktur lain. Dokumen ini digunakan untuk tender dalam industri pembinaan. Apakah terjemahan yang paling sesuai untuk "Bill of Quantities" - Bil Kuantiti, Senarai Kuantiti atau apa-apa terjemahan lain? Terima kasih sekali lagi.Bagi perkataan “Bill of Quantities”, terdapat padanan istilah dalam bidang kejuruteraan iaitu Jadual Bahan.Istilah25.08.2019
1.Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur. 2. Bekalan elektrik yang terputus meyebabkan seluruh peserta kursus menggelabah. Soalan saya : Salahkah penggunaan kata bilangan tak tentu dalam ayat-ayat di atas (sedikit & seluruh)? Jika ya, harap dapat diberikan alasan. Terima kasih.1. Hanya sedikit murid yang tidak menunaikan solat zuhur.
2. Bekalan elektrik yang terputus menyebabkan semua peserta kursus menggelabah.

Sedikit dan seluruh merupakan kata bilangan yang tergolong dalam kata kuantiti. Kata kuantiti adalah kata kardinal yang jumlahnya tidak semuanya nyata.

sedikit, beberapa = jumlah yang tidak banyak tetapi lebih daripada satu.
seluruh = kata kuantiti yang berkaitan erat dengan tempat ( Contoh; Seluruh masyarakat turut bergabung).
semua = jumlah banyak.


Sila rujuk Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima Asmah Haji Omar untuk rujukan lanjut.
Tatabahasa04.02.2013
Berkenaan kata ganda,adakah pengandaan kata itu bermaksud menyatakan penambahan kuantiti benda yang dimaksudkan, seperti 1buku-> buku-buku (maksud ada banyak buku) 2 rama-> rama-rama (maksud ??) Minta penjelasan ...terima kasihKata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar sama ada kata tersebut diulang keseluruhannya atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Kata ganda penuh ialah penggandaan seluruh kata dasar jenis kata nama tanpa sebarang perubahan bentuk, contoh : buku-buku dan sekolah-sekolah. Kata ganda separa ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar, contoh : gegelang, sesiku dan sesumbu.

Kata ganda semu termasuk dalam kategori penggandaan penuh dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kata ganda semu ialah perkataan yang asalnya wujud dalam bentuk ganda seperti kanak-kanak, kura-kura, rama-rama dan layang-layang. 
Tatabahasa09.09.2017
apakah penjodoh bilangan bagi beras.Penjodoh bilangan untuk beras bergantung pada kuantiti. Contohnya seguni beras, segantang beras, sebutir beras, secupak beras, dsbnya. Istilah04.09.2009
Apakah kata adjektif yang sesuai bagi sesuatu yang ditumbuk? 'Lumat' atau 'hancur'?Bergantung kepada kuantiti.Tatabahasa25.05.2010
Adakah betul secara istilahnya menggunakan perkataan 'mengaut' didalam konteks ayat ini. Saya mengaut air sungai dengan baldi . saya berpendapat mencedok tidak tepat jika digunakan dengan kata nama baldi kerana cedok adalah untuk kuantiti yang sedikit seperti sendok atau cetung. Mohon jawapan dan nasihat.Lazimnya perbuatan mengaut dilakukan dengan tangan (mengumpulkan dengan tangan), seperti mengaut pasir di pantai. Oleh itu, kata mengaut tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa20.09.2011
Saya ingin mendapatkan kepastian bagi penggunaan penjodoh bilangan untuk anggota badan yang merujuk kepada salah satu anggota badan yang berpasangan seperti tangan, kaki, mata dan telinga. Apakah kata 'sebelah' merupakan penjodoh bilangan untuk menunjukkan kuantiti yang bermaksud satu daripada dua anggota tersebut? Contoh: Dia kehilangan sebelah kaki. Sekian.Merujuk Kamus Dewan sebelah bermaksud setengah, separuh atau sebahagian (daripada sepasang, dua benda) dan bagi benda yang berpasangan sebelah atau sebahagian daripadanya lazimnya merujuk kepada satu daripada pasangan benda yang tersebut.Tatabahasa01.04.2013
Mohon bertanya, jikalau deep-fry adalah goreng celur, dan stir-fry pula goreng kilas, apakah pula istilah Bahasa Melayu yang sesuai digunakan untuk pan-fry? Sekian, terima kasihTiada maklumat pan fry dalam pangkalan data kami. Adakah pan fry juga merujuk kaedah memasak atau kuantiti yang dimasak menggunakan peralatan tersebut. Jika kaedah memasak, terangkan kepada kami kaedah pan fry tersebut,Istilah17.09.2017
12

Kembali ke atas