salam, boleh saudara/saudari berikan maksud tumit tangan? terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, tumit ialah 1. bahagian yang di belakang sekali drpd tapak kaki (di bawah buku lali); ~ bagai lengĀkuas muda = ~ spt pauh dilarik = ~ telur burung tumit (perempuan) yg cantik; 2. bahagiĀan drpd sesuatu yg menyerupai tumit: dia menghentakkan ~ sepatunya di lantai; cakap berdegar-degar, ~ di keting prb orang yg bercakap besar tetapi penakut. Lazimnya, pengguna bahasa menggunakan tapak tangan dan tumit lebih lazim penggunaan untuk kaki. | Tatabahasa | 24.12.2013 |
1.Adakah kata hubung pancangan relatif "yang" ialah digraf? 2.Adakah "yang" ialah morfem?Kalau ialah morfem,dikira sebagai morfem bebas atau terikat? 3.Berikut merupakan dua ayat majmuk.Adakah kedua-dua ayat majmuk boleh diterima?Dalam buku Dewan Tatabahasa, terdapat contoh ayat a. a. Kong Hee tidak hadir semalam kerana sakit. b. Kong Hee tidak hadir semalam kerana dia sakit. 4.Perkataan "lengkuas" mempunyai digraf (leng) dan vokal berganding(kuas). | 1. Perkataan "yang" boleh menjadi sebahagian daripada digraf sama seperti perkataan lain juga yang mempunyai dua huruf berturutan dan mewakili satu bunyi. 2. Perkataan "yang" juga sebahagian daripada morfem. 3. Ayat majmuk yang betul ialah "Kong Hee tidak hadir semalam kerana sakit". 4. Contoh yang tuan berikan dengan merujuk perkataan lengkuas, betul. | Tatabahasa | 10.10.2015 |