Apa maksud memaut? | Maksud memaut ialah memegang dan menarik ke diri sendiri, memegang kuat-kuat (dengan teguh), 2. melilit dengan teguh, mengikat, menyangkut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat di bawah kata 'paut'. Untuk mengetahui maksud sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 08.09.2008 |
betapa kuat balingan kuat lagi mampan | betapa kuat balingan kuat lagi keazaman | Tatabahasa | 05.06.2007 |
ribut yang "kuat" kata adjektif "kuat" sesuai? | Perkataan "kuat" boleh digunakan untuk menerangkan ribut. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu maksud "kuat" ialah keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll) : angin kuat - angin kencang | Tatabahasa | 05.07.2013 |
PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini di khaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 -12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar dengan kanak-kanak lain, bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu permainan ketika kanak-kanak lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKIT Jangan melompat keluar dari jongkang-jongkit yang sedang bergerak tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongkit. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan, jangan berdiri di atas buaian dan tentukan setiap kali untuk seorang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu hingga ia berhenti sepenuhnya. | PERATURAN-PERATURAN TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK Kawasan permainan ini dikhaskan untuk kegunaan kanak-kanak yang berumur antara 3 hingga 12 tahun. Pengawasan orang dewasa adalah perlu untuk kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah. PERMAINAN BERSEPADU Untuk mengelakkan daripada bertembung atau berlanggar antara satu dengan yang lain, anda dinasihati bermain secara bergilir-gilir dan berhati-hati. Jangan melompat keluar daripada satu-satu alat permainan ketika pengguna lain sedang menggunakan satu-satu permainan. JONGKANG-JONGKET Jangan bangun dari jongkang-jongket tanpa memberi amaran kepada rakan anda. Jangan berdiri dan berlari di atas papan jongkang-jongket. Duduk dan pegang kuat-kuat dengan kedua belah tangan. BUAIAN Duduk dan pegang dengan kedua-dua belah tangan.Jjangan berdiri di atas buaian dan tentukan penggunaan untuk setiap orang. Jangan berdiri rapat atau berjalan di sekeliling buaian yang sedang bergerak. Jangan melompat keluar dari buaian yang sedang bergerak. Tunggu sehingga buaian berhenti sepenuhnya. | Tatabahasa | 22.11.2013 |
Dalam pasangan ayat yang berikut, perkataan bergaris yang manakah yang tergolong sebagai adjektif dan adverba? Berikan sebab. 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. 2(a) Lelaki itu orang kuat. 2(b) Dia bercakap kuat. | 1(a) Bangunan tinggi itu bangunan KLCC. Ayat biasa - Bangunan tinggi itu (Subjek - Frasa nama) bangunan KLCC (Predikat - Frasa Nama) 1(b) Burung helang itu terbang tinggi. Tinggi - Adverba 2(a) Lelaki itu orang kuat. Lelaki itu (Subjek - Frasa Nama) orang kuat (Predikat - Frasa Nama) 2(b) Dia bercakap kuat. Kuat - Adverba Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 25.10.2012 |
Pemancing itu .........(menyentak/menarik/merentap/merenggut) kailnya apabila umpan kailnya diragut ikan. Pilihan jawapan yang mana satu yang paling tepat kerana apabila saya merujuk kamus maksud kesemua perkataan berkenaan hampir sama terutama menyentak/ merentap dan merenggut. Terima kasih. | Saudara, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: Menyentak bermaksud menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: disentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi Menarik pula membawa maksud 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; Merentap bermaksud menarik dgn paksa atau kekerasan, menyentak, merenggut: dgn marah, ia ~ tangan gadis itu; Manakala, merenggut didefinasikan sebagai 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn kekerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati. Seperti yang diterangkan oleh saudara, ketiga-tiga perkataan iaitu menyentak, merentap dan merenggut memiliki maksud yang hampir sama, jadi ketiga-tiga perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.08.2012 |
Apakah perbezaan antara penggunaan nian dengan kata penguat belakang lain? Saya mendapati satu soalan dengan wujudnya dua kata penguat belakang, iaitu nian dan benar, murid saya pilih jawapan benar, tetapi jawapan yang diberikan dalam buku itu ialah nian. Adakah cara-cara yang jelas bagi membezakan nian dengan benar? | Saudara/Saudari, Kata penguat nian dan benar tergolong dalam kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat ,amat, benar, dan sungguh. Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya. Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh. Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya. Dalam konteks kata penguat nian dan benar, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya. Jika mengikut sumber kami, tiada kesalahan sekiranya kata penguat nian dan benar digunakan dalam ayat sekiranya penggunaan kata penguat tersebut diletak selepas kata adjektif. Saudara/saudari eloklah sekiranya berhubung dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, kerana mungkin pihak mereka meletakkan sesuatu kriteria dalam cara penyemakan jawapan para pelajar. | Tatabahasa | 08.09.2012 |
1. Segak nian Ali yang berpakaian baju Melayu.Adakah penggunaan kata penguat nian betul dalam ayat tersebut. 2. Ali mengambil air untuk memasak atau Ali mengambil air untuk dimasak.Bolehkah analisis dua bentuk ayat itu. 3. Boleh mencarikan saya kata istana untuk raja berikut a. melihat dan b. bersetuju 4. Ali mencari maklumat tentang pelajaran dengan menggunakan internet.Adakah ayat ini salah Sekian, terima kasih ! | Salam sejahtera, Kata penguat nian bereti terlalu sangat, amat benar, sungguh. Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya. Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh. Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya. Dalam konteks kata penguat nian, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya. Oleh sebab itu, penggunaannya hanya betul dalam konteks ayat "Segak nian Ali yang berpakaian baju Melayu. Bukan "Nian segak Ali yang berpakaian baju Melayu." Rujuk Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan. Analisis ayat:Ali mengambil air untuk memasak adalah seperti yang berikut: Menurut Kamus Dewan kata "memasak" merupakan terbitan daripada kata masak yang bererti membuat lauk-pauk (kuih-muih, dll), mengolah makanan supaya masak. Ayat yang pertama membawa maksud Ali mengambil air untuk tujuan memasak makanan. Walau bagaimanapun ayat tersebut perlu diperbaik dengan meletakkan objek kerana kata memasak ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek. Ayat menjadi lengkap dengan meletakkan objek. Contoh: Ali mengambil air untuk memasak nasi. Analisis ayat:Ali mengambil air untuk dimasak adalah seperti yang berikut: Kata "dimasak" merupakan bentuk pasif memasak. Ayat ini bermaksud Ali mengambil air untuk dimasak atau dipanaskan sehingga mendidih. Kata bahasa istana untuk kata tersebut adalah seperti yang berikut: a. melihat - Tidak ada yang khusus. Jika dilihat dalam teks-teks lama, kata melihat atau memandang digunakan. b. bersetuju - berkenan Ayat:Ali mencari maklumat pelajaran menggunakan internet. Ayat tersebut betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 18.03.2008 |
sila tutup dengan perlahan-lahan sila tutup dengan perlahan antara dua ayat ini yang mana 1 betul dan diterima oleh pihak dbp | Perlahan bermaksud = perlahan-lahan 1. tidak terburu-buru (tergesa-gesa, cepat-cepat), lambat-lambat: ia berjalan sangat ~ spt tiada berdaya lakunya; setiap pelukis mestilah belajar melukis dan kemudian perlahan-lahan meningkat naik hingga menjadi pelukis yg terkemuka; 2. tidak kuat (percakapan, suara), lembut: cakaplah perlahan-lahan sedikit supaya tidak didengar orang; 3. tidak dgn tenaga yg banyak, tidak kuat-kuat, sedikit-sedikit: meriam itu ditarik perlahan-lahan; Oleh itu, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 01.10.2010 |
1. Majlis perkahwinan abangnya diadakan secara besar-besaran dan meriah______ A. Agak B. Nian C. Sekali D. Benar 2. Datuk tidak bersetuju_____dengan pendapat ayah. A. Sangat B. Benar C. Nian D. Amat Apakah jawapan bagi kedua-dua soalan di atas? Minta penjelasan daripada tuan. Terima kasih. | 1. Majlis perkahwinan abangnya diadakan secara besar-besaran dan meriah___sekali___ Sekali ialah kata penguat belakang sama seperti sungguh, benar dan nian. Oleh itu, semua kata penguat belakang boleh digunakan selain daripada sekali. 2. Datuk tidak bersetuju___sangat__dengan pendapat ayah. Kata penguat nian dan benar tergolong dalam kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif. Nian bermaksud terlalu sangat ,amat, benar, dan sungguh. Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya. Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh. Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya. Dalam konteks kata penguat nian dan benar, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 04.12.2013 |