urusniaga --> urus niaga, kuatkuasa --> kuat kuasa, menggunapakai --> mengguna pakai | urus niaga, kuat kuasa, mengguna pakai | Tatabahasa | 10.07.2008 |
Ejaan yang betul untuk kuatkuasa, berkuatkuasa. Adakah satu perkataan atau diasingkan. terima kasih | Perkataan kuat kuasa dieja secara terpisah. Apabila menerima imbuhan apitan, perkataan tersebut dieja satu perkataan seperti penguatkuasaan dan menguatkuasakan tetapi apabila menerima imbuhan awalan perkataan tesebut dieja terpisah seperti penguat kuasa dan dikuat kuasa. | Ejaan | 11.12.2013 |
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i". | 1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi. 3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 4. Sementelah dan sementelahan. 5. Justeru. 6. ... kita akan dapat ... 7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 9. Kita haruslah dan kita seharusnya 10. Keistimewaan alam semula jadi 11. Mempertingkatkan 12. Memperbaik 13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177. | Tatabahasa | 29.10.2012 |
Dalam fail yang saya sertakan, terdapat senarai arahan penggunaan bagi mesin AED yang telah diterjemah dari bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Saya ingin menyemak sama ada terjemahan tersebut betul atau tidak. | Untuk semakan dokumen terjemahan bahasa Inggeris – bahasa Melayu, sila hubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-2147 9100/9200 atau e-mel kuatkuasa@dbp.gov.my">kuatkuasa@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.03.2024 |
Mohon semakan bahasa | Semakan yang diminta termasuk dalam semakan dokumen. Untuk makluman pihak puan, puan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-2147 9100/9200 atau e-mel kuatkuasa@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 18.07.2024 |
Khidmat apa yang perlu saya gunakan untuk menyemak tatabahasa dan penggunaan kata (untuk teks dan audio) untuk penggunaan dalam peralatan perubatan. | Untuk semakan dokumen bahasa Melayu, puan boleh menghubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-2147 9100/9200 atau e-mel kuatkuasa@dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 12.03.2024 |
BOLEH DAPATKAN SAYA FOMAT SURAT KENAIKAN GAJI | Sdr Azura, Surat kenaikan pangkat hendaklah mengandungi antaranya maklumat-maklumat seperti yang berikut: - jawatan kenaikan pangkat - pihak berkuasa melantik/meluluskan jawatan kenaikan pangkat - tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat - syarat-syarat kenaikan pengkat - penempatan baru jawatan kenaikan pangkat - pegawai yang perlu ditemui semasa melapor diri untuk kenaikan pangkat - imbuhan dan faedah yang diberikan dalam jawatan kenaikan pengkat - implikasi sekiranya menolak jawatan kenaikan pangkat. | Lain-lain | 19.08.2008 |
Permohonan untuk menyemak tatacara yang betul bagi nama, jawatan dan yang lain-lain. | Untuk maklumat lanjut tentang semakan yang disediakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka, mohon kerjasama tuan untuk menghubungi Bahagian Penguatkuasaan melalui talian 03-2147 9100/9200 atau e-mel kuatkuasa@dbp.gov.my. | Penyemakan dan penterjemahan | 21.11.2024 |
Salam, Mohon bertanya sekiranya DBP ada menawarkan perkhidmatan semakan tesis yang ditulis menggunakan bahasa Melayu? Dan boleh saya mohon tanya apakah istilah bahasa Melayu untuk Literature Review. Saya telah semak di laman sesawang. Tetapi tidak dijumpai. Terima kasih | Untuk pertanyaan berkaitan dengan semakan dokumen berbahasa Melayu, sila e-melkan kepada kuatkuasa@dbp.gov.my. Istilah bahasa Melayu untuk literature review ialah "sorotan kajian". | Lain-lain | 04.06.2024 |
Salam Tuan/Puan, Saya ingin bertanyakan tentang sebut harga bagi servis "proofreading & editing". Mohon maklumbalas dari pihak Tuan/Puan. Terima kasih. | Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak pruf karya luar, manakala untuk maklumat lanjut tentang semakan dokumen bahasa Melayu tuan boleh menghantarkan e-mel kepada Bahagian Penguatkuasaan melalui alamat e-mel kuatkuasa@dbp.gov.my atau menghubungi talian 03-2147 9100/9200. | Lain-lain | 11.06.2024 |