KUCHING KUCHING | Harap maaf, apakah persoalan yang ingin dikemukakan oleh sdr.? | Lain-lain | 14.03.2010 |
1. Adakah ayat sungguh amat cantik betul? 2. Kamu mahu pergi ke kuching atau ke kuala lumpur? Atau pun kamu mahu pergi ke kuching atau kuala lumpur? | 1. Sungguh dan amat ialah kata penguat bebas dan hanya digunakan salah satu dalam ayat, seperti amat kuat atau sungguh kuat. 2. Kamu mahu pergi ke Kuching atau ke Kuala Lumpur? | Tatabahasa | 30.10.2017 |
Adakah di dbp kuching ada menjual buku teks b.i thn 6 utk kssr? | Pengedar buku DBP terdapat di seluruh negara termasuklah di Kuching, Sarawak. Puan boleh hubungi pihak DBP Cawangan Sarawak melalui talian 082-444711 atau Kedai Buku DBP di Kuala Lumpur melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com. | Lain-lain | 01.12.2015 |
saya ingin bertanya beberapa kesalahan seperti: 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN 2. DI LARANG MEROKOK... 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN 4. Bandaraya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT boleh tidak saya dapatkan pembetulan ayat tersebut dan Menerangkan hukum tatabahasa dengan tepat, disertakan dengan sumber rujukan. saya berharap pihak DBP dapat membantu saya..sekian terima kasih | 1. S. Y LIM KLINIK SAKIT PUAN DAN BERSALIN - ayat yang betul ialah Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin S.Y. Lim (Hukum DM - yang diterangkan: Klinik Sakit Puan dan Hospital Bersalin; yang menerangkan S.Y. Lim) 2. DILARANG MEROKOK ayat ini betul dan merupakan contoh laras bahasa iklan 3. BISMILLAH ECONOMI RESTORAN - ayat yang betul ialah Restoran Ekonomi Bismillah (sama seperti hukum ayat 1) walau bagaimanapun kami mencadangkan restoran ini diberi nama lain seperti Restoran Fatimah, Restoran Puteri dan sebagainya. 4. Bandaraya Kuching - ejaan yang betul ialah Bandar Raya Kuching 5. KELEDAR INDUSTRI KASUT - ayat yang betul ialah Industri Kasut Keledar (hukumnya sama seperti ayat 1). Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edsis Ketiga. | Tatabahasa | 29.01.2010 |
Salam. Saya ada kemusykilan berkenaan dengan frasa nama yang bermula dengan perkataan majlis. Contohnya, Majlis perasmian bulan bahasa SMK Bandar Kuching No.1 telah diadakan dengan jayanya. Adakah huruf depan setiap perkataan bagi majlis perasmian bulan bahasa perlu ditulis dengan huruf besar? | Penamaan majlis dianggap sebagai kata nama khas. Ayat yang betul ialah Perasmian Majlis Bulan Bahasa SMK Bandar Kuching No.1 telah diadakan dengan jayanya. | Tatabahasa | 25.08.2022 |
Selamat pagi,En. Sulaiman.Saya Husun Ukong dari Kuching, Sarawak, berminat untuk mendalam bahasa etnik (kayan) serta ingin berhubung dengan Shantrol Abdullah | Encik Santrol bin Abdullah 082-444711, e-mel santrol@dbp.gov.my. Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sarawak. | Lain-lain | 31.07.2009 |
Pihak kami didalam proses untuk permohonan lesen makanan dari pihak DEWAN BANDARAYA KUCHING UTARA. Salah satu syarat dari pihak berkuasa tempatan tersebut adalah untuk mendapat kebenaran dan kelulusan dari pihak DBP untuk pengunaan perkataan 1. "BAR CAFE" 2. "BISTRO 56" sebagai papan iklan dan nama perniagaan. 1. "BAR CAFE" 2. "BISTRO 56" ialah sebuah kafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian bekerja. Dihidangkan makanan tempatan seperti ayam "pansoh", midin , teh uncang, dan pelbagai minuman lain. | Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan saudara. Nama perniagaan yang amat sesuai ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56". | Lain-lain | 11.11.2008 |
tuan, Saya masih kurang pasti dengan jawapan bahawa pola ayat berikut "Bandar raya Kuching terletak di Sarawak" ialah FN +FN. Bukankah frasa "terletak di Sarawak" itu frasa kerja (FK)? | Puan, Pola ayat tersebut memang pola FN + FK krana kata 'terletak' ialah kata kerja. Maaf atas kesilapan yang diberikan oleh petugas sebelum ini. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
Pihak kami adalah didalam proses untuk permohonana lesen premis makanan dari Dewan Bandaraya Kuching Utara. Salah satu keperluan adalah meminta kebenaran dan kelulusan dari DBP mengenai penggunaan perkataan "BAR CAFE " untuk papan iklan perniagaan dan dan juga nama perniagaan. BAR CAFE ialah sebuah cafe yang sesuai untuk anda berehat dan meregangkan otot selepas penat seharian kerja. Dihidangkan juadah kek dan pasrty, teh, ayam"pansoh", panggang dan perlbagai minuman lain . Kebenaran dan kelulusan penggunaan nama " BAR CAFE" tersebut amatlah dihargai. | Terima kasih atas soalan saudara. Perkataan yang sepatutnya ialah "Kafe Bar" dan "Bistro 56" | Lain-lain | 11.11.2008 |
kebelakang ini, saya melihat banyak tempat nama tempat bermula dengan 'Ch' seperti Cherating, Chukai, Chemerong , Kuching, Panching ,Changkak telah di tukar tanpa huruf 'h' dan adakah ini wajar? Sewaktu di sekolah pada 70han, saya di beritahu bahawa hanya semua perkataan yang CH di tukar kepada C dan ini tidak termasuk nama tempat asal, Terima kasih dan selamat berpuasa. Skeet | Ejaan untuk nama-nama tempat yang telah digazetkan sebelum 1972 dikekalkan. Hanya nama-nama tempat selepas 1972 ditukarkan kepada sistem ejaan baru. | Tatabahasa | 22.08.2009 |