Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kucing nya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya membuka kedai haiwan peliharaan spt kucing dan anjing. Boleh tak saya menggunakan nama kedai saya Felin Purrfect Store atau nama melayu nya Kedai Kucing Sempurna? Felin= Kucing, Purrfect = Sempurna tetapi dalam kes ini hurufnya berbeza kerana Purr adalah bunyi dari kucing manja dan saya gantikan perfect kepada Purrfect supaya lebih komersial.Terima kasih.Untuk makluman, bagi nama kedai, pihak DBP tidak mempunyai autoriti untuk menentukannya. Perkara tersebut terpulang kepada pihak puan untuk memilihnya semasa membuat pendaftaran dengan pihak SSM. Akan tetapi, sekiranya pihak puan mahu membuat pengesahan bagi papan iklan, puan mesti meletakkan keterangan peniagaaN dalam bahasa Melayu di bahagian atas kiri, SEPERTI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN.Lain-lain06.03.2017
Tuan munsyi, 1.kucing berasa sakit kerana kakinya cedera. adakah ayat ini betul kerana nya harus rujuk manusia.minta komen 2.Ibu membimbit dua buah bakul ke pasar.adakah ayat ini betul memandangkan selepas kata kerja membimbit tidak boleh sisip sebarang kata antara KK dan KN 3.Kakak memiliki dua buah kereta atau kakak memiliki kereta dua buah.mana yang betul 4.kata bilangan tentu dan tak tentu boleh disisipkan di antara kata kerja transitif dengan kata nama?cth,cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit .ayat ini betul atau salah 5.1. "Nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak digunakan untuk bukan manusia. Ayat ini tidak gramatis dan lihat juga frasa "kucing berasa sakit".
2. Ayat ini betul, bakul ialah objek yang dilengkapkan dengan unit (dua) dan penjodoh bilangan (buah), dan dua buah bakul ialah frasa nama yang menjadi objek kepada kata kerja membimbit.
3. Kakak memiliki dua buah kereta.
4. Ayat "cikgu lim mempunyai sebuah telefon bimbit" betul sama seperti ayat kedua di atas.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga halaman 390 - 394.
Tatabahasa15.04.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin bertanyakan soalan iaitu: 1. Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan imbuhan meN-...-i dan meN-...-kan 2. Apakah perbezaan kata adverba dan kata penekan ?1. Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-imenandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-imenerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.

(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata adverba tersenarai sebahagian daripada katatugas kerana fungsinya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang atau penentu. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, katanama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Tatabahasa21.07.2018
apakah maksud malu dan segan?? adakah malu dan segan mempunyai maksud yang sama atau berbeza??

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, malu bermaksud 1. = bermalu berasa aib (hina, rendah, dll) kerana membuat sesuatu yg salah atau yg tidak sopan, berasa tidak senang: aku ~ pula apabila tidak pakai seluar dan baju; panglima tak bermalu, melerek-lerek macam kambing jantan pd perempuan yg tiada mahu kepadanya; 2. perasaan aib (hina, rendah diri, dll): utk menutup ~nya, ayah Zainab telah memujuk Salim supaya mahu menjadi menantunya; 3. menaruh hormat akan, berasa segan (agak takut): ia sendiri masih begitu ~ hendak mengemukakan pertanyaan ini; ~ besar malu yg amat sangat; ~ mata segan, hormat; ~ bertanya, sesat jalan = ~ berdayung, perahu hanyut = ~ makan, perut lapar prb kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan mendapat kejayaan; ~ kalau anak harimau menjadi anak kucing (kambing) prb tidak patut kalau anak orang baik-baik atau pandai menjadi jahat atau bodoh; manakala segan pula bermaksud  1. tidak suka berbuat sesuatu, tidak mahu, tidak sudi, enggan, malas: mereka ~ hendak turun naik tangga mahkamah itu; 2. = ~-silu berasa malu (silu, hormat, dll): ada sesetengah ibu yg berasa ~ kerana mengandung; tak ~ a) mahu, sudi, suka; b) tidak malu; c) tidak takut-takut; tak ~-~ tidak malu-malu, tidak takut-takut, tidak harga-menghargai; ~ tak ~ tidak malu-malu, tidak takut-takut; ~ bergalah, hanyut serantau = ~ berkayuh perahu hanyut = ~ bertanya sesat jalan prb kalau tidak mahu berusaha tidak mungkin mendapat kejayaan;

Istilah01.11.2009

Kembali ke atas