Perkataan 'mereka' tak boleh digunakan untuk kata ganti diri untuk haiwan. Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti berikut; "Don't let them out. They will catch a cold" "Their room." "They are searching the room using their instinct." They dan their dalam ayat ini merujuk kepada kucing peliharaan. Jika menggunakan 'kucing-kucing itu' di dalam ayat, ia akan asyik berulang-ulang dan seperti tidak tepat kerana ia seperti merujuk kepada kucing yang bukan peliharaan. "Jangan biarkan kucing-kucing itu keluar. Kucing-kucing itu akan terkena selsema." "Kucing-kucing itu mencari bilik ______ menggunakan naluri _______." Jadi, apakah yang paling sesuai untuk digunakan dalam ayat seperti di atas? Seperkara lagi, ayat berikut. "They are always together." They dalam ayat ini merujuk kepada anjing-anjing dan kucing-kucing peliharaan dalam kuantiti yang banyak. Jika menggunakan 'anjing-anjing dan kucing-kucing ini sentiasa bersama', ia sekali lagi seperti merujuk kepada sesuatu yang bukan peliharaan. Harap dapat memberikan nasihat dan contoh yang membantu dan terperinci. Terima kasih. | Mereka ialah kata ganti nama diri bagi manusia dan tidak digunakan untuk binatang. Pengulangan nama binatang tidak dapat dielakkan dalam situasi berkenaan atau boleh juga diselang-selikan dengan gelaran seperti "si comel" yang biasa digunakan untuk kucing. | Tatabahasa | 10.02.2017 |
betul atau salah ayat di bawah dan mohoh bantu terangkan =) 1) kucing-kucing itu menjilat ekor "mereka" 2)para hadirin sekalian 3)audara saudari sekalian 4)tuan-tuan dan puan-puan sekalian 5)keluar dari pejabat saya! (betul atau salah pengunaan kata seru) 6)jemput datang ke rumah saya. 7)halim melaporkan dari New Delhi 8)semua kanak-kanak 9)guru-guru semua 10)ribuan penonton 11)berapa orang pelajarkah yang menyertai lawatan itu? 12)kuih itu dimakan bapa 13) kuih itu dimakan oleh bapa 14)kuih itu bapa makan | 1. Perkataan "mereka" tidak boleh digunakan untuk binatang. 2. "Para hadirin" sahaja. 3. Saudara-saudari 4. Tuan-tuan dan puan-puan 5. Betul. 6. Betul. 7. Halim melaporkan ? dari New Delhi. Sepatutnya, "Halim melaporkan berita dari New Delhi". 8. Betul. 9. Guru semua atau guru-guru. 10. Betul. 11. Ayat yang betul ialah "berapakah orang pelajar yang menyertai lawatan itu?". 12. Salah. 13. Betul. 14. Betul | Tatabahasa | 07.05.2013 |
saya membuka kedai haiwan peliharaan spt kucing dan anjing. Boleh tak saya menggunakan nama kedai saya Felin Purrfect Store atau nama melayu nya Kedai Kucing Sempurna? Felin= Kucing, Purrfect = Sempurna tetapi dalam kes ini hurufnya berbeza kerana Purr adalah bunyi dari kucing manja dan saya gantikan perfect kepada Purrfect supaya lebih komersial.Terima kasih. | Untuk makluman, bagi nama kedai, pihak DBP tidak mempunyai autoriti untuk menentukannya. Perkara tersebut terpulang kepada pihak puan untuk memilihnya semasa membuat pendaftaran dengan pihak SSM. Akan tetapi, sekiranya pihak puan mahu membuat pengesahan bagi papan iklan, puan mesti meletakkan keterangan peniagaaN dalam bahasa Melayu di bahagian atas kiri, SEPERTI KEDAI HAIWAN PELIHARAAN. | Lain-lain | 06.03.2017 |
'saya ada seekor kucing.ia berwarna hitam.saya menamai kucing saya si putih.saya sayangkan si putih.' -mohon bantuan untuk baiki ayat ini dan tolong sertakan alasan bagi setiap kesalahan. | (Persoalan: Kenapa menamakan kucing yang hitam sebagai Putih?) Saya ada seekor kucing. Warna kucing saya hitam tetapi saya menamainya Si Putih. Saya sayang akan Si Putih. Sayangkan untuk lisan. Untuk tulisan rasmi sayang akan. | Tatabahasa | 13.05.2011 |
Kucing itu sungguh comel sekali.Soalannya berbunyi: adakah kita boleh menggunakan sungguh dengan sekali bersama-sama? Bolehkah tuan/puan/cik memberikan maklumat yang terkini tentang kata penguat?Terima kasih. | Kata penguat sungguh boleh digunakan untuk ayat sungguh comel sekali.Bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas mengenai kata penguat boleh merujuk Tatabahasa Dewan muka surat 247. | Ejaan | 30.03.2005 |
Dalam Tatabahasa Dewan ms 207 ada satu contoh tentang 'beri'. Ali memberi kucing makanan. Ali memberikan makanan kepada kucing. Penerangannya ialah apitan meN-...i menerima objek bernyawa. Soalan saya ialah: Ali memberi/memberikan seekor kucing kepada anaknya. | Ayat yang betul ialah Ali memberikan seekor kucing kepada anaknya. Walaupun "seekor kucing" di sini merupakan objek yang bernyawa yang sepatutnya menggunakan apitan "men-i", namun di sini ia dianggap sebagai satu hadiah dan apitan yang tepat ialah "men-kan". | Tatabahasa | 28.08.2019 |
encik,wah ,comelnya kucing awak!/amboi ,comelnya kucing awak!mana satu betul.dan lain satu soalan ialah wah,kayanya pemilik banglo itu!/amboi,kayanya pemilik banglo itu!mana satu jawapan yang paling sesuai? | Penggunaan kata seru dalam ayat-ayat yang saudara berikan itu betul dan boleh diterima pakai. | Tatabahasa | 11.07.2009 |
bolehkah saya tanya: **digonggong kucing **digonggong oleh kucing Adakah maksud diatas ialah betul dan sama? Terima Kasih | Menurut data kami, kedua-dua frasa boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 490 untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 05.05.2016 |
Selamat pagi~~~ MAY 5TH, 11:35AM bolehkah saya tanya: **digonggong kucing **digonggong oleh kucing Adakah maksud diatas ialah betul dan sama? Terima Kasih | Menurut data kami, kedua-dua frasa boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 490 untuk keterangan lanjut | Tatabahasa | 13.07.2016 |
mohon semak ayat di bawah. tq 1. ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibu akibat dilanggar kereta.kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2.hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucibng yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang berlalu-lalang. | Salam sejahtera, Ayat yang betul: 1. Ketika ditemui, kucing itu baru sahaja kehilangan ibunya akibat dilanggar kereta. Kucing itu terpinga-pinga di laluan pejalan kaki yang sibuk di pekan. 2. Hana yang sedang berjalan dengan ibunya ternampak seekor anak kucing yang ketakutan di tengah-tengah kesibukan orang yang lalu-lalang. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 05.12.2018 |