Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih. | 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat ) Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal. 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat) 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat) 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT) 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT) 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat) | Tatabahasa | 13.08.2012 |
Ali memberikan seekor ikan _______ ikan kepada kucingnya. Jawapan pilihan : A. kepada B. pada Jawapan yang diberi adalah " pada", adakah jawapan ini sesuai ? Mengapakah jawapan ini dipilih ? Terima kasih. | Pada hemat saya, contoh ayat yang saudara berikan itu salah. Sepatutnya ayat yang betul ialah Ali memberikan seekor ikan ______ kucingnya. Jawapan bagi tempat kosong yang patut diisi ialah A. kepada kerana kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 272. | Tatabahasa | 03.04.2009 |
Adakah ayat dibawah adalah betul? tolong jelaskan sekirannya salah.. (a) Amina terbongkok-bongkok mencari anak kucingnya yang hilang.. terima kasih | Mengikut struktur ayat yang terdiri daripada subjek dan predikat, ayat yang diberikan adalah betul. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
saya ingin bertanya, adakah imbuhan pe/peng juga boleh merujuk kepada binatang dan tumbuh-tumbuhan? saya ingin mendapatkan takrifan bagi perkataan pengguna. contoh : pak mat membeli freskis untuk kucingnya tompok. pak mat tidak makan freskis itu. tompok yang makan. siapakah pengguna freskis itu? pak mat atau tompok? atau kedua-duanya? terima kasih. . | Pengguna bermaksud orang dan lain-lain yang menggunakan termasuklah haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Hal ini boleh dijelaskan melalui konteks ayat atau penceritaan dalam ayat. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan mudah untuk kita menentukan siapa yang menggunakan/makan makanan tersebut. | Tatabahasa | 04.12.2012 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih. | Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat. 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamai kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam. | Tatabahasa | 04.03.2013 |
1. Semasa menulis karangan berbentuk catatan bolehkah kita tulis seperti di bawah : Rabu, 21 Maac 2020 8.00 pagi Kami bertolak ke destinasi dengan bas yang disewa khas. 9.00 pagi Selepas sejam, kami pun tiba di destinas. Persoalannya, bolehkah kita gunakan 'selepas , kemudian, seterusnya dll' untuk memulakan ayat seperti di atas. 2. Bolehkah perkataan dengan wujud dua kali dalam satu ayat ? Contohnya : Adik bermain dengan kucingnya yang comel dengan gembira. 3. Adakah penggunaan perkataan 'meningkatkan' dalam ayat berikut betul ? Adik rajin belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan. Sekian, terima kasih | Saudara, 1. Penggunaan penanda wacana seperti selepas itu, selain itu, seterusnya boleh digunakan dalam karangan jenis laporan. 2. Digalakkan untuk mempelbagaikan penggunaan kata hubung dalam sesebuah perkataan. Sebagai contoh, Adik gembira bermain dengan kucingnya yang comel. 3. Mengikut data kami, ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 31.03.2020 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. Terima kasih. | Salam sejahtera, Semua ayat-ayat di bawah adalah betul, iaitu: 1. Adik menjawab soalan ibu dengan takut-takut. 2. Tapisan air itu kelihatan jernih. 3. Lelaki itu tercampak keluar dari keretanya dalam perlanggaran itu. 4. Bantuannya tercantum niat buruk. 5. Jam yang tergantung pada dinding itu sudah berhenti berdetik. 6. Kakak membuat ulang kaji selepas kelas tuisyen. 7. Dia menyanyi hingga urat lehernya timbul. 8. Dia menamakan Si Comel kepada kucingnya. 9. Kakak suka membaca buku, abang pula gemar bersukan. | Tatabahasa | 14.03.2013 |
Menurut jawapan pihak Tuan, perkataan memberi dan memberikan merupakan kata kerja transitif aktif. Perkataan memberi hendaklah diikuti oleh kata nama objek bernyawa, manakala memberikan hendaklah diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa. Akan tetapi, berdasarkan penerangan di atas, saya hendak mengemukankan beberapa butir untuk ditelitikan. 1. Ali memberi adik (objek bernyawa) air. 2. Ali memberikan air (objek tak bernyawa) kepada adiknya. Dua ayat ini betul menurut penerangan di atas. 3. Ali memberi/memberikan anaknya (objek bernyawa) kepada keluarga itu. 4. Disebabkan miskin, Ali telah memberi/memberikan anak bongsunya (objek bernyawa) kepada jirannya. Bagaimana pula dengan dua ayat di atas? 4. Bos tidak memberi/memberikan gaji (objek tak bernyawa) bulan ini. 5. Cikgu sudah memberi/memberikan arahan (objek abstrak) kali kedua. 6. Nenek suka memberi/memberikan nasihat (objek abstrak). Harap Tuan dapat menjawab soalan saya dgn penerangan yg teliti. Setahu saya, mem...kan akan diikuti dengan kepada, manakala mem... itu sendiri tidak perlu. Contoh: 1. Dia memberikan kucingnya (objek bernyawa) kpd jirannya. 2. Dia tidak suka memberi nasihat. Adakah kedua-dua ayat di atas gramatis? Sekian terima kasih. | Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM, menerangkan makna: (i) Memberi - menyebabkan seseorang menerima sesuatu. Contoh ayat: Ia memberi anak-anaknya wang saku. (ii) Memberikan - menyerahkan sesuatu kepada... Contoh ayat: Saya memberikan buku itu kepada adik saya. Maka, ayat yang betul ialah: 1. Ali memberi adik air. 2. Ali memberikan air kepada adiknya. 3. Ali menyerahkan anaknya kepada keluarga itu. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini) 4. Disebabkan miskin, Ali telah menyerahnya anak bongsunya kepada jirannya. (Kata menyerahkan lebih tepat dalam konteks ayat ini) 4. Bos tidak memberikan gaji pada bulan ini. 5. Cikgu sudah memberikan arahan kali kedua kepada pelajar itu. 6. Nenek suka memberikan nasihat kepada cucu-cucunya.
| Tatabahasa | 24.03.2015 |