Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.da.ku.da] | کودا٢

Definisi : 1. penyangga (penopang) papan hitam yg berkaki tiga; 2. kayu penyangga tulang bumbung rumah; 3. kayu palang utk menyangga (kayu yg akan ditarah dll); 4. bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru; 5. (Muz) penyangga pd alat bunyi­-bunyian (spt biola dll) utk meregangkan tali; 6. kuda-kudaan; 7. (dlm seni mempertahan­kan diri) sikap siaga dgn kedudukan tubuh dan kaki yg bersedia menerima serangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.da.ku.da] | کودا٢

Definisi : , kekuda 1 alat berkaki tiga utk menopang papan hitam. 2 kayu utk menahan bumbung rumah. 3 bahagian senapang atau pistol yg meledakkan peluru. 4 penyangga tali pd alat bunyi-bunyian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuda-kuda

Puisi
 

Laksamana naik kuda,
     Kuda datang dari Acheh;
Bukan senang bermain muda,
     Nak ada ilmu yang terpilih.


Lihat selanjutnya...(72)
Peribahasa

Kuda itu kuda juga,
     keldai itu keldai juga.

Bermaksud :

Tiap-tiap suatu itu akan kembali kepada asalnya.

 

Lihat selanjutnya...(32)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakan kuda-kuda mempunyai maksud sebagai "banyak kuda"

Kuda-kuda” bukan bermaksud “banyak kuda” tetapi bermaksud 1. Alat berkaki tiga, biasanya digunakan untuk meletakkan papan hitam, kanvas lukisan, bingkai gambar dan sebagainya. 2. Kayu penyangga untuk menahan bumbung rumah. 3. Bahagian senapang atau pistol yang meledakkan peluru. 4. Penyangga tali pada alat bunyi-bunyian. Untuk maksud “banyak kuda”,  kata nama “kuda” boleh digabungkan dengan kata bilangan tentu atau kata bilangan tidak tentu dan penjodoh bilangan contohnya, “sepuluh ekor kuda”,  “beberapa ekor kuda”  dan sebagainya.  

Tatabahasa11.02.2022
Salam. Saya hendak bertanya tentang penggunaan "kawan-kawan" dan "adik-adik" dalam ayat, contohnya "Kawan-kawan hendaklah menghormati ibu bapa." Adakah penggunaan "kawan-kawan" itu masih boleh digunakan?Sebab ada pendapat mengatakan penggunaan kata ganda seperti itu tidak boleh digunakan. sekian terima kasih.

Nurulhuda,

Bagi penggunaan kata ganda adik-adik dan kawan-kawan, penggandaan seperti ini memang boleh digunakan. Contoh lain ialah penggunaan rama-rama, kupu-kupu dan kuda-kuda.

Tatabahasa18.03.2010
Tolong betulkan kalau ada kesalahan. (a) Kata ganda yg membawa maksud tunggal atau satu (frasa nama) Tambah perkataan banyak/ramai/semua yg membawa maksud jamak(lebih drpd satu) (1) biri-biri (2) gula-gula (3) orang-orang (4) kura-kura (5) rama-rama / kupu-kupu (6) ampai-ampai / ubur-ubur (7) kanak-kanak (8) jentik-jentik (9) anai-anai (10) api-api / kelip-kelip / kunang-kunang (11) sumpah-sumpah (12) labi-labi (13) langit-langit (14) labah-labah (15) angkut-angkut (16) labu-labu (17) ubun-ubun (18) undang-undang (19) ura-ura (20) beri-beri (21) oleh-oleh (22) jemput-jemput (23) agar-agar (24) cita-cita (25) epok-epok (26) gado-gado (27) kuda-kuda / para-para (28) dekak-dekak (29) siku-siku (30) tupai-tupai (31) layang-layang (32) mata-mata (33) patung-patung (34) orang-orang

Kata ganda ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, separa atau berentak. Terdapat tiga jenis penggandaan, iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa dan penggandaan berentak.

 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM.

Tatabahasa21.01.2022
mencari seerti perkataan : (1)Benci, (2)kandang kuda, (3)cerdik pandai, (4)sifar, (5)merajuk, (6)kena seksa.Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan seerti bagi perkataan-perkataan tersebut ialah; benci=tidak suka. Kandang kuda=bangsal kuda. Cerdik pandai= dapat mengerti dgn cepat, cerdik, pintar. Sifar=(angka) kosong. Merajuk= menunjukkan rasa tidak suka. Kena seksa= kesengsaraan (kesusahan, kesakitan, dll) atau kena dera. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat dan untuk pengetahuan saudara/ saudari, kami tidak menjawab sebarang soalan yang berbentuk teka silang kata. Harap maklum.Makna27.10.2007
kuda itu berlari___ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh lembu jawapan pantas atau laju sebab.......Dalam Kamus Dewan laju sama maksudnya dengan pantas. Oleh itu kedua-dua perkataan tersebut boleh menjadi jawapan kepada ayat tersebut.Tatabahasa23.07.2012
Adakah perkataan 'zebra' boleh digunakan dalam bahasa Melayu utk merujuk kepada kuda belang? Saya keliru keran di dalam Kamus Dewan Eds 4 zebra-lintasan belang tetapi ada perkataan 'zebra' wujud utk merujuk kepada kuda belang dalam maksud perkataan 'hemar' (hémar)-Ar sj kuda yg warna bulunya berjalur-jalur, zebra.Untuk makluman tuan, dalam data kami, perkataan zebra merupakan bahasa Inggeris dan padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersbeut ialah kuda belang. Kuda belang ialah haiwan ekuin mamalia Afrika yang tangkas dan berkait rapat dengan kuda, tubuhnya berjalur hitam atau perang gelap dengan putih.Makna20.11.2013
Salam Sejahtera, Boleh saya dapatkan terjemahan yang sesuai untuk permainan kanak-kanak yang dikenali sebagai "pony spring rider". Sesuaikah jika saya gunakan "kuda ayun" atau "Kuda berayun". Terima Kasih.Kami mencadangkan "pony spring rider" diterjemahkan sebagai "kuda kayu berayun". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Istilah06.08.2021
Yang mana betul: a) Larian kamu seperti kuda liar." Seorang daripada mereka berseloroh. b) Larian kamu seperti kuda liar," seorang daripada mereka berseloroh.b) Larian kamu seperti kuda liar," seorang daripada mereka berseloroh.Tatabahasa29.11.2011
1. Para tetamu disambut oleh kami sekeluarga atau para tetamu kami sekeluarga sambut? 2. Kuda tidak pernah ditunggang oleh saya dan adik atau kuda tidak pernah saya dan adik tunggang? 3. perkara-perkara lain atau perkara lain atau kedua-duanya boleh diterima? 4. sedikit banyak atau sedikit sebanyak atau kedua-duanya boleh diterima?1. Ayat yang betul ialah para tetamu kami sekeluarga sambut. 
2. Ayat yang betul ialah kuda tidak pernah saya dan adik tunggang.
3. Perkara-perkara lain dan perkara lain, kedua-duanya betul.
4. Sedikit banyak dan sedikit sebanyak, kedua-duanya betul.
Tatabahasa17.08.2020
"Hari ini ialah/adalah pertama kali saya menunggang kuda," kata Rahim."Hari ini pertama kali saya menunggang kuda," kata Rahim.Tatabahasa29.11.2011
12345

Kembali ke atas