Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.dung] | کودوڠ

Definisi : terkerat atau terpenggal (kaki, tangan, jari, dll), terpotong pd hujungnya: kedua-dua belah kaki pengemis itu ~; bagai si ~ mendapat cincin prb beroleh untung tetapi tidak dapat merasai nikmatnya; sekudung sekerat, sepenggal, sepotong; ~ limbat, ~ lintah prb goyang atau tidak teguh pendiriannya; mengudungkan mengerat (memotong) hujung sesuatu (spt jari, tangan, kaki, dll): berperanglah tetapi jangan ~ anggota badan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.dung] | کودوڠ

Definisi : Jk kain penutup kepala, kelubung, tudung; berkudung berselubung, berkelubung; mengudungkan menyelubungkan, menutup­ kan (kepala). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.dung] | کودوڠ

Definisi : terkerat atau terpotong (kaki, tangan, jari dll): Sebelah tangannya ~. mengudungkan mengerat atau memotong sesuatu (kaki dll) supaya kudung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kudung (adjektif)
1. Bersinonim dengan kontot: kotong, kontong, kompong, rompong, kompot, kuntum, pendek, puntung, buntung, abtar,

2. Bersinonim dengan terpenggal: terkerat, terpotong,

3. Bersinonim dengan togel: ponggok, pokeng, tidak berekor,

Kata Terbitan : sekudung, mengudungkan,

Peribahasa

Jari kudung dimasukkan cincin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu tidak pada tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung?Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. Lain-lain29.03.2008
Istilah terkini untuk OKU?

Puan Marina,

Istilah bagi  seseorang yang mengalami kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pada anggota badan, misalnya buta, pekak, kudung dan sebagainya akan dipanggil "Orang Kurang Upaya" atau singkatan OKU.

Istilah28.06.2009
Bolehkah tuan berikan saya jenis-jenis kata majmuk dalam Bahasa Melayu utk kegunaan diri dan pelajar saya?

Kata majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Jenis-jenis kata majmuk terbahagi tiga iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 131.

Tatabahasa16.01.2008
bagaimana hendak mengenal pasti kata majmuk? kemudian, adakah perkataan "sebagai",dan "ialah" juga merupakan kata majmuk? soalan kedua, perkataan "bersamanya", apakah yang dimaksudkan dengan perkataan "-nya"? adakah ianya adalah kletik? dan bagaimana hendak diterangkan dalam pembentukan kata bagi perkataan "bersamanya".Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar ; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya kapal terbang, ibu bapa sapu tangan dan sebagainya. Kata majmuk terbahagi kepada tiga jenis,  iaitu:

1) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas, contohnya guru besar, tengah hari dan balai raya.

2) Kata majmuk yang juga merupakan istilah khusus dalam bidang ilmiah, contohnya graf terarah, program bahasa dan analisis teks.

3) Kata majmuk yang mendokong maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa, contohnya cakar ayam, lipas kudung dan anak emas.

kata majmuk yang mantap sahaja dieja satu perkataan iaitu warganegara, setiausaha, olahraga, jawatankuasa, tandatangan, suruhanjaya, tanggungjawab, kakitangan, antarabangsa, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. Kata majmuk yang lain dieja dua perkataan
Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 133.

"Sebagai"  dan "ialah" bukan kata majmuk. "Sebagai" ialah kata sendi manakala "ialah" kata pemeri.  "nya" ialah kata ganti nama diri orang ketiga yang juga boleh berfungsi sebagai kata pembenda/penekan. Keterangan lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 295.  

Istilah18.02.2009

Kembali ke atas