Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kueh


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pihak DBP yang dihormati, kuih ialah ejaan baharu bagi kueh. bolehkah saya mendapatkan penjelasan mengapakah ejaannya tidak seperti sebutannya iaitu 'kueh'? Terima kasih DBP

Ejaan kuih dieja mengikut sistem ejaan Rumi sekarang. Dalam sistem ejaan Rumi sekarang, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama seperti yang berikut:

 1. a-a (asah, balak)

2.a-i (alih, balik)

3. a-u (asuh, datuk)

4. e pepet - a (emas,kelam)

5.e pepet -i (lebih, betik)

6. e pepet - u (telur, tempuh)

7. e taling - a (elak, dewan)

8. e taling - e taling (leceh, gelek)

9. e taling - o (esok, telor)

10. i - a (ingat, kilang)

11. i - i (intip, sisih)

12. i - u (riuh, tidur)

13. O - a (otak, borang)

14. O - e taling (oleh, boleh)

15. O - o (obor, borong)

16. u - a (ubat, tumpang)

17. u - i (usik, kuih)

18. u - u (untuk, tunduk)

Maklumat lanjut, sila rujuk buku Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu, penyusun Encik Ismail Dahaman. 

Ejaan21.05.2010
Ingin bertanya tentang perbezaan dan penggunaan "banyak" dan "ramai". "Ramai orang suka makan kueh tiau di gerai itu." Adakah ayat ini betul? Atau "Banyak orang suka makan kueh tiau di gerai itu." adalah ayat yang betul. Harap pihak tuan dapat membantu saya. TQ

Ramai terdiri daripada jumlah yang banyak (berkenaan orang), manakala banyak bermaksud besar jumlahnya atau bilangannya. Kebiasaanya ramai orang merujuk suasana (keadaan) orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. Merujuk contoh ayat yang diberikan "Banyak orang suka makan kuetiau di gerai itu" adalah betul.

Tatabahasa23.01.2011
apakah ejaan yang betul bagi kueh teow?Ejaan yang betul ialah kuetiau. Untuk menyemak ejaan perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Ejaan10.08.2009

Kembali ke atas