Rock band | kumpulan rock/kugiran rock | Makna | 07.05.2007 |
Apakah padanan yang sesuai bagi "goofy band"? Kumpulan muzik dungu? Kugiran bodoh? Kumpulan pelik? Maksud goofy merujuk kepada harmlessly eccentric. Terima kasih | Salam sejahtera, Tuan, Padanan yang pihak kami boleh cadangkan ialah Kumpulan Aneh. Sekian, terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.10.2017 |
Tentukan kata berikut sama ada kata nama tunggal atau kata nama majmuk: 1) UKM 2) Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara 3) Kugiran 4) Pusat Perlindungan Hidupan Liar 5) Profesor Emeritus 6) Profesor Ir. Dr. Mohd Ali bin Hashim 7) Kuala Lumpur 8) Anugerah Hari Kemerdekaan Negara | Kata Nama dibahagikan kepada (i) kata nama tunggal, (ii) kata nam aterbitan, (iii) kata nama majmuk, dan (iv) kata nama ganda. Kata Nama Tunggal ialah perkataan yang terdiri daripada satu morfem bebas sahaja, dan perkataan yang demikian boleh masuk ke dalam ayat sebagai perkataan yang lengkap dan menjadi inti pada frasa nama. Contoh kata nama tunggal ialah yu, wanita, ADUN, Proton, Bernama, dan jentolak. Kata Nama Majmuk terhasil daripada proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata nama majmuk dieja terpisah, contohnya guru besar, Leftenan Jeneral, temu duga, dan anak emas. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 26.03.2018 |
Apakah makna Akronim dalam Bahasa Melayu dan jenis-jenis Akronim serta contohnya? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. | Makna | 22.01.2008 |
antara berikut yang manakah bersifat akronim? (a)Mentah (b)Langkah (c)Hemat (d)Bukit | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kata akronim bermaksud kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan,cth. MARA, RISDA, PETRONAS, pawagam, kugiran. | Tatabahasa | 04.04.2010 |
1)apakah itu hukum D-m? 2)huraian lanjut tentang akronim 3)apakah itu sebenarnya petikan langsung? | Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Cth. guru bahasa, orang lelaki. Akronim ialah singkatan yang terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh.Cth. ADUN, cerpen, kugiran, Mara. Petikan langsung melibatkan cakap ajuk. | Tatabahasa | 06.03.2008 |