Surianom Miskam Sep 27th, 11:38am Assalamualaikum dan Selamat pagi, Admin, Mohon bantuan. Saya bercadang untuk membuat permohonan penajaan untuk persidangan anjuran KUIS. Boleh bantu saya dapatkan maklumat pegawai atau bahagian yang perlu saya hubungi dan alamat emel? Bantuan Admin amatlah saya hargai. Terima kasih | Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 29th, 11:44am Berkaitan dengan perkara ini, puan boleh menghubungi Cik Norhasmanalinda Mustapa melalui talian 03-2147 9483/hasma@dbp.gov.my, atau Encik Mohd Rusdi Mat Rakib 03-2147 9486/mohd_rusdi@dbp.gov.my - Bahagian Komunikasi Korporat DBP. Selain itu, puan juga boleh menulis surat kepada Tuan Haji Razali bin Che Mat, Ketua Bahagian Komunikasi Korporat DBP, Aras 11, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih. | Lain-lain | 27.09.2014 |
salam sejahtera, 1. Saya mempunyai kekeliruan penggunaan perkataan 'petinju' dan 'peninju'. Mohon pihak tuan jelaskan penggunaan hukum PKTS... adakah setiap perkataan yang bermula dengan huruf-huruf tersebut perlu ditiadakan hurufnya apabila menerima imbuhan. Contoh perkataan dasar sapu, apabila menerima imbuhan pen- akan menjadi penyapu. 2. mana satu yang betul, pusat beli belah atau pusat membeli belah? sekian, terima kasih | 1. Peninju ialah orang yang meninju, manakala petinju ialah orang yang berlawan tinju. Kata dasar yang bermula dengan huruf PKTS akan gugur apabila menerima imbuhan me-. Contohnya pukul - memukul, kuis - menguis, tolak - menolak dan sepak - menyepak. 2. Pusat beli-belah, membeli-belah ialah perbuatan yang biasanya dilakukan oleh manusia. | Tatabahasa | 29.07.2012 |