Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuit] | کوءيت

Definisi : gerak-gerak jari (utk memberi isyarat, memanggil dll); ~ kapai a) mencakar­-cakar (sampah dll); b) membuat pekerjaan yg kecil-kecil (yg tidak penting); menguit 1. menyentuh dan menggerakkan sesuatu dgn jari dll, mencuit: anak rambutnya dikuitnya sedikit; 2. bergerak (bkn sesuatu benda, ekor binatang, dll): ekornya ~ apabila disentuh; 3. Kd bergerak utk melakukan sesuatu kerja; menguit-nguit menguit beberapa kali, ber­gerak-gerak (bkn ekor dll); menguitkan menggerak-gerakkan jari (tangan dll): dia memanggil aku dgn ~ tangannya; kuitan hasil perbuatan menguit. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuit] | کوءيت

Definisi : ; menguit 1 menyentuh dan menggerakkan sesuatu dgn hujung jari dll: Anak rambutnya dikuitnya sedikit-sedikit. 2 bergerak (bkn ekor binatang dll): Ekornya ~ apabila disentuh. menguitkan; ~ jari menggerakkan jari utk memanggil dsb: Dia ~ jarinya utk memanggil kawannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuit
Kata Terbitan : menguit, menguit-nguit, menguitkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong pastikan ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak? Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Selendang kain kapas yang dibeli oeh ayah sehalus sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung.

Jawapan yang betul ialah Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus  tepung.

Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Yang betul : Rosli ingin mencari calon isteri yang halus budi bahasanya. 

Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera. Yang betul:  Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah selembut sutera.

Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Yang betul: Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus kulit bayi.

Saudara digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Tatabahasa09.12.2010

Kembali ke atas