Tolong pastikan ayat-ayat di bawah ini betul atau tidak? Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Selendang kain kapas yang dibeli oeh ayah sehalus sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung. | Jawapan yang betul ialah Kacang yang telah dikisar oleh ibu itu hancur sehalus tepung. Rosli ingin mencari calon isteri yang sehalus budi bahasa. Yang betul : Rosli ingin mencari calon isteri yang halus budi bahasanya. Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah sehalus sutera. Yang betul: Selendang kain kapas yang dibeli oleh ayah selembut sutera. Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus bayi. Yang betul: Banyak wanita menginginkan kuit muka yang sehalus kulit bayi. Saudara digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 09.12.2010 |
Salam sejahtera ! 1. Kulit kambing dapat dijadikan kompang 2. Kuit kambing boleh dijadikan kompang Yang mana betul. Terima kasih | Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Berdsarkan perkara yang di atas, kata bantu yang sesuai ialah dapat. | Tatabahasa | 29.09.2015 |