1. Saya potong kuku dengan pemotong kuku. 2. saya memotong kuku dengan pemotong kuku. mana satukah yang betul? | Ayat yang gramatis ialah "Saya memotong kuku menggunakan/dengan pemotong kuku" | Tatabahasa | 20.05.2013 |
1.Apakah beza melontar bola dengan membaling bola? 2.Perbezaan antara mengayuh basikal dengan menunggang basikal? 3.memotong kuku , mengetip kuku dan memepat kuku, adakah ketiga-tiga kosa kata ini adalah sama maksud? | Tidak ada perbezaaan antara melontar/membaling bola, mengayuh/menunggang basikal, memotong, mengetip/memepat kuku. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Istilah | 14.08.2010 |
pengetip kuku atau pemotong kuku?? | Pengetip kuku dan pemotong kuku, kedua-duanya adalah betul. | Istilah | 19.05.2011 |
Tajuk promosi kami ialah 'Riasan Kuku Bergaya'. Adakah betul penggunaan bahasa di atas? | Promosi Riasan Kuku Bergaya adalah salah. Cadangan kami ialah Promosi Rias Kuku. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
Apakah nama untuk daging yang tumbuh di sisi kuku dan di pangkal kuku, yang lazimnya perlu dibuang tetapi tidak menyakitkan apabila dipotong? Terima kasih. | Adakah yang tuan maksudkan ialah kematu, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kematu untuk melihat maksud yang tersebut atau melihat carian/dapatan lain yang tuan maksudkan. | Tatabahasa | 15.09.2013 |
apakah maksud bagai isi dengan kuku,bagai kacang lupakan kulit,bagai aur dengan tebing,bagai dakwat dengan kertas,seperti embun di hujung rumput, dan seperti lipas kudung? | Isi dengan kuku-persahabatan yang sangat karib; bagai kacang lupakan kulit- orang yang lupa akan asalnya setelah menikmati kesenangan; bagai aur dengan tebing- orang yang suka tolong-tolongan; bagai dakwat dengan kertas- tidak pernah bercerai; seperti embun di hujung rumput- tidak kekal dan segera hilang; lipas kudung- selalu bergerak dengan cepat. | Lain-lain | 29.03.2008 |
Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TK | Sebelum berpisah, dia memohon maaf atas kesalahannya dari hujung rambut hingga hujung kuku. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Saya merupakan pelajar dalam jurusan Seni Lukis dan Seni Reka. Saya sedang membuat kajian tentang pesanan datuk dan nenek moyang dahulu kala. Contohnya, "Jangan ketip kuku waktu malam, nanti hantu datang". Maksud tersirat, dinasihatkan jangan ketip kuku pada waktu malam kerana takut jari terluka. Saya ingin bertanya sekiranya terdapat penulisan tentang pesanan datuk nenek moyang ini. Saya harap pihak DBP dapat membantu saya. Terima Kasih. | Sila rujuk bahan ini : 1. Cerita peribahasa: bidalan/Buku 7 Amir Hamzah Shamsuddin (Malungun) Penerbitan Kintan sdn. Bhd. 1995 2. Himpunan peribahasa dan simpulan bahasa KBSM Mohd. Tajudin Hashim S. Abdul Majeed 1990 3. Kamus istimewa peribahasa Melayu [tiada pengarang] Dewan Bahasa dan Pustaka 2007 4. Adat dan pantang larang orang Melayu A. Aziz Deraman Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd 1995 . 5.Pantang larang orang Melayu tradisional Wan Ramli Wan Muhammad Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2000 | Lain-lain | 23.07.2007 |
Penjodoh bilangan untuk sikat, pemotong kuku dan benda-benda kecil yang mempunyai bentuk yang tidak seragam. Tolong jelaskan penjodoh bilangan dan fungsinya. | Penjodoh bilangan bermakna perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan. Bagi sikat, penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah batang. Pihak kami sedang merancang untuk menyusun senarai penjodoh bilangan. | Lain-lain | 17.01.2008 |
maksud perkataancengkaman | Makna cengkaman ialah pegangan (genggaman) dgn kuku atau cakar. | Makna | 12.08.2009 |