Jawapan yang manakah betul ? 1 I Pendapat seorang pengurus syarikat biasanya kukuh. II Jambatan yang lama itu masih kukuh untuk digunakan. III Kedudukan Encik Amin sebagai pengerusi persatuan itu kukuh. IV Persembahan yang kukuh akan menjadikan majlis lebih menarik. A I dan II B II dan III C III dan IV D I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah B. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
Salam sejahtera, Saya telah menterjemahkan beberapa perkataan Bahasa Inggeris dalam penulisan. i. Education For Democratic Citizenship (Pendidikan Ke arah Kewarganegaraan Bercorak Demokratik) ii. Active Citizenship is an important element in Democratic Citizenship. (Kewarganegaraan Aktif merupakan elemen penting dalam Pendidikan Kewarganegaraan Bercorak Demokratik) iii. A strong sense of social belonging and civic engangement (ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan dalam masyarakat)? atau (ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan sivik) Mohon pencerahan dalam penggunaan bahasa di atas. terima kasih. | Terjemahan yang dicadangkan adalah seperti yang berikut: i. Education For Democratic Citizenship - Pendidikan untuk Kewarganegaraan Demokrasi ii. Active Citizenship is an important element in Democratic Citizenship - Kewarganegaraan Aktif merupakan elemen penting Kewarganegaraan Demokrasi iii. A strong sense of social belonging and civic engagement - ikatan kemasyarakatan yang kukuh dan penglibatan dalam masyarakat | Penyemakan dan penterjemahan | 23.06.2016 |
salam sejahtera. Saya ingin memastikan adakah ayat-ayat berikutbetul atau sebaliknya. I) Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. II) Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar dari rumah. III) Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. IV Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit. | Kata yang bergaris telah dibuat pembetulan, manakala yang lain adalah betul. 1. Kanak-kanak lelaki itu meraung kesakitan kerana disengat tebuan. 2. Ali bersalam dengan ibunya sebelum keluar daripada rumah. 3. Encik Hamid menjelaskan bahawa kedudukan syarikat semakin kukuh. 4. Adik tidak mahu makan nasi kerana giginya sakit. | Tatabahasa | 07.07.2008 |