Penggunaan huruf besar dan kecil.Bagi jenis sayur contoh cili merah kulai (adakah semua huruf C,M,K adalah huruf besar?) contoh lain : mangga harumanis, bawang merah rose..Jika jenis dalam bahasa Inggeris kelapa jenis Malayan Tall (huruf M,T ditulis huruf besar?) | Kesemuanya menggunakan huruf kecil kerana senarai tersebut ialah kata nama am. | Lain-lain | 04.06.2014 |
Adakah prkataan " claypot" tidak terkandung dalam kamus dewan bahasa. saya dapati majlis daerah kulai tidak memberi kelulusan lesen di sebankan perkataan claypot adalah bahasa english. Saya pihak tuan boleh memberi penjelasan. Fyi. RESTORAN Asam pedas claypot sudah mendapat kelulusan hanya majlis daerah mempersoalkan bahasa Claypot terhadap kami. | Padanan claypot dalam bahasa Melayu ialah belanga. Dalam ungkapan umum, perkataan claypot perlu ditukarkan kepada belanga, namun jka kata nama khas seperti nama kedai, perkataan tersebut boleh dikekalkan. Sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Penyemakan dan penterjemahan | 19.08.2016 |
Kami ingin memodenkan perkataan 'Latisan' dari Bahasa Malaysia kepada Latisa sebagai nama yang neutral dalam Bahasa Malaysia mahupun Bahasa Inggeris, bagi tujuan penamaan perusahaan kawasan komersial di Kulai, Johor Bharu. Adakah nama tersebut tepat/ dibenarkan/ sesuai? | Dalam Kmjus Dewan Edisi Keempat, "latisan" bermaksud denai atau jalan dalam hutan atau rintisan. Berdsarkan maksud tersebut, kami berpendapat "latisan" tidak sesuai digunakan untuk penamaan sebuah kawasan komersial. Kami berharap pihak tuan memilih nama lain yang lebih sesuai dan mempunyai ciri keindahan bahasa Melayu. Nama yang diberikan boleh diambil daripada perkataan yang berunsurkan alam tempatan seperti tumbuh-tumbuhan, hasil bumi dan sebagainya. | Makna | 05.12.2016 |
Tuan/puan, Sila semak permohonan saya yang bertarikh 25-06-2015 saya didapat tahui permohonan ini akan diproses dalam 24 jam. Saya sudah banyak kali telepon 03-2147 9691 dan MPKu Kulai tetapi tiada pegawai yang layan pangilan saya. Saya harap kes saya diproses secepat mungkin sebab masa yang dijanji oleh pihak anda adalah 24 jam waktu berkerja dan permohonan saya telah melebihi daripada 48 jam. Yang benar, Lee Ireenee Tel: 6016-777 1690 | Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebihan masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan. | Lain-lain | 29.06.2015 |