Disinfect bermaksud menyahjangkit. Disinfeksi pula merupakan kata nama yang menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua bermaksud "pembasmian kuman yg boleh menyebabkan penyakit, biasanya dgn menggunakan bahan pembunuh kuman". Adakah hanya kata nama "disinfeksi" ini sahaja yang telah dimelayukan, manakala kata kerja disinfect (disinfek) tidak? Bagaimana dengan perkataan nyah cemar? Adakah mempunyai padanan maksud yang sama dengan "nyahjangkit"? Adakah padanan bahasa Inggerisnya "disinfect"? Mohon khidmat nasihat. Terima kasih. | Sebagaimana yang terdapat dalam Pangkalan Data PRPM padanan istilah Disinfect yang telah diguna pakai ialah nyahjangkit. | Istilah | 30.03.2020 |
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Antara kemusykilan-kemusykilan yang saya hadapi termasuklah: (i) Sehubungan dengan penggunaan peribahasa dalam penulisan karangan, ‘bak kata pepatah’ tidak boleh digunakan dalam karangan. Sesetengah guru pula menegaskan bahawa pengikat kata (“………..”) tidak perlu digunakan ketika memasukkan peribahasa. (ii) Ungkapan ‘kuman menjadi barah’ dan ‘belukar menjadi rimba’ seharusnya digantikan dengan ungkapan ‘kudis menjadi tokak’. (iii) Penanda wacana ‘dengan sedemikian’ tidak boleh digunakan dalam penulisan karangan. Semoga penjelasan tuan akan meleraikan kemusykilan-kemusykilan tersebut. Sekian, terima kasih. Munsyi K’Seven, Pulau Pinang. | (i) Dalam buku Gaya Dewan, DBP di bawah tajuk penggunaan Tanda Petik. tidak menyenaraikan panduan penggunaan tanda petik bagi penggunaan peribahasa. Untuk penggunaan di sekolah atau dalam peperiksaan sila rujuk guru yang berwibawa. (ii) Penggunaan peribahasa hendaklah disesuaikan dengan konteks penggunaannya dalam ayat. Justeru, kami tidak dapat memberikan pengesahan dalam pertanyaan tuan kerana tidak ada maklumat tentang penggunaan peribahasa tersebut dalam ayat. (iii) Frasa yang betul ialah "oleh hal yang demikian". | Tatabahasa | 17.04.2015 |
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang betul dan tepat. (a) Bau yang (hangat) itu menyesakkan pernafasan saya. (b) Kita susah untuk (membalas) dalam hidup yang penuh dengan persaingan itu. (c) Saya akan (membalas) kerja yang dipesan oleh ibu bapa. (d) Orang itu mengamuk kerana (dihantui) penyakit jiwa. (e) Kuman ialah sejenis hidupan yang (rendah) yang susah dikesan. (f) Rancangan kartun itu (rendah) dan amat disukai kanak-kanak. (g) Diana (mengadukan) kepalanya kerana malu. (h) Abang selalu (sabit) wang daripada ibu. | Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula. | Lain-lain | 08.12.2015 |
Helo, Selamat Petang. Rumah saya baru-baru ini telah berlaku dimana Hama ( nama ini kawan yang beritahu ) menyerang. Saya rasa mungkin disebabkan oleh burung yang bawa hama. Saya telah cuba cari perkataan "hama" di internet. Namun semuanya kurang menyakinkan. Bolehkah tuan / puan tolong kongsikan apa itu hama? Apakah nama ingeris untuk hama? Dengan ini, saya boleh dapat lebih banyak infomas. Harap maaf sekiranya menganggu. Sekian Terima kasih. | Hama ialah:1. penyakit, kuman yang menyebabkan penyakit; 2. kutu yang terdapat pada bulu atau pada tubuh ayam; dan 3. haiwan perosak yang seni (kecil), berbentuk leper, berkaki lapan dan berwarna merah. Hama dalam bahasa Inggeris ialah mite. Untuk maklumat lanjut tentang perkataan hama atau perkatan-perkataan lain, layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 04.05.2011 |
apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan serdak dgn serbuk | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, serdak ialah debu halus (yg melekat pd barang-barang di rumah dll), habuk, manakala serbuk ialah benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg digunakan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk;. | Istilah | 09.06.2009 |