Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon terjemahan terma di bawah ke Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris: Contingencies - luar jangka Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan - ? loan loss coverage - ? perlindungan kerugian pijaman - loan loss coverage Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital Risk weighted capital ratio - Nisbah modal berwajaran Terima kasih SyameenContingencies - kontigensi, hal luar jangka
Cost to income ratio - Nisbah kos kepada pendapatan 
loan loss coverage - perlindungan kerugian pijaman
Modal kumpulan 1 - Tier 1 capital (tier lazimnya terjemahan peringkat atau tingkat, terjemahan kumpulan group)
Risk weighted capital ratio - Nisbah modal Wajaran Risiko
Penyemakan dan penterjemahan26.05.2015
Antara Istilah Malaysia dengan Istilah MABBIM di prpm.gov.my: 1) Kumpulan istilah manakah yang digubal terlebih dahulu/Kumpulan istilah manakah yang digubal berdasarkan kumpulan istilah yang satu lagi? 2) Kumpulan istilah manakah yang lebih berwibawa dan diguna pakai secara baku dan mantap? Persoalan ini timbul kerana kedapatan padanan istilah yang berbeza antara yang dalam Istilah Malaysia dengan yang dalam Istilah MABBIM.Untuk makluman, terdapat istilah Malaysia yang digubal dahulu sebelum digubal pada peringkat MABBIM dan ada yang digubal pada peringkat MABBIM dahulu sebelum digubal di Malaysia. Istilah MABBIM ialah istilah yang dipersetujui antara tiga negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Kedua-dua istilah MABBIM dan istilah Malaysia adalah baku dan boleh digunakan. Oleh itu, terpulang pada pengguna untuk memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan.Istilah01.10.2012
Salam sejahtera, Antara Istilah Malaysia dengan Istilah MABBIM di prpm.gov.my: 1) Kumpulan istilah manakah yang digubal terlebih dahulu/Kumpulan istilah manakah yang digubal berdasarkan kumpulan istilah yang satu lagi? 2) Kumpulan istilah manakah yang lebih berwibawa dan diguna pakai secara baku dan mantap? Persoalan ini timbul kerana kedapatan banyak padanan istilah yang berbeza antara yang dalam Istilah Malaysia dengan yang dalam Istilah MABBIM. Sekian, terima kasih.Untuk makluman, terdapat istilah Malaysia yang digubal dahulu sebelum digubal pada peringkat MABBIM dan ada yang digubal pada peringkat MABBIM dahulu sebelum digubal di Malaysia. Istilah MABBIM ialah istilah yang dipersetujui antara tiga negara, iaitu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia.   Kedua-dua istilah MABBIM dan istilah Malaysia adalah baku dan boleh digunakan. Oleh itu, terpulang pada pengguna untuk memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan.Istilah09.08.2012
Ingin tahu ayat kumpulan beriku mana yang betul atau tepat: Kumpulan A 1) Dia belajar bahasa Mandarin. 2) Kami berbahasa kantonis. 3) Orang Cina Pulau Pinang petah bertutur dalam bahasa Hokkein. Kumpulan B 1) Dia belajar Mandarin 2) Kami bertutr dalam kantonis. 3) Orang Cina Pulau Piang petah bertutur dalam Hokkein. Mandarin, Hokkein, Kantonis semuanya adalah loghat Cina, sesuaikah perkataan bahasa digunakan/diletak di hadapan loghat? Terima kasih.

Encik Tan,

Perkataan bahasa hanya digunakan bagi bahasa Mandarin sahaja. Manakala bagi Hokien,Kantonis tidak diletakkan perkataan bahasa di depannya. Tetapi bagi ayat kami berbahasa/bertutur bahasa Cina dalam loghat Kantonis, Hokien dan sebagainya adalah betul.

Tatabahasa24.06.2010
1. WHAT IS COMMUNITY? WHAT IS COMMUNITY DEVELOPMENT?Komuniti bermaksud 1. kumpulan orang yang tinggal di sesuatu daerah atau negara, masyarakat(di sesuatu tempat atau negara)orang ramai umumnya.2. kumpulan individu yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan,dll.) yang serupa. Development  atau  pembangunan bermaksud 1. perihal membangun,proses membangun(mencapai kemajuan,perkembangan,dsb.).2. usaha atau kegiatan membangunkan(memajukan dan mengembangkan). Oleh itu pembangunan komuniti bermaksud  perkembangan atau kemajuan komuniti.  Sila kemukakan pertanyaan saudara dalam bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita.Lain-lain04.03.2009
Salam sejahtera, 1. Murid-murid diminta berjalan menuju ke Blok C. 2. Murid Kumpulan D diminta membuat persembahan senamrobik dalam talian. 3.Kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari. * Blok C , blok tulis dalam huruf besar atau kecil termasuk c. *Kumpulan D, kumpulan tulis dalam huruf besar atau kecil. *Vitamin C, vitamin ditulis dalam huruf besar atau kecil? Sila berikan pencerahan.Terima kasih.

Ketiga-tiga perkataan perlu ditulis dengan huruf kecil, iaitu blok C, kumpulan D dan vitamin C kerana perkataan tersebut merupakan kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya. Contohnya kereta, cuaca dan keadilan.

Manakala perkataan yang ditulis dengan huruf besar ialah kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada sesuatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat, dan  seumpamanya. 

Kata nama khas dibahagikan kepada dua kumpulan:
(i) Kata nama khas hidup (manusia dan bukan manusia). Contohnya Tun Abdul Razak (manusia) dan Tompok (bukan manusia).
(ii) Kata nama khas tak hidup. Contohnya Melayu dan Universiti Putra Malaysia.      

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 95 - 101.

Tatabahasa25.07.2021
As salam tuan di talian, Penggunaan kata tanya yang manakah betul dalam ayat di bawah. 1. Berapakah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong- royong itu? atau 2. Berapakah jumlah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong- royong itu? atau 3. Berapa kumpulankah yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu? Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Berapakah kumpulan yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong itu?".Tatabahasa13.11.2014
salam 1 Malaysia, soalan saya. manakah ayat yang sesuai bagi contoh berikut (no. 1 atau 2); Mohon cadangan ayat yang paling sesuai. 1. Ini menunjukkan bahawa, masing-masing guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih sebelas tahun, lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun dalam kompetensi kandungan ilmu mata pelajaran 2. Ini menunjukkan bahawa, dalam subkonstruk Kandungan Mata pelajaran, guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih sebelas tahun, masing-masing lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun. tqAyat yang kedua lebih mudah difahami dan diperbaiki menjadi, Ini menunjukkan bahawa, dalam subkonstruk Kandungan Mata pelajaran, guru Sekolah Menengah dan kumpulan guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada sebelas tahun lebih ramai yang berkompetensi berbanding guru Sekolah Rendah dan kumpulan guru pengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun.Tatabahasa09.08.2015
Merujuk kepada e-mail saya pada 14 Mei 2011, saya tidak memerlukan khidmat penterjemahan tetapi saya ingin bertanya manakah antara berikut adalah ayat yang betul? 1. Perangkaan utama mengikut kumpulan saiz harta 2. Perangkaan utama mengikut saiz kumpulan harta berikut merupakan analogi kumpulan di mana menggambarkan saiz harta kurang dari RM5000 RM5000-RM10000 RM10000 dan ke atas Soalan- manakah antara dua ayat di atas adalah benar sama ada KUMPULAN SAIZ HARTA atau SAIZ KUMPULAN HARTA bagi menggambarkan selang kelas di atas? untuk makluman, soalan ini telah diajukan sebanyak dua kali dan DBP memberikan jawapan yang berbeza untuk dua soalan tersebut. sekian, terima kasihBerdasarkan maklumat dalam ayat kedua, penggunaan frasa yang betul ialah 'saiz kumpulan harta'. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. Tatabahasa14.05.2011
Salam Sejahtera, 1. Apa perbezaan 'pengelasan' dan 'pengkelasan'. 2. Di mana / ayat yang bagaimana sesuai untuk digunakan bagi kedua-dua perkataan tersebut. Sekian, terima kasih.1.  Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengelasan ialah perihal atau perbuatan mengelaskan, pembahagian (pengasingan) kepada kumpulan-kumpulan (golongan-golongan dll.) Tidak ada bentuk perkataan pengkelasan kerana kata dasar kelas apabila menerima imbuhan pe... dan an... menjadi pengelasan.
2. Perkataan yang betul dan gramatis ialah pengelasan.
Tatabahasa03.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas