Assalamualaikum, saya ingin bertanya kepada tuan tentang penggunaan istilah 'geng'..saya sudah menyemak di dalam kamus dewan yang membawa erti kumpulan pekerja atau kumpulan penjahat. Saya ingin kepastian samada istilah tersebut sesuai atau tidak untuk digunakan di sekolah saya memandangkan kami akan memberikan badge kepada murid yang sudah khatam Al-quran dengan melabelkan pada bedge tersebut dengan GENG KHATAM.. Cadangan ini berikutan fenomena pihak media tv yang menggunakan istilah tersebut seperti rancangan geng bas sekolah dan geng surau di ASTRO.. sekian, harap dapat penjelasan dari tuan... terima kasih. | Kata geng lazimnya dikaitkan dengan konotasi negatif, iaitu yang dilakukan bersama-sama untuk pekerjaan jahat. Kata geng jika dikaitkan dengan pekerjaan yang baik seperti 'Geng Khatam' dan 'Geng Surau' sememangnya tidak sesuai dari segi makna kata tersebut. Oleh itu, kami cadangkan nama ini ditukar kepada nama lain yang membawa maksud yang baik dan tidak dikaitkan dengan konotasi negatif sesuai dengan konsep rancangan tersebut seperti 'Rakan Khatam' dan 'Rakan Surau'. | Tatabahasa | 05.04.2011 |