Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya ingin menubuhkan satu kumpulan muzik yang berkonsepkan gendang jalanan seperti yang ada skarang iaitu drum simfoni malaysia..tetapi kami mempunyai masalh dalam pemilihan nama kumpulan tersebut.di harapkan pihak tuan dapt memberikan beberapa cadangan nama yang sesuai yang melambangkn malaysia atau pun kerimuran.. kerjasama dari pihak tuan amat laa kami hargai.. sekian terima kasih..Sekiranya pihak tuan mempunyai beberapa nama untuk kumpulan muzik ini yang melambangkan ketimuran, pihak kami dapat menyemak ejaan atau maksud dari segi tatabahasa untuk kumpulan ini.Lain-lain23.11.2007
Apakah padanan yang sesuai bagi "goofy band"? Kumpulan muzik dungu? Kugiran bodoh? Kumpulan pelik? Maksud goofy merujuk kepada harmlessly eccentric. Terima kasihSalam sejahtera,

Tuan,

Padanan yang pihak kami boleh cadangkan ialah Kumpulan Aneh.

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan23.10.2017
assalamaualaiku. 1.Apakah nama yang sesuai dalam Bahasa Melayu bagi orang yang menjadi instruktors?atau adakah sesuai kita gunakan juru pandu senamrobik?byukankah instruktors itu dalam Bahasa Inggeris? 2.Apakah nama perkataan sesuai untuk untuk Bahasa Melayu bagi orang yang berdiri di hadapan memimpin koir,atau memimpin nyanyian@kumpulan muzik1. Padanan instruktor dalam bahasa Melayu ialah pengajar atau jurulatih. Jika yang berkaitan akademik dan kemahiran "pengajar" lebih sesuai digunakan, manakala yang berkaitan dengan kecergasan dan kesukanan "jurulatih" yang digunakan.
2. Pemimpin kumpulan koir atau pemimpin dan pemimpin kumpulan muzik.
Tatabahasa05.07.2012
apakah yang dimaksudkan dengan simfoniMenurut Kamus Dewan Edisi Empat, simfoni ialah sejenis gubahan muzik yang panjang untuk dimainkan oleh orkestra; kumpulan panca­ragam yang berpemimpin, mempunyai peralat­an lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai.

Tatabahasa10.01.2013
Kami ialah sebuah kumpulan koir di Kedah dan kami ingin pergi ke Thailand untuk berjumpa dengan sebuah kumpulan koir di sana. Kami mempersembahkan nyanyian kami dan mereka mempersembahkan nyanyian mereka. Kedua-dua kumpulan koir saling belajar sesama sendiri. Saya rasa dalam bahasa English dipanggil "Music Exchange Concert". Dalam Bahasa Malaysia dipanggil apa? Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Konsert Pertukaran Muzik.Istilah03.08.2016
Apakah terjemahan bagi 'music cover' dan 'piano cover' berdasarkan contoh ayat di bawah. 1) Dia menyanyikan 'music cover' lagu 'Sahabatku' yang dinyanyikan oleh Kumpulan Devotees. 2) Dia memainkan 'piano cover' lagu 'My Love' yang dipopularkan oleh Kumpulan Westlife.Cadangan terjemahan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi music cover ialah "menyanyikan semula lagu" manakala piano cover ialah "memainkan semula muzik dengan piano". Makna02.02.2022
Kami ingin menubuhkan sebuah perkumpulan yang terdiri daripada kalangan guru. Kami ingin menggelarkan kumpulan kami sebagai Pengkarya Guru kerana kami terlibat dalam menghasilkan karya penulisan dan penerbitan. Mengikut hukum D-M manakah yang betul Pengkarya Guru ataupun Guru Pengkarya, mohon pencerahan, terima kasih.Mengikut Hukum D-M, frasa yang betul ialah Guru Pengkarya. Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan (D) merupakan unsur inti dan menerangkan (M)merupakan unsur penerang. Guru menghasilkan karya. Guru ialah yang diterang. Situasi ini sama seperti contoh guru muzik, guru besar.Tatabahasa03.04.2013
kami akan mengeluarkan majalah kolej. dan antara salah satu pilihan nama majalah ialah simfoni. majalah ni adalah pertama kali di keluarkan.apa yang di maksudkan dengan simfoni?dari semua aspek. di harap dengan penerangan yang diberikan oleh pihak dewan bahasa dan pustaka dapat mengukuhkan pilihan nama simfoni.terima kasih.Antara makna simfoni ialah 1. sj gubahan muzik yg panjang utk dimainkan oleh orkestra; 2. kumpulan pancaragam yg berpemimpin, mempunyai peralatan lengkap dan bilangan ahli muzik yg ramai. Untuk keterangan lanjut, pihak tuan/puan boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Selain itu, cadangan nama pihak tuan/puan boleh juga merujuk Siri Lembar Bahasa Nama Indah yang boleh dicapai di laman web DBP.Makna21.01.2010
saya hendak tahu perbezaan antara dekon dan pentomin

Saudara Norhafizah,

Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon.  Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon.

Makna20.02.2010
perbezaan dekon dan pentomin

Saudara Norhafizah,

Dekon merupakan perkataan yang terbentuk daripada gabungan dua perkataan, iaitu deklamasi dan lakon dan dipersembahkan oleh seorang yang akan mendeklamasikan puisi dan pada masa yang sama berlakon.  Walau bagaimanapun, pantomin ialah drama yg dipersembahkan dgn menggunakan gerak-geri sahaja dan biasanya diiringi muzik dan dilakonkan oleh kumpulan pelakon.  

 

Makna20.02.2010
12

Kembali ke atas