Non-Cumulative perpetual preference share | Saham Keutamaan Kekal Tak Kumulatif | Lain-lain | 13.08.2008 |
Adakah wujud istilah survival dalam Bahasa Malaysia kerana kebelakangan ini sering saya temui istilah ini dalam petikan Bahasa Melaysia. | Istilah survival diterima dalam bidang perubatan seperti cumulative survival probability diterjemahkan kepada kebarangkalian survival kumulatif. Walau bagaimanpun dalam konteks umum dan bidang-bidang lain perkataan survival diterjemahkan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=survival. | Istilah | 20.04.2012 |
apakah maksud komulatif. Dlm kamus dbp edisi ke 4 tiada tp perkataan trsebut sering didengar dan disebut terutama dlm matematik. Mungkin salah ejaan yg saya rujuk ataupun ada ejaan lain atau perkataan yg hampir serupa dengan perkataan komulatif. harap dapat bantu. Tk. | Ejaan yang betul ialah kumulatif, iaitu bertimbunan atau menjadi makin banyak (makin besar dan sebagainya) kerana pertambahan (hasil pertambahan yang berulang kali) atau disebut juga sebagai longgokan atau terkumpul. | Makna | 14.04.2010 |
assalamualaikum w.b.t... tuan, saya ingin bertanya. saya ingin membuat tema, iaitu "Survival Pencetus Transformasi".persoalan saya di sini, adakah perkataan Survival itu boleh di gunakan, saya di fahamkan perkataan ini telah di melayukan dan boleh di gunakan, adakah ianya benar? dan apakah perkataan sesuai untuk di gantikan dengan Survival?..terima kasih tuan. | Walalaikummussalam w.b.t, Istilah survival diterima dalam bidang perubatan seperti cumulative survival probability diterjemahkan kepada kebarangkalian survival kumulatif. Walau bagaimanpun dalam konteks umum dan bidang-bidang lain perkataan survival diterjemahkan mengikut konteks penggunaannya. Untuk maklumat lanjut, sila layari survival">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=survival. Survival Pencetus Transformasi boleh digunakan untuk tujuan tema seperti yang tuan maksudkan. | Makna | 03.01.2013 |