Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.nang.ku.nang] | کونڠ٢

Definisi : sj serangga yg mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip pd perutnya, api­-api, kelip-kelip; ~ sekebun sj cincin yg mempunyai satu permata yg dikelilingi intan kecil-kecil; berkunang-kunang 1. berkelip-kelip, ber­kilau-kilau, berpendar-pendar: makin lama, panas itu makin menjalar masuk danau, air menjadi ~ rupanya; 2. seolah-olah melihat cahaya yg berkelip-kelip (kerana pening kepala atau menahan perasaan sedih, dll), berpendar-pendar (penglihatan): terasa rekah bumi yg dipijaknya, gelap dunia baginya, ~ pemandangannya; matanya ~ melihat wang sebegitu banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.nang.ku.nang] | کونڠ٢

Definisi : nama sj serangga yg bersayap dan mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip; kelip-kelip, Photuris spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kunang-kunang

Puisi
 

Ayonglah si kunang-kunang,
     Ia bernama si bunga pinang;
Rosaklah di laut boleh kurenang,
     Rosak di hati tidak kusenang.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. Saya Cikgu Yew dari SJKC Desa Jaya , Kepong. Saya menghadapi masalah dari segi tatabahasa. 1. sekumpulan kunang-kunang. Adakah penjodoh bilangan ini betul? Dalam Kamus Dewan ada tertulis "sekumpulan semut". Adakah "kumpulan" merujuk kepada haiwan kecil seperti serangga ? 2. berlari tunggang-langgang ketika dikejar anjing. Adakah kata ganda berentak ini salah? Saya sudah rujuki Kamus Dewan, jawapannya betul. Namun, guru-guru BM di sekolah saya kata tak sesuai.1. Kumpulan bukan penjodoh bilangan, sebaliknya unit untuk dirangkaikan dengan kata nama yang sesuai dengan maksudnya.
2. Perkataan "tunggang-langgang" boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa24.05.2016
Salam sejahtera. Adakah biri-biri dan kura-kura dikategorikan sebagai kata ganda yang terdiri daripada kata dasar biri & kura? Terima kasih.Kura-kura, obor-obor dan kunang-kunang ialah kata nama yang terdiri daripada kata ganda seluruh. Tidak ada asal kata bagi kata ganda ini seperti kata ganda yang lain.Tatabahasa24.12.2012

Kembali ke atas