Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.ci] | کونچي

Definisi : 1. alat yg terdiri drpd mangga (ibu kunci) dan pembukanya (anak kunci) utk mengancing sesuatu (spt pintu, peti, beg, dll): pintu itu tidak memakai ~; 2. = anak ~ alat pembuka yg dimasukkan ke dlm lubang mangga dan dipulaskan (diputarkan) utk membuka atau mengancing mangga: terpaksa dipecahkannya mangga pintu kerana ~nya sudah hilang; 3. = ibu (induk) ~ mangga (pintu dll), alat yg dikancingkan atau dipasang pd pintu dll dan dapat dibuka dgn anak kunci; 4. sesuatu alat yg berupa atau yg digunakan sbg anak kunci atau mangga; ~ jam (arloji) alat utk memutar jam (supaya berjalan jarum­nya); 5. ki a) sesuatu yg menjadi atau yg digunakan sbg alat (formula, petua) utk mencapai sesuatu tujuan dll atau utk menyelesaikan masalah dll: Yusuf sedang mengadakan imbangan dlm pucuk pimpinan dgn ~nya terletak pd dirinya; surat yg baru dijumpainya itulah yg akan menjadi ~ bagi membongkar segala rahsia; rajin, usaha, tekun dan jimat cermat ialah ~ kekayaan dan kesenangan; b) jawaban bagi soalan­soalan atau ujian-ujian mengenai sesuatu pelajaran: berbagai-bagai buku yg mengandungi soalan-soalan dlm peperiksaan Sijil Persekolahan disertai dgn ~nya membantu murid dlm pelajaran; c) penutup (karangan, perdebatan, dll): kata-kata ini diucapkan sbg ~ ceramahnya itu; 6. ki kedudukan (jawatan dll) penting atau berpengaruh: ~-~ dlm kerajaan dipegang oleh parti yg berkuasa; 7. rentetan nada yg berhubungan antara satu sama lain dan berdasarkan sesuatu nada utama; 8. = kunci-kunci Mn sendi tulang, tempat bertemu (bersambung) dua kerat (bahagian) tulang; ~ paha tempat pertemuan antara paha dgn bahagian bawah perut; kunci-kunci lutut sendi pd lutut, tempurung lutut; 9. bp terkancing; ~ air sj sekat atau alat penahan air utk mengendalikan aliran air (dlm tali air dll); ~ gantung = ~ kura mangga (ibu kunci) yg tergantung; ~ kereta = ~ kontrak Id alat utk menghubungkan arus elektrik pd enjin (mo­tor) supaya dapat dihidupkan (enjinnya); ~ kira-kira penutup kira-kira (perniagaan dll) yg menunjukkan nilai segala harta dan hutang piutang; ~ maling Id anak kunci palsu (boleh digunakan utk membuka berbagai-bagai mangga); ~ mati a) rahsia yg tersimpan baik; b) jalan buntu (kegagalan mencapai per­setujuan dll dlm perundingan dll); ~ sekrup Id alat utk melonggarkan atau mengetatkan skru; ~ senapang (pistol) alat pengancing senapang (pistol); ~ wasiat a) rahsia; b) sesuatu yg dipakai utk mencapai sesuatu tujuan (mem­bongkar rahsia dll); anak ~ jahat, peti derhaka prb suami yg jahat akhirnya akan ditentang oleh isterinya; mengeluarkan ~ hati prb mengucapkan kata atau pendirian yg muktamad; berkunci 1. memakai kunci; 2. ditutup dgn kunci, (sudah) dikunci: semua rumah di situ kosong dan sesetengahnya ~ pintu dan tingkapnya; mengunci 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. meng­akhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; terkunci 1. tertutup dgn kunci (bkn pintu dll), terkancing: pintu yg tidak ~ itu dibuka dgn penuh hati-hati; mulutnya ~ ki kaku rahangnya (tidak dapat berkata-kata kerana terkejut, kebingungan, dll); 2. telah diakhiri atau disudahi; pengunci 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.ci] | کونچي

Definisi : ; temu ~ sj tumbuhan (herba), dekunci, merkunci, temu kecil, Gastrochilus panduratum (Kaempferia pandurata); ~ fatima sj tumbuhan, pokok pinggang, selusuh fatimah, Labisia pothoina. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.ci] | کونچي

Definisi : 1 alat yg terdiri drpd mangga (induknya) dan pembukanya utk mengancing pintu dll. 2 = anak ~ alat yg dimasukkan ke dlm lubang pd pintu atau pd mangga dan diputarkan utk mengancing atau utk membukanya. 3 = ibu ~ alat yg dipasangkan pd pintu dll dan dpt dibuka dgn anak kunci; mangga. 4 alat yg membuat sesuatu (spt jam, barang mainan) berjalan. ~ kira-kira penyata yg menunjukkan kedudukan atau keadaan harta dan tanggungan (hutang piutang) pemilik pd sesuatu tarikh. berkunci 1 memakai kunci. 2 ditutup atau dikancing dgn kunci: Saya tidak dpt memasuki rumah itu sebab pintunya ~. mengunci menutup pintu (peti dll) dgn kunci; mengancing: Masing-masing ~ pintu dan tidak berani keluar rumah. terkunci 1 tertutup dan berkunci (bkn pintu dll); terkancing. 2 terperangkap dlm bilik dll yg berkunci. 3 ki tidak dpt melakukan sesuatu: mulutnya ~ tidak dpt berkata-kata (kerana terkejut dll). pengunci alat utk mengunci; pengancing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kunci (kata nama)
1. Bersinonim dengan kancing: tutup, selak, katup, ketap, penutup,

2. Bersinonim dengan petua: formula, rumusan,

Kata Terbitan : mengunci, pengunci, terkunci,

Puisi
 

Kalau tidak kerana kunci,
     Tidak terbuka pintu almari;
Kalau tidak kerana budi,
     Manakan kami datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Anak kunci jahat,
     peti derhaka.

Bermaksud :

Suami yang jahat, lambat-laun akan ditentang oleh isterinya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah penjodoh bilangan bagi kunci (satu sahaja)?1 kunci - sebentuk kunci. lebih daripada 1 kunci - segugus kunciTatabahasa15.04.2008
assalamualaikum saya ingin bertanya manakah yang betul sama ada mangga kunci atau kunci mangga.

Frasa yang betul ialah kunci mangga. Harap maklum.

Tatabahasa15.07.2008
APAKAH PENJODOH BILANGAN BAGI KUNCI?Penjodoh bilangan bagi kunci ialah segugus kunci.Lain-lain05.03.2010
Rantai kunci atau relang kunci yg betul untuk mengatakan keychain/keyring?Dalam Kamus Inggeris Melayu Dewan, padanan key-ring dalam bahasa Melayu ialah gelang kunci.Makna25.07.2012
Bagi Kata Kunci dalam sistem ada carian spesifik. Bagaiman hendak dilabelkan dalam sistem untuk pemakluman pengguna Sebagai contoh carian entri haba : Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja; Jika carian apa perkataan sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba; Jika carian apa perkataan selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*;Jika carian tepat, pengguna hanya perlu memasukkan kata kunci haba sahaja;
Jika carian ada perkataan lain sebelum haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci *haba;
Jika carian ada perkataan lain selepas haba, pengguna perlu memasukkan kata kunci haba*;
Tatabahasa28.02.2012
mohon penjelasan berkaitan penjodoh bilangan. soalan : Ali menjumpai ................. kunci dan .............. keronsang mutiara di dalam laci almari lama neneknya. adakah sebentuk kunci dan serawan keronsang sesuai digunakan. jika tidak apakah penjodoh bilangan yang sesuai.Kedua-dua penjodoh bilangan tersebut boleh digunakan berdasarkan bilangan dan bentuk benda tersebut. Penjodoh bilangan untuk kunci boleh juga sebatang (untuk satu) dan segugus sekiranya dalam bilangan yang banyak. Sebentuk juga boleh digunakan untuk kerongsang.Tatabahasa26.07.2011
Salam sejahtera. Tolong bantu saya. 1) Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk kerongsang? Dalam Kamus Dewan. rawan untuk kancing baju, adakah penggunaan rawan juga sesuai untuk kerongsang? Atau, kerongsang tidak perlu ada penjodoh bilangan? 2)Yang mana satukah yang betul? a) sebentuk anak kunci, atau b) sebatang anak kunci? a) sebuah ibu kunci/mangga, atau b) sebentuk ibu kunci/mangga,atau c) tidak perlu penjodoh bilangan? 3)Adakah apa-apa kesilapan dalam ayat ini? 'Sampah sarap itu berpunca daripada sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab' Terima kasih.

Penggunaan penjodoh bilangan lazimnya bergantung kepada bentuk fizikal bahan tersebut. Melihat kepada fizikal kerongsang penjodoh bilangan yang sesuai ialah bentuk. Walau bagaimanapun jika bentuk fizikal kerongsang seperti kancing baju maka boleh digunakan rawan sebagai penjodoh bilangannya. Begitu juga dengan penjodoh bilangan untuk anak kunci boleh digunakan sebentuk atau sebatang, lihat kepada bentuk fizikalnya. Kami telah beberapa kali menerima pertanyaan tentang soalan ini, kami cadangkan suadara rujuk kepada Majlis Peperiksaan atau Jabatan Pelajaran Negeri yang menyediakan soalan tersebut.

Tatabahasa03.08.2011
Apakah penjodoh bilangan bagi satu kunci? Terima kasih.Penjodoh bilangan bagi satu kunci ialah sebatang. Istilah07.07.2009
Salam, Padanan istilah "keyword" (BI) dalam BM ialah "kata kunci" atau "katakunci"? Sekian, terima kasih.Padanan istilah keyword ialah kata kunci.Istilah25.06.2012
Apakah pola ayat di bawah? Kunci itu ada di dalam laci. A) Frasa Nama + Frasa Sendi nama B) Frasa Nama + Frasa KerjaPola ayat Kunci itu ada di dalam laci ialah Frasa Nama + Frasa Kerja - ada ialah kata kerja yang menjadi inti kepada predikat.Tatabahasa23.01.2011
12345

Kembali ke atas