Encik, Emak memerlukan [ telur kuning / kuning telur] untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna [telur kuning / kuning telur]. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat [patriotik / patriotisme] dalam kalangan anak muda. Bolehkah tuan tolong jelaskan? | Jawapan yang betul ialah Encik, Emak memerlukan kuning telur untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna kuning telur. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak muda. | Lain-lain | 25.08.2010 |
Salam, apakah kata pemeri yang sesuai untuk ayat ini? Warna yang paling saya gemari ialah/adalah kuning. 'Kuning' merupakan kata adjektif atau kata nama? Terima kasih. | Warna yang paling saya gemari adalah kuning. 'Kuning' merupakan kata adjektif. | Tatabahasa | 10.04.2014 |
Soalan saya ialah : Adakah perkataan "kuning telur" atau "telur kuning" yang patut digunakan? Saya mendapati "kuning telur" yang sepatutnya digunakan tetapi jika merujuk kepada Hukum D-M, perkataan yang dikira sebagai betul ialah "telur kuning". Hal ini kerana "telur" bertindak sebagai perkara yang diterangkan ataupun inti, manakala "kuning" pula bertindak sebagai penerang. Tetapi persoalannya mengapa "kuning telur" yang dianggap betul bukannya "telur kuning"? | Untuk makluman tuan, perkataan kuning telur merupakan kata nama yang diterjemahkan daripada bahasa sumber bagi egg yolk. | Tatabahasa | 27.05.2020 |
Saya ingin bertanya tentang penggunaan bahasa dalam ayat berikut : *(PERHATIAN! KENDERAAN DILARANG MENUNGGU DIATAS PETAK KUNING). Mana satu perkataan yang betul sama ada DIATAS PETAK KUNING atau DIKAWASAN PETAK KUNING? | Puan, Frasa yang betul ialah 'di kawasan petak kuning'. | Tatabahasa | 06.10.2010 |
Azri Azsr JUM 11.41 PAGI Azri Azsr Assalammualaikum. Saya ingin bertanyakan mengenai isi telur. Apabila seseorang ingin membuat ayat penyata mengenai kandungan telur yang berwarna kuning di tengah-tengahnya, adakah ianya dinyatakan sebabgai 'kuning telur' atau 'telur kuning'? Mohon perjelasan dari pihak berwajib mengenai isu ini. | Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Contoh ayat, 1. Kakak memerlukan kuning telur untuk membuat kek 2. Adik memakai baju kebaya yang berwarna kuning telur. Jawapan yang tepat ialah Kuning Telur. | Makna | 29.09.2017 |
Macam mana dgn ayat ini, Saya ada baju berwarna merah , kuning ,hijau dan biru. Adakah baju yg saya ada 1 merah, 1 kuning, 1 hijau dan 1 biru | Saya ada baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru. Ayat ini bermaksud memiliki baju berwarna merah, kuning, hijau dan biru tanpa diketahui jumlah bagi setiap warna atau keseluruhan baju. | Makna | 11.01.2017 |
Saya mendapat maklumat daripada kawan berkaitan pantun di bawah: Yang kuning itu kundi yang Merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Kononnya penggunaan kurik sebenarnya adalah kuning. Alasannya ialah kundi adalah sejenis tumbuhan yang berwarna kuning. Mohon pencerahan | Ungkapan yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi". Jika ada pandangan lain tentang peribahasa tersebut mungkin ada benarnya, namun tidak ada kajian/dapatan yang boleh mengesahkannya dan ungkupan tersebut dari dahulu hingga kini masih mengekalkan frasa "kurik kundi". Wallahualam. | Lain-lain | 01.02.2013 |
saya ingin memohon supaya menyemak 2 ayat di bawah ini samada ada kesalahan tatabahasa / struktur ayat atau lain-lain. 1) Ali membeli belon berwarna merah, kuning dan hijau. 2) Ali membeli belon berwarna merah, kuning, dan hijau. ada pandangan lain menerangkan bahawa : ayat 1 : Ali beli 2 belon sahaja iaitu merah dan satu lagi kuning dan hijau. ayat 2 : Ali beli 3 belon iaitu merah, kuning dan juga hijau. Ini agak mengelirukan saya, harap pihak tuan/puan boleh memberi satu penjelasan yang tepat. Sekian, terima kasih. Ms.Chan | Ayat yang betul ialah: Ali membeli tiga belon yang berwarna merah, kuning dan hijau. Terima kasih.
| Tatabahasa | 21.08.2017 |
1. Apakah istilah untuk garisan kuning berbonggol yang digunakan di jalan raya untuk memperlahankan kelajuan kenderaan. 2. (a) Abu pergi ke sekolah pada setiap hari. (b) Abu ke sekolah pada setiap hari. Yang manakah betul bagi ayat-ayat di atas. | 1. Garisan kuning yang dimaksudkan ialah garisan untuk melintas/lintasan zebra/lintasan belang. 2. Ayat yang betul ialah Abu pergi ke sekolah (pada) setiap hari. | Tatabahasa | 17.05.2010 |
Tuan, betul ayat ini 'Saya berharap supaya kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama' betulkah kata 'berharap supaya'? kerana kata' berharap' telah membawa maksud harapan dan kata 'supaya' juga membawa maksud harapan. Minta penjelasan | Pandangan tuan mengenai berharap dan supaya boleh diterima. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut menyebabkan lewah dan tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "Saya berharap kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama." | Tatabahasa | 11.09.2013 |