Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.jung] | کونجوڠ

Definisi : ; berkunjung pergi (datang) utk melihat-lihat (tempat dll) atau menemui se­seorang: aku diberi kesempatan ~ ke Edinburgh, kemudian terus ke London; pernah beberapa kali aku ~ ke rumah Sutejo; mengunjungi mendatangi utk melihat-­lihat (tempat dll) atau menemui seseorang, melawat, menziarahi: pelancong-pelancong yg ~ bandar tersebut tertarik dgn keindahannya; lama benar ia tidak ~ saudara-maranya di kampung; kunjung-mengunjungi saling mengun­jungi: ~ spt itu ada kaitannya dgn tujuan keselamatan; kunjungan hasil berkunjung atau mengun­jungi, lawatan: persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu); perkunjungan perihal berkunjung; pengunjung orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat, pelancong: pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para ~ datang ke sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.jung] | کونجوڠ

Definisi : Mn lekas, segera, mungkin; tak (tidak) ~ tidak lekas (mudah, pernah, mungkin), belum lagi; tak ~ datang tidak segera (mungkin) datang; tak ~ padam; tidak ~ tiba; tak ~ tidak tentu, pasti; api nan tak ~ padam semangat (azam) yg sentiasa ada (tidak padam­-padam). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.jung] | کونجوڠ

Definisi : ; berkunjung pergi atau datang melihat-lihat tempat atau menemui orang: Aku diberi peluang ~ ke Australia selama seminggu. Sejak itu, dia tidak pernah ~ ke rumah saya. mengunjungi mendatangi sesuatu tempat utk melihat-lihat atau utk menemui orang; menziarahi: Tiap-tiap hari tidak putus-putus orang ~ Muzium Negara. Lama benar saya tidak ~ saudara-mara saya di kampung. kunjungan hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. perkunjungan perihal (perbuatan) berkunjung: ~ Presiden Suharto ke Malaysia telah disambut secara besar-besaran. pengunjungan perihal (perbuatan) mengunjungi. pengunjung orang yg berkunjung atau yg mengunjungi; pelawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kunjung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan, Mohon mendapatkan maklumat mengenai penggunaan perkataan "kunjung" dan "kunjungan" dalam menyusun ayat. sebagai contoh:- Permohonan "kunjung/kunjungan" hormat ke atas YB Menteri Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih. Amin.Yang betul ialah kunjungan hormat, kunjungan sama maksud dengan lawatan.Tatabahasa23.04.2010
1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ?1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.  Istilah30.11.2009
KUNJUNGAN HORMAT ATAU KUNJUNG HORMAT?

Yang betul ialah kunjungan hormat.

 

Tatabahasa11.11.2009
sama ada ayat-ayat di bawah betul? 1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar. 2. Satu gagasan bagi (untul/demi) memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. 3. Pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan. 4. amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan suatu amalan yang ,ulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan thelah mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia. 5. Preses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barang kecil kerana pada usia ini gemar memasukkan ke dalam mulut mereka.

Ayat yang betul ialah:

1. Membelakangkan kaum lain apabila melibatkan perkara yang besar.

2. Satu gagasan demi perpaduan dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum.

3. Pelengkap kepada pendekatan yang sedia ada demi perpaduan dan kestabilan negara. - untuk ayat kedua dan ketiga rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 276 dan 277.

4. Amalan saling berkunjung (atau kunjung-mengunjungi) adalah amalan yang mulia dan telah lama sebati dalam hidup masyarakat Malaysia. Saban tahun pihak kerajaan mengambil insentif untuk mengadakan rumah terbuka sempena perayaan besar di Malaysia.

5. Proses pembesaran kanak-kanak merupakan masa penerokaan sesuatu yang baru melalui aktiviti bermain yang telah menjadi sifat semula jadi mereka. Pada peringkat umur hingga tiga tahun, jangan membeli barangan kecil kerana pada usia ini kanak-kanak gemar memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka.

Tatabahasa17.02.2011

Kembali ke atas