Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.ju.ngan] | کونجوڠن

Definisi : hasil berkunjung atau mengun­jungi, lawatan: persediaan-persediaan menyambut ~ presiden Amerika telah siap semuanya; kota yg bersejarah ini menjadi tempat ~ ramai; ~ kilat kunjungan (lawatan) yg singkat (biasanya yg tidak dirancang terlebih dahulu); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.ju.ngan] | کونجوڠن

Definisi : hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan, Mohon mendapatkan maklumat mengenai penggunaan perkataan "kunjung" dan "kunjungan" dalam menyusun ayat. sebagai contoh:- Permohonan "kunjung/kunjungan" hormat ke atas YB Menteri Kerjasama didahului dengan ucapan terima kasih. Amin.Yang betul ialah kunjungan hormat, kunjungan sama maksud dengan lawatan.Tatabahasa23.04.2010
negara Thailand dijangka kurang menerima________para pelancong akibat daripada kejadian ombak tsunami itu. (A kunjungan C lawatan) tuan, jawaban ialah kunjungan. Saya kekeliruan kerana A dan C membawa maksud yang sama. Tuan, apakah jawaban yang lebih tepat. TQMerujuk Kamus Dewan edisi ke-4, lawatan membawa maksud perihal melawat (mengunjungi, menziarahi ), kunjungan manakala  kunjungan membawa maksud hasil berkunjung atau mengunjungi; lawatan. oleh yang demikian kedua-dua jawapan boleh digunakan.Tatabahasa22.08.2011
KUNJUNGAN HORMAT ATAU KUNJUNG HORMAT?

Yang betul ialah kunjungan hormat.

 

Tatabahasa11.11.2009
Adakah terjemahan yang lebih tepat bagi 'roadshow' selain dari 'persembahan dalam kunjungan'? Tk.

Padanan kata roadshow dalam bahasa Melayu ialah jerayawara.

Istilah26.03.2009
apakah makna lawatan?

Maknanya ialah perihal melawat (mengunjungi, menziarahi, dll), kunjungan.

Makna10.10.2009
apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu?Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. Lain-lain20.03.2008
Apakah perkataan Bahasa Malaysia untuk 1. Flagship ( e.g. Flagship Restaurant) 2. Tour ( e.g. factory tour) Manakah perkataan yang betul untuk "new" . Adakah "Baharu" atau "Baru"? Sejak bila ia bertukar? Terimakasih.

1. Flagship diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu sebagai kapal laksamana, atau kemegahan, namun tidak ada padanan yang sesuai untu flagship restaurant dalam sumber rujukan kami.

2. Terjemahan tour ialah melancong, lawatan, kunjungan,berkhidmat, bertugas, namun tidak ada padanan tour factory dalam bahasa Melayu.

3. Dalam Kamus Inggeris - Melayu Dewan terjemahan new ialah baru, baharu (kedua-duanya sekali). 

Makna27.11.2008
sfaktor kesalahan bahasa melayu dalam iklan dan cara mengatasinya.: Antara faktor yg mempengaruhi kesalahan bahasa dalam bidang pengiklanan ialah kebiasaan kesalahan yg diteruskan, konsep atau idea abstrak yg sukar dinyatakan dalam bahasa Melayu, terjemahan idea daripada bahasa Inggeris yg tidak tepat dan sikap para penulis iklan yg tidak peka terhadap bahasa Melayu yg betul. Di DBP, ada menganjurkan kursus-kursus untuk penulis iklan, kunjungan kerja ke agensi pengiklanan dan kerjasama antara DBP dengan PBT (bagi papan tanda perniagaan dan papan tanda perniagaaan-bilboard) untuk memantau kesalahan bahasa. Harap maklum.Lain-lain11.11.2006
faktor kesalahan pengunaan bahasa melayu dalam iklan dan cara mengatasinyaAntara faktor yg mempengaruhi kesalahan bahasa dalam bidang pengiklanan ialah kebiasaan kesalahan yg diteruskan, konsep atau idea abstrak yg sukar dinyatakan dalam bahasa Melayu, terjemahan idea daripada bahasa Inggeris yg tidak tepat dan sikap para penulis iklan yg tidak peka terhadap bahasa Melayu yg betul. Di DBP, ada menganjurkan kursus-kursus untuk penulis iklan, kunjungan kerja ke agensi pengiklanan dan kerjasama antara DBP dengan PBT (bagi papan tanda perniagaan dan papan tanda perniagaaan-bilboard) untuk memantau kesalahan bahasa. Harap maklum.Lain-lain11.11.2006
Saya mendapati rata-rata akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk atau subtajuk. Hal ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai tidak perlu menggunakan imbuhan dalam penggunaan bahasa mereka. Bukankah DBP diberi mandat untuk memantau dan menegur pengguna bahasa yang tidak gramatis? Akhbar yang mempunyai pelbagai fungsi haruslah menjadi contoh yang baik dalam aspek menegakkan bahasa kebangsaan dan bukannya mencemarkan bahasa semata-mata untuk menjimatkan ruang.Terima kasih atas pandangan saudara. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa memantau penggunaan bahasa oleh masyarakat khususnya penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik dan seterusnya memberikan khidmat nasihat bahasa tentang penggunaan yang betul melalui pelbagai saluran seperti khidmat bahasa dalam talian, melalui telefon, faksimile dan juga kunjungan.   Lain-lain29.05.2008
12

Kembali ke atas