Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kupakai


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Bagi singkatan kata ganti nama mu (kamu), kau (engkau) dan ku (aku), adakah ketiga-tiga kata tersebut dieja serangkai dengan kata (nama/kerja) yang sebelum atau mengikutinya seperti keretamu, keretaku, keretakau, kaulukis, kulukis, mulukis? Contoh lain, keretaku mupakai, keretamu kupakai. Makanankau kaubayar, makananku kubayar.

Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum contohnya:  kaubacalah buku ini. Kata ganti nama diri ku ialah (kependekan aku) dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain.

Sastera18.12.2017

Kembali ke atas