1. Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun? 2. Di manakah boleh anda tuntut kupon diskaun? Yang manakah ayat tanya yang betul/baku? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Di manakah anda boleh menuntut kupon diskaun?". | Tatabahasa | 27.05.2013 |
1)Istilah manakah yang sesuai untuk serpihan kaca?:- a) bertaburan b)berhamburan c) berserak-serakan 2) Apakah penjodoh bilangan untuk satu buku kupon/tiket? a) sebuku b) senashkah 3) Manakah antara berikut yang betul penggunaannya? a) membeli banyak hadiah b) banyak membeli hadiah | 1. bertaburan atau berserakan. 2. keping. 3. membeli banyak hadiah. | Tatabahasa | 08.10.2009 |
1. Apakah yang mesti ada dalam ayat pasif tak transitif? 2. Adakah ayat di bawah ini betul? a. Norisah telah diisytiharkan sebagai olahragawati sekolahnya. b. Setiap tetamu yang hadir akan diberikan kupon untuk cabutan bertuah. | 1. Untuk melihat ciri-ciri ayat pasif tak transitif seperti contoh ayat yang tuan berikan, boleh merujuk ayat pasif kata ganti nama diri ketiga yang ditandai dengan kata kerja apitan di-...-kan. 2. Kedua-dua ayat yang diberikan itu betul. | Tatabahasa | 11.03.2015 |
Saya hendak tanya terjemahan untuk perkataan "SIGIL"(contohnya, "fire sigil". Terima kasih | Salam sejahtera, Dalam data sistem kami, tidak wujud istilah bahasa Inggeris "SIGIL". Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan segel yang bermaksud: 1. cap (sbg. tanda), tera, meterai; ~ tempel segel yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dll 2. kupon (untuk membeli barang-barang); menyegel 1. mengecap (degan tera, meterai); 2. membubuh cap (pd. surat-surat penting dll.) Sekian untuk makluman.
| Makna | 28.11.2017 |
Perbezaan penggunaan huruf 'u' dan 'o' | Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Walau bagaimanapun, kami akan memberikan penerangan tentang penggunaan huruf vokal "u' dan "o" dalam sistem ejaan. Dalam sistem ejaan rumi bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal yang utama. Antaranya ialah u - u (untuk, tunduk, untung) dan o - o (obor, borong). Untuk makluman terdapat kekecualian bagi perkataan yang dipinjam daripada bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Contohnya, u - o (bunglon, buron, kupon), o - u (bonus, forum). Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu (Rumi- Sebutan- Jawi) terbitan DBP. | Ejaan | 29.10.2012 |
sukuk | SIJIL YANG MENUNJUKKAN BUKTI PEMILIKAN DAN HAK TUNTUTAN PEROLEHAN. PEMEGANG SIJIL BOLEH MEMILIKI ASET MENGIKUT KADAR TERTENTU. PEROLEHAN BOLEH DITUNTUT OLEH PEMEGANG SIJIL BERDASARKAN PRINSIP TERTENTU SEPERTI PRINSIP IJARAH, MUSYARAKAH DAN MUDARABAH. SEKIRANYA ASET TERSEBUT BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL TERSEBUT DIKENALI SEBAGAI SIJIL ASET KEWANGAN BOLEH NIAGA. SEBALIKNYAN JIKA ASET TERSEBUT TIDAK BOLEH DINIAGAKAN, MAKA SIJIL BERKENAAN DIKENALI SEBAGAI SIJIL KUPON SIFAR TIDAK BOLEH NIAGA. CONTOHNYA SUKUK IJARAH, SUKU MUDARABAH DAN SUKUKMUSYARAKAH. | Istilah | 22.10.2010 |