selamat petang Bolehtak saya tanya tentang istilah perkataan? saya agak keliru dengan rama-rama dan kupu-kupu rama-rama = moth kupu-kupu = butterfly ? | Menurut data kami, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu). Kupu-kupu pula ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, kupu-kupu ialah butterfly, dan rama-rama ialah moth. Sekian. Terima kasih. | Lain-lain | 15.02.2019 |
Assalamualaikum, Apakah maksud rama-rama yang betul? Daripada kamus DBP: Rama-rama : [1.sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).] ATAU; [serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu).] Berlaku percanggahan maksud. Kalau dalam English butterfly=kupu-kupu, moth=rama-rama. Yang manakah yang betul? | Merujuk Kamus Pelajar Edisi Kedua, rama-rama ialah serangga bersayap empat yang lebih banyak terbang pada waktu malam dan tertarik pada cahaya, dan warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk daripada badan kupu-kupu. Kupu-kupu ialah serangga yang mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Jika berlaku percanggahan dalam data kami, untuk melihat makna yang lebih persis kami sarankan tuan/puan mengambil data daripada Kamus Pelajar. | Makna | 25.10.2013 |
Salam sejahtera, tuan. Di sini ada satu pertanyaan berkaitan dengan rama-rama dan kupu-kupu. Apakah padanan istilah bahasa Inggeris yang betul bagi rama-rama dan kupu-kupu? Terima kasih atas penjelasan tuan. | Menurut data kami, rama-rama ialah serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). Kupu-kupu pula ialah serangga yg mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, kupu-kupu ialah butterfly, dan rama-rama ialah moth. Sekian. Terima kasih. | Makna | 27.07.2017 |
Salam sejahtera. Di sini terdapat pertanyaan terhadap dua perkataan yang maksud BM-BI agak mengelirukan, iaitu kupu-kupu dan rama-rama. Adakah kupu-kupu=moth atau butterfly? dan rama-rama=butterfly atau moth? Ini adalah kerana terdapat percanggahan dalam kamus DPB dan kamus-kamus bergambar di pasaran. Yang mana satu maksud yang betul? Ribuan terima kasih atas jawapan daripada pihak DBP. | Menurut data kami, rama-rama ialah serangga bersayap empat yg lebih banyak terbang pd waktu malam dan tertarik pd cahaya (warna sayapnya agak gelap dan badannya lebih gemuk drpd badan kupu-kupu). Kupu-kupu pula ialah serangga yg mempunyai sepasang sesungut, empat sayap dan biasanya berwarna-warni dan terang warnanya. Oleh itu, berdasarkan huraian tersebut, kupu-kupu ialah butterfly, dan rama-rama ialah moth. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 19.06.2017 |