Adakah ayat berikut gramatis? 1. Anjing berlari pantas tetapi kura-kura merangkak perlahan. berbanding dengan ayat kedua seperti di bawah: 2. Anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura merangkak dengan perlahan. Bolehkah ayat pertama digunakan sebagai ayat yang bagus? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah anjing berlari dengan pantas tetapi kura-kura bergerak dengan perlahan. | Lain-lain | 17.01.2018 |
Salam sejahtera. Adakah biri-biri dan kura-kura dikategorikan sebagai kata ganda yang terdiri daripada kata dasar biri & kura? Terima kasih. | Kura-kura, obor-obor dan kunang-kunang ialah kata nama yang terdiri daripada kata ganda seluruh. Tidak ada asal kata bagi kata ganda ini seperti kata ganda yang lain. | Tatabahasa | 24.12.2012 |
Deretan kereta bergerak ______ kerana keadaan jalan yang sempit akibat kemalangan kereta tersebut. lambat seperti kura-kura. Adakah betul ayat di atas? Terima kasih. | Ayat ini betul: Deretan kereta bergerak lambat seperti kura-kura kerana keadaan jalan yang sempit akibat kemalangan kereta tersebut. | Tatabahasa | 28.05.2020 |
Tuan, sila rujuk ayat di bawah,kata hubung yang sesuai untuk ayat di bawah adalah "dan" atau "atau" atau kedua-duanya.sila beri penjelasan. Terima kasih. 1. Kura-kura boleh berenang di dalam air ______ berjalan di darat. Sekian,terima kasih. | 1. Kura-kura boleh berenang di dalam air ______ berjalan di darat. Kedua-dua kata hubung "dan" atau "atau" boleh digunakan. Kata hubung "atau" ialah kata hubung yang bermaksud serupa (sama) dengan. Contohnya "askar atau tentera", "binatang atau haiwan", dan sebagainya. Maksud kedua "atau" ialah "salah satu antara hal". Manakala kata hubung "dan" ialah kata hubung yang menhubungkan dua perkataan (frasa atau ayat). | Tatabahasa | 13.03.2015 |
adakah betulkah penggunaan kata panggilan untuk buaya-Sang Bedal dan kura-kura-Sang Rangkak?sekiranya salah apakah panggilannya yang betul? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sang digunakan di depan nama binatang (dalam cerita). Contohnya, Sang Kancil, Sang Buaya dan sebagainya. Untuk makluman, DBP tidak mempunyai satu senarai yang khusus tentang nama yang patut diberikan kepada binatang seperti Sang Bedal untuk buaya atau Sang Rangkak untuk kura-kura. Oleh itu, puan boleh memberikan sebarang nama bergantung pada kesesuaian. | Lain-lain | 16.04.2011 |
Bolehkan kata ganti diri manusia digunakan di dalam dialog antara binatang-binatang. Contoh: "Esok kita berlumba dari sini, sehingga ke pokok hujung sana," kata Kura-Kura kepada Arnab. Jika tidak boleh, sila betulkan ayat ini. Terima kasih. | Penggunaan kata ganti nama diri manusia bagi binatang dibenarkan dalam karya kreatif, khususnya dalam penceritaan karakter binatang bersifat seperti manusia dan melakukan aktiviti manusia. Contoh, "Esok kita berlumba dari sini sehingga pokok hujung sana," kata kura-kura kepada arnab. Namun, dalam penulisan ilmiah kata ganti nama diri manusia tidak digunakan untuk binatang. | Tatabahasa | 29.04.2021 |
Saya ingin mencadangkan nama "labi-labi kepak" sbg terjemahan bg "flapshell turtle". PENERANGAN: "flapshell turtle" ini ialah kelompok kura-kura dalam subkeluarga Cyclanorbinae yg merangkumi genus "Cyclanorbis", "Cycloderma" dan "Lissemys". Ia tergolong dlm keluarga Trionychidae yg dikenali sbg "labi-labi" atau "softshell turtle" tetapi tidak tempatan di Asia Tenggara. Ia disebut sbg "flapshell" kerana mempunyai bahagian menyerupai cuaran atau kepak pada plastronnya. Maka, "softshell turtle" akan diterjemahkan sebagai "labi-labi" sedangkan "flapshell turtle" diterjemahkan sebagai "labi-labi kepak". | Terima kasih atas padanan bahasa Melayu yang disarankan. Pihak kami mengambil perhatian tentang istilah tersebut. Saran kata boleh dibuat melalui pautan http://ekamus.dbp.gov.my/DaftarKata.aspx. | Lain-lain | 30.05.2024 |
Selamat pagi tuan, Minta tolong tuan memberi nasihat dan pembetulan ayat-ayat di bawah serta memberi keterangan yang lanjut. 1) Emak saya membeli sebungkus limau yang segar. 2) Adik berenang di kolam yang jernih. 3) Mereka suka memelihara kura-kura untuk mengisi masa lapang. 4) Kakak menolong ibu mengemas pakaian di ruang tamu. 5) Pada Tahun Baru Cina, bapa memberikan kami angpau. | 1) Emak saya membeli sebungkus limau yang segar. - betul 2) Adik berenang di dalam kolam yang jernih. 3) Mereka suka memelihara kura-kura untuk mengisi masa lapang. - betul 4) Kakak menolong ibu mengemas pakaian di ruang tamu. - betul 5) Pada Tahun Baru Cina, bapa memberikan kami angpau. - betul | Tatabahasa | 25.02.2012 |
Tuan, Adakah kata hubung perlu menggunakan huruf kecil jika digunakan sebagai sebahagian daripada tajuk sesebuah buku atau makalah lain? Contoh: Kisah Si Arnab dengan Kura-kura. Diari Ibu dan Anak Siapa yang Cantik? Terima kasih. | Kata dengan serta dan dalam konteks ayat tersebut ialah kata sendi nama dan kata sendi nama yang menjadi sebahagian daripada tajuk ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 30.12.2013 |
apakah maksud Sang Rangkak?kura-kurakah atau buaya?dan apa maksud pula Sang Bedal?sekian dan terima kasih. | Sang Rangkak merujuk kura-kura, manakala Sang Bedal merujuk buaya. | Makna | 22.04.2014 |