Soalan dalam lampiran fail. | Pihak kami ambil maklum atas apa yang tuan sampaikan. Jawapan yang betul ialah "kurang daripada" kerana perkataan "daripada" dalam konteks pertanyaan tuan menunjukkan perbezaan atau perbandingan. Contoh: Harga kain itu kurang daripada harga biasa. | Tatabahasa | 30.03.2019 |
penggunaan yang mana betul sedikit sebanyak atau sedikit banyak | Yang biasa digunakan ialah sedikit sebanyak yang bermakna lebih kurang. | Ejaan | 10.11.2006 |
"Ampunkan ................. tuanku", sembah pengawal istana itu. A. beta B. patik C. hamba Apakah jawapannya, saya kurang pasti patik atau hamba. Tolong terangkan kepada saya. Terima kasih. | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Oleh itu jawapan yang tepat ialah B. patik | Istilah | 01.10.2015 |
bagaimana cara saya hendak menulis surat mengikut panduan dari halaman web ini. terima kasih zulkifilee | Maksud sdr kurang jelas, surat tersebut ditujukan kepada siapa dan adakah yang dimaksudkan oleh sdr surat rasmi atau surat biasa? Sila jelaskan apa yang sebenarnya diperlukan. Terima kasih. | Tatabahasa | 25.10.2007 |
tlong bgi perbzaan cra jwb bgian c,alih btuk teks puisi,prosa,lras... cth-alih bntuk bhasa ikln kpd bntuk prosa biasa??? JELASKAN... apa plu tmbh n apa y x plu dletkkn. | Soalan saudara kurang jelas, sila gunakan bahasa Melayu yang baik dengan ejaan yang betul. | Lain-lain | 24.06.2011 |
Sila nyatakan perbezaan bagi perkataan canggung dan kekok (Inggeris: not natural) dari segi makna dan penggunaannya. | Kata canggung sama makna dengan kekok. Canggung bermaksud agak kekok atau kurang mahir melakukan sesuatu kerana belum biasa melakukannya; atau disebut juga janggal: seperti contoh ayat: Aku berasa canggung/kekok/janggal sekali apabila bercampur gaul dengan mereka. | Makna | 28.01.2011 |
Assalamualaikum. Mohon bantuan tuan untuk mencadangkan terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'viewer'. Dalam konteks ini, 'viewer' ialah orang yang melihat dokumen. Contoh ayat: Viewers are not allowed to edit documents. Terjemahan biasa bagi 'viewer' ialah penonton tetapi saya berpendapat kurang sesuai untuk konteks ini. Mohon bantuan tuan. Terima kasih. | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah pembaca, pemerhati atau pengulas selain penonton mengikut konteks bahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.03.2019 |
Assalamualaikum, Apakah terjemahan bahasa malaysia yang sesuai untuk skala likert ini, neither agree nor disagree, disagree moderately, disagree a little. Sekian,terima kasih. | DBP tidak mempunyai terjemahan yang khusus untuk perkataan yang diberikan. Antara perkataan yang biasa digunakan adalah seperti yang berikut: berkecuali, agak bersetuju,, kurang bersetuju | Lain-lain | 08.11.2016 |
Salam sejahtera, Sila menolong saya dalam penyelesaian soalan yang akan saya lampirkan. Walaupun telah saya rujuk hukum ayat songsang dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, saya masih kurang jelas dengan soalan yang telah saya lampirkan. Harap pihak DBP dapat membantu saya. Saya memang memerlukan bantuan anda. Terima kasih. | ayat songsang merupakan ayat yang susunannya berlawanan dengan susunan ayat biasa, iaitu predikat mendahului subjek. Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan ayat songsang ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 457, terbitan DBP. | Tatabahasa | 17.09.2010 |
Istilah perkataan TAKUT & Hormat dalam komunikasi semsa | Takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan; Hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); | Makna | 21.08.2009 |