Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kurang
1. Bersinonim dengan belum cukup
( tidak sampai)
(kata tugas:)
Berantonim dengan lebih cukup

2. Bersinonim dengan potong
( tolak, diskaun, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan tidak berapa
( tidak begitu, tidak cukup, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan cacat
( cela)
(adjektif:)
Berantonim dengan sempurna

Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan,

Peribahasa

Hilang rona kerana penyakit,
     hilang bangsa tidak berwang.

Bermaksud :

Orang yang tidak berharta (berwang) kurang dihargai orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada rial di pinggang, saudara yang rapat menjadi renggang).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Dua orang pemuda telah tersesat di dalam hutan yang "lebat" itu. 2. Hutan rimba di negara kita subur dan 'lebat". Penggunaan perkataan "lebat" dalam kedua-dua ayat ini betul atau salah ? Terima kasih.

Penggunaan kata lebat dalam kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Dalam Kamus Dewan, lebat bermaksud: 1. banyak dan rapat tumbuhnya (rambut, bulu, buah, daun, dll); 2. banyak lagi tebal (hujan, embun, dll); 3. banyak lagi penuh (bkn corak kain dsb). Lazimnya kita menyebut hutan yang tebal, namun jika soalan ini berkaitan dengan peperiksaan, sila rujuk dengan pihak yang berkaitan seperti sekolah atau Lembaga Peperiksaan.

Tatabahasa30.11.2011
tuan, terdapat kesalahan dalam soalan di bawah, 1 jarang benar air yang kau masak ini. 2. mereka melepaskan keletihan selepas senaman. terima kasih atas panduan tuan

1. Jarang benar air yang kau masak ini. - ayat ini memang salah kerana jarang bermaksud tidak rapat atau renggang

2. Mereka melepaskan keletihan selepas senaman. - ayat ini kurang tepat tetapi boleh diperbetulkan menjadi 'Mereka melepaskan keletihan selepas bersenam.'

Tatabahasa29.03.2011
Berkaitan dengan pertanyaan tentang 'bidalan' dan 'pepatah', bagaimanakah kita hendak menentukan sama ada peribahasa tersebut dikategorikan sebagai 'bidalan' atau 'pepatah'. Apakah ada petunjuk atau 'key words' yang dapat membezakan bidalan dengan pepatah? Terima kasih.

Secara umumnya kedua-duanya mempunyai peranan yang hampir sama tetapi bidalan lebih kerap digunakan berbanding dengan pepatah.  Bidalan mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran, sedangkan pepatah lebih ringkas sifatnya dan tidak mempunyai pengajaran. Pepatah ini sering berkait rapat dengan adat-istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat.

Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan.  Bidalan juga mempunyai maksud dua lapis.  Untuk mengenali bidalan, ia lebih mudah kerana “ bidalan tidak didahului oleh kata sendi nama seperti, bagai, laksana dan umpama. Contoh bidalan

Malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan.

Jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

(Maksud lapis pertama jelas.  Maksud lapis kedua ialah merujuk kepada seseorang yang kurang berilmu atau mempunyai sedikit ilmu serta pengalaman tetapi mahu mencuba sesuatu yang di luar kemampuannya.) 

Pepatah pula sering juga dipanggil perbilangan.  Pepatah atau perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama bidalann namun perbezaannya ialah pepatah disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi.  Setiap rangkai pepatah terdiri daripada dua baris atau lebih dan ia disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan. Contoh pepatah

Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana maufakat.

Cubit paha kiri, paha kanan sakit juga

Ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Kalah jadi abu, menang jadi arang.

Sastera16.02.2011

Kembali ke atas