| Saya mahukan nasi kurang. kurang nasi atau nasi kurang? | Ayat yang betul ialah "Saya mahu kurangkan nasi" | Tatabahasa | 07.11.2022 |
| Assalamualaikum. Apakah (i) ungkapan yang betul, dan (ii) maksud: "terlebih sudu daripada kuah"? Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah: Lebih sudu daripada kuah. Maksudnya:Orang yang tidak mempunyai kuasa/jawatan, tetapi menunjukkan sikap yang berlebihan daripada orang yang berkuasa/berjawatan. Ada juga peribahasa lain yang seakan-akan sama, iaitu: Kurang-kurang bubur, lebih-lebih sudu. Maksudnya: Pengetahuan sedikit tetapi cakap besar lebih. | Makna | 17.04.2014 |
| Assalamualaikum... mohon penjelasan pihak dbp tentang penggunaan perkataaan ‘lebih kurang’ atau ‘kurang lebih’. Yang mana patut kita gunakan di Malaysia?... terima kasih.. | Salam sejahtera, Tuan, Frasa yang lazim digunakan ialah "lebih kurang". Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 15.02.2019 |
| Sila jelaskan fungsi 'kurang' dalam ayat ini, iaitu Kopi ini 'kurang' manis, adakah 'kurang' ini merupakan kata penegas atau bukan? | Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah. | Tatabahasa | 07.04.2017 |
| masuk keluar atau keluar masuk? kurang lebih atau lebih kurang ? | Frasa yang lazim digunakan ialah keluar masuk dan lebih kurang. | Tatabahasa | 07.10.2011 |
| saya ada soalan. Manakah yang betul dan penjelasan kalau boleh. kurang dari satu jam @ kurang daripada satu jam? | Penggunaan yang betul ialah kurang dari satu jam. Kata sendi nama dari digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu. | Tatabahasa | 07.08.2018 |
| Salam dan terima kasih kerana membantu. Yang mana antara berikut adalah terjemahan yang paling sesuai untuk "people with reduced mobility" - 1) orang kurang mobiliti ; atau 2) orang kurang pergerakan; atau 3) orang kurang upaya pergerakan; atau 4) orang kurang upaya gerak; atau 5) orang kurang upaya mobiliti; atau 6) orang pergerakan terbatas; atau 7) orang mobiliti terbatas? | Pada pandangan kami, orang kurang upaya pergerakan paling sesuai untuk terjemahan “people with reduced mobility”. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.02.2019 |
| saya ingin bertanya mengenai: 1. Ejaan sebenar bagi latarbelakang/latar belakang, kurang lebih / lebih kurang? 2. Dalam keadaan mana kita perlu gunakan perkataan baru dan perkataan baharu ? Terima kasih. | 1. latar belakang 2. lebih kurang 3. baharu/baru - new, baru- just sahaja. contoh, adik membeli baju baru/baharu. Dia baru sampai dari Kuala Lumpur | Tatabahasa | 25.07.2007 |
| tolong tentukan kesalahan bahasa : 1 ) berumur kurang 40 tahun or kurang daripada 40 tahun ? 2 ) yang makin berkurang atau yang semakin berkurang ? 3 ) Si tukang jahit ialah kesalahan bahasa atau tidak ? 4 ) adalah antara 10 - 12 cm atau adalah di antara 10 - 12 cm ? 5 ) hingga atau sehingga ? | 1) Berumur kurang daripada 40 tahun. 2) ... yang semakin berkurang. 3) Betul. 4) Antara 10-12 cm 5) Kedua-duanya betul. 'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik. | Tatabahasa | 12.11.2015 |
| Apakah padanan untuk "minced oath" dalam BM? "Kata ganti carutan"? "Kata ganti makian"? Takrifnya ialah eufemisme untuk mengelakkan bahasa kasar atau lucah, seperti kurang ajar -> kurang asam, goddamn -> gosh darn. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah minced oath ialah seranah halus. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Istilah | 21.05.2026 |