Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kurangkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ?1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.  Istilah30.11.2009
Tuan, saya ingin mendapat kepastian tentang sesuatu kesalahan bahasa. Semasa saya berkereta ke Teluk Cempedak, saya ternampak ayat "Kurangkan laju". Ayat ini ayat perintah, dan kata ganti nama orang kedua dalam ayat ini telah digugurkan untuk membentuk ayat yang lebih bersifat memberikan perintah. Tetapi, ayat ini salah tuan. Teliti bahawa 'laju' ialah kata adverba, bukan kata nama, jadi tidak dapat berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif ayat perintah "kurangkan". Hanya frasa nama sahaja yang dapat berperanan sebagai objek, golongan perkataan yang lain tidak boleh. Oleh itu, pada saya, saya berpendapat bahawa dengan penambahan apitan ke-...-an pada kata dasar 'laju' ini, terhasillah kata nama 'kelajuan' yang dapat berperanan sebagai penyambut kata kerja. Jadi, ayat yang betul sepatutnya "Kurangkan kelajuan". Kata nama 'kelajuan' berfungsi sebagai objek kepada kata kerja transitif 'kurangkan'. Betulkah pembetulan saya ini? Saya hendak mendapat kepastian. Minta tuan jelaskan pandangan saya ini.Frasa yang gramatis ialah "kurangkan kelajuan", kurangkan laju ialah terjemahan reduced speed dan penggunaannya khusus dalam konteks tertentu. Dalam penggunaan umum frasa "kurangkan kelajuan" yang digunakan.Tatabahasa21.11.2014
Perkataan 'kurangkan' tiada dalam kamus dewan, adakah ini bermaksud perkataan itu tidak baku?Perkataan kurangkan merupakan bahasa standard. Perkataan tersebut tidak terakam dalam Kamus Dewan kerana entri Kamus Dewan hanya memasukkan kata kerja aktif.Tatabahasa25.07.2013
Boleh nyatakan contoh ayat 'cliche'Padanan 'cliche' dalam bahasa Melayu ialah 'klise' yang bermaksud ungkapan yang sudah terlalu sering digunakan hingga tidak lagi terdapat keistimewaannya atau kesannya. Contoh: dunia tanpa sempadan, kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.Istilah27.07.2009
Salam sejahtera. Saya ingin cadangkan bahawa satu jawatan baharu digelar 'Pesuruhjaya Bahasa Malaysia' diujudkan. Antara tugas utama pegawai ini adalah untuk mengesahkan betul (dari segi tatabahasa, nahu dsbnya) dokumen yang penting termasuk papan-tanda/notis yang hendak dipamerkan kepada umum. Saya dapati pencemaran bahasa Bahasa Malaysia mahu pun Inggeris berlaku secara berleluasa sekarang dan pihak kerajaan hendaklah mewajibkan semua dokumen tertentu dan papantanda/notis yang disahkan oleh pegawai tersebut sahaja boleh diterima. Pegawai ini hendaklah dilantik oleh DBP dan status mereka adalah sebagai pegawai badan berkanun atau pun swasta seperti Pesuruhjaya Sumpah. Sekian, terima kasih. KRISHNANTerima kasih atas keprihatinan tuan. Untuk makluman tuan, setiap permohonan iklan perlu mendapat pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa dan Pustaka. Apa yang berlaku mungkin terdapat iklan yang tidak disahkan tetapi diletak untuk paparan di tempat awam. Kami berharap dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk orang awam  dengan melaporkan kesalahan bahasa yang ditemukan kepada DBP masalah seperti ini dapat kita kurangkan sedikit demi sedikit. Aduan kesalahan bahasa boleh disalurkan melalui domain "Pantau Tegur Bahasa".Pengembangan30.06.2015

Kembali ke atas