Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menyebabkan sesuatu pembelajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan. (i) Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) (ii) tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan Adakah kedua-dua frasa tersebut gramatis? | Kedua-dua frasa, iaitu “Kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)” dan “tidak dapat disampaikan dengan baik dan berkesan” dalam contoh ayat yang diberikan adalah gramatis. | Tatabahasa | 14.03.2022 |
Salam, ayat yang manakah betul? Panjang A ialah sekurang-kurangnya 50 cm atau panjang A adalah sekurang-kurangya 50 cm. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Panjang A ialah sekurang-kurangnya 50 cm." Kata pemeri ialah hadir di hadapan kata nama atau frasa sendi nama, manakala kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif atau frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hlmn. 263. | Tatabahasa | 25.09.2023 |
Salam, Saya masih belum menerima maklum balas bagi pertanyaan bertarikh 25.9.23. Ayat yang manakah betul? Panjang A ialah sekurang-kurangnya 50 cm atau panjang A adalah sekurang-kurangya 50 cm. Kata pemeri ialah digunakan sebelum frasa nama, manakala adalah digunakan sebelum frasa adjektif dan sendi nama. Adakah sekurang-kurangnya dalam kategori frasa adjektif? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Panjang A sekurang-kurangnya 50 cm. | Tatabahasa | 29.09.2023 |
(1)Masalah remaja yang berlaku pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa.(2) Ibu bapa sekarang tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. (3)Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan. (4)Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan anak-anak tersebut tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. (5) Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan membandingkan antara halal dengan haram. (6) Oleh sebab itu, anak-anak tersebut membabitkan diri dalam kegiatan yang tidak berfaedah.(7) Misalnya, anak yang tidak memupunyai didiak agama akan berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. (8) Sepatutnya, masa ini digunakan untuk menunaikan solat dan membaca buku-buku agama. (9)Pendek kata, kecetekan didikan agama dalam kalangan anak-anak merupakan salah satu faktor masalah remaja. AYAT 4,5- saya tidak dapat pasti sama ada ayat itu betul atau salah. DBP, SAYA MENGGUNAKAN SEMINGGU UNTUK MELATIH KARANGAN INI. Tolong semak peranggan ini. | 1. Masalah dalam kalangan remaja pada masa ini berpunca daripada kurangnya didikan agama daripada ibu bapa. 2. Ibu bapa kini tidak memberikan didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak walaupun mereka menyedari bahawa didikan agama yang sempurna dapat dijadikan pedoman hidup. 3. Mereka lebih mementingkan soal ekonomi dan kebendaan daripada mendidik anak-anak. 4. Hal ini menyebabkan pengetahuan agama anak-anak agak cetek dan tidak mengenal apa itu baik dan apa itu buruk. 5. Anak-anak tersebut tidak tahu membezakan antara betul dengan salah dan antara halal dengan haram. 6. Oleh sebab itu, anak-anak mudah terdorong melakukan kegiatan yang tidak berfaedah. 7. Anak yang mempunyai kurang didikan agama lebih gemar berfoya-foya di kafe siber dan pusat permainan video selepas pulang dari sekolah. 8. Sepatutnya, kesempatan ini digunakan untuk menunaikan solat dan melakukan kegiatan berfaedah seperti membaca buku. 9. Pendek kata, kecetekan didikan agama merupakan salah satu faktor masalah dalam kalangan remaja. | Tatabahasa | 14.04.2011 |
bina ayat yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 patah perkataan 1 insentif = 2 terangkat = 3 menghadiahi = 4 mengharapkan= 5 memangkas= 6 menebas= 7 tangkapan= 8 penangkapan= | Sdr Majidee, Untuk makluman sdr, selain Kamus Dewan memberikan makna perkataan, Kamus Dewan juga turut menyediakan contoh ayat untuk menjelaskan makna sesuatu kata. Misalnya, kata intensif yang bermaksud dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara intensif. Oleh itu, sdr dicadangkan agar menggunakan Kamus Dewan untuk membantu sdr memahami makna kata, pembentukan kata dan membina ayat. Sdr juga boleh menggunakan kamus dalam talian dalam laman sesawang DBP. | Lain-lain | 22.05.2009 |
ada orang cakap, wisma ialah bangunan sekurang-kurangnya 3 unit dan 3 tingkat, betul ke? | Untuk keterangan lanjut berhubung kriteria bangunan untuk "wisma", mohon diajukan pertanyaan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 10.04.2013 |
Manakah yang betul? Pemeriksaan mulut dan gigi sekurang-kurangnya sekali setahun atau setahun sekali? | Kedua-dua frasa "sekali setahun" dan "setahun sekali" boleh digunakan dalam ayat yang dinyatakan. | Tatabahasa | 18.04.2021 |
apa ertinya TOMAHAN? sila beri definasi yang tepat dan sekurang-kurangnya satu contoh perkataan yang menggunakan tomahan. terima kasih. | tohmahan bermaksud tuduhan yg berdasarkan syak wasangka, tuduhan yg melulu: cth ayat, dia tidak terlepas drpd tohmahan mereka; | Makna | 30.10.2007 |
mahu tahu aktiviti dpb wilayah utara sepanjang tahun ini atau sekurang-kurangnya 3 bulan pertama tahun ini | Saya cadangkan sdr. menghubungi terus Pegawai di Pejabat DBP Wilayah Utara di talian 04-5377241/04-5377242 dan 04-5377243 atau emel arshad@dbp.gov.my/ kriyah@dbp.gov.my. | Lain-lain | 18.01.2009 |
Salam. Apakah itu frasa? | Frasa ialah binaan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya satu perkataan yang berpotensi untuk menjadi unit yang lebih besar. Kata kerja juga boleh menjadi frasa, iaitu frasa kerja seperti dalam ayat "Ahmad membaca buku". Membaca ialah frasa kerja dalam binaan ayat tersebut. | Makna | 13.01.2014 |