Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ra.tor] | کوراتور

Definisi : 1. pengurus (pemegang amanah) harta benda orang dll yg muflis (jatuh bankrap); 2. anggota jawatankuasa pengelola (universiti dll); 3. pengurus atau penyelenggara muzium: ~ Muzium Negara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kurator


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan bagi "curatorial"? Contoh ayat: Please ensure that you complete ALL the information as this will determine the final curatorial decision of acceptance. Terima kasih.Untuk makluman istilah "curatorial" tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah yang ada ialah "curator" dan padanan bahasa Melayunya ialah kurator. Berdasarkan rujukan kami dalam Internet, "curatorial" bermaksud berkenaan atau berkaitan dengan kurator atau tugas kurator.Istilah17.04.2013
Mohon semakan tatabahasa ayat berikut: Sumpit adalah senjata memburu utama masyarakat Orang asli yang diperbuat daripada buluh beruas panjang. Buluh Sewor atau buluh sumpitan yang nama saintifiknya Bambusa wrayi digunakan untuk membuat sumpit kerana mempunyai ruas panjang sehingga 3 meter. Buluh ini dinamakan Bambusa wrayi bersempena nama Kurator Muzium Perak iaitu Leonard Wray yang menjumpai spesies ini pada tahun 1893. Buluh ini dijumpai di kawasan tanah tinggi Gunung Inas berhampiran daerah Selama, Perak.Ayat yang betul ialah Sumpit merupakan senjata utama untuk memburu oleh masyarakat orang asli. Sumpit diperbuat daripada buluh yang beruas panjang. Buluh Sewor atau Buluh Sumpitan (nama saintifiknya Bambusa Wray) digunakan untuk membuat sumpit kerana mempunyai ruas yang panjang sehingga 3 meter. Buluh ini dinamakan Bambusa Wray bersempena dengan nama Kurator Muzium Perak, iaitu Leonard Wray yang menjumpai spesies buluh ini di kawasan tanah tinggi Gunung Inas berhampiran dengan Daerah Selama, Perak pada tahun 1893. Tatabahasa18.03.2021
Apakah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan maksud "Curate"? PRPM hanya menyatakan maksud dari segi kata nama, iaitu 'pembantu paderi', tetapi perkataan tersebut juga mempunyai maksud dari segi kata kerja, iaitu: Curate verb: curate; 3rd person present: curates; past tense: curated; past participle: curated; gerund or present participle: curating select, organize, and look after the items in (a collection or exhibition). "both exhibitions are curated by the Centre's director" Terima kasih.Dalam data rujukan kami, terdapat perkataan kurator daripada istilah curator, iaitu seseorang yang dilantik untuk menjaga dan menguruskan pentadbiran muzium, galeri, arkib dan sebagainya. Berdasarkan huraian yang tersebut, curate boleh ditafsirkan sebagai menjaga dan menguruskan pentadbiran muzium, galeri arkib dan sebagainya dalam konteks kata kerja.Penyemakan dan penterjemahan21.05.2019

Kembali ke atas