Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.ri/] | کوريق

Definisi : bintik-bintik, rintik-rintik; berkurik mempunyai bintik-bintik, berin­tik-rintik; ayam ~ ayam yg bulunya berbintik­bintik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.ri/] | کوريق

Definisi : , = kurik-kurik bintik(-bintik); rintik(-rintik). berkurik ada kuriknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kurik

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Mana satu yang betul sama ada "yang korek itu kundi atau yang kurik itu kendi"....korek /kurik 2. Penggunaan imbuhan 'i'

Salam sejahtera,

Yang betul ialah 'Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga'.

Imbuhan merupakan bentuk terikat yang dicantumkan pada kata dasar dalam proses pembentukan kata. Imbuhan terdiri daripada empat jenis: awalan, akhiran, sisipan, dan apitan. Akhiran kata kerja -i diterangkan dengan jelas dalam buku Tatabahasa Dewan, mulai halaman 183. Kata Kerja akhiran -i  membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran -i, iaitu: memberi pengertian menyebabkan sesuatu dan menyatakan unsur tempat. Untuk melihat contoh ayat yang digunakan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa16.11.2012
Memerlukan kepastian berkenaan yang benar antara berikut. A) Yang kurik itu kendi ATAU B) Yang kurik itu kundi. Terima kasih.Ungkapan yang betul ialah Yang kurik itu kundi.Makna18.07.2007
Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga...... Kendi dalam ayat tersebut merujuk kepada kendi bekas air atau burung kendi (sejenis burung laut/burung gajah) atau pun sebenarnya KUNDI. Mohon penjelasan, terima kasihUngkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.Lain-lain15.04.2012
Sumber Kurik Kundi Merah Saga Sayang lalang berputih mata, Tujuh DIAN bertimbang besi; Alangkah alang berpandang mata, Baik dilangsung sama sekali <<<< apakah dengan DIAN di dalam ayat ini.. adakah bermaksud kuasa?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dian mempunyai dua makna, iaitu 1. pelita yg dibuat drpd lilin, 2. burung kaki ~ sejenis burung.Istilah15.01.2010
yang kurik itu kendi yang merah itu saga yang baik itu budi yang indah itu bahasa ..betulkan susunan kata dan ejaan pada pantun ini.Yang betul ialah 'Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga'. Harap maklum.Ejaan26.08.2008
saya ingin bertanyakan pantun di bawah, yang mana tepat yang kurik itu kundi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa. atau yang kurik itu kendi, yang merah itu saga; yang baik itu budi, yang indah itu bahasa 'kundi' atau 'kendi' yang mana satu betul...dan tolong beri alasanUngkapan yang betul ialah kundi. Kundi ialah sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas. Pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.Istilah21.10.2010
Saya mendapat maklumat daripada kawan berkaitan pantun di bawah: Yang kuning itu kundi yang Merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa Kononnya penggunaan kurik sebenarnya adalah kuning. Alasannya ialah kundi adalah sejenis tumbuhan yang berwarna kuning. Mohon pencerahanUngkapan yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu ialah "Yang merah saga, yang kurik kundi; yang indah bahasa, yang baik budi". Jika ada pandangan lain tentang peribahasa tersebut mungkin ada benarnya, namun tidak ada kajian/dapatan yang boleh mengesahkannya dan ungkupan tersebut dari dahulu hingga kini masih mengekalkan frasa "kurik kundi". Wallahualam.Lain-lain01.02.2013
ASWT.. Saya ingin memohon huraian secara jelas mengenai pantun di bawah. Pohon maaf juga kalau saya tersalah tempat untuk bertanya. Berbanyak terima kasih. Yang merah itu saga, Yang kurik itu kundi, Yang indah itu bahasa, Yang molek itu budi.
  1. Yang merah itu saga,
  2. Yang kurik itu kundi,
  3. Yang indah itu bahasa,
  4. Yang molek itu budi.

Secara umum, pantun di atas dikategorikan dalam Pantun Budi. Dalam baris 1 dan 2, dikenali sebagai pembayang atau sampiran. Pembayang pantun tersebut mengambil unsur tumbuhan, iaitu biji saga. Kundi juga adala sejenis biji saga yang digunakan untuk menimbang emas.

Dalam baris 3 dan 4 pula dikenali sebagai maksud pantun yang menyatakan bahawa yang indah itu bahasa dan yang molek itu budi. Perkataan molek jika dirujuk adalah berkaitan dengan perbuatan yang berkaitan dengan budi.

Jika dikaitkan dengan pembayang dan maksud pantun di atas, kita dapat lihat bagaimana kaitan tersebut dibuat oleh pencipta pantun ini. Dalam pembayang 1, penciptanya menegaskan bahawa  biji saga itu berwarna merah   dan jika dikaitan dengan maksud baris pantun ke 3, pencipta juga menegaskan bahasa yang indah itu bahasa. Manakala dalam pembayang ke 2 pula pencipta menyebut perkataan kundi yang digunakan untuk menimbang emas, iaitu sesuatu yang sangat berharga dan ini dikaitkan pula dengan maksud pantun dalam baris ke 4 yang menyatakan bahawa yang molek itu budi. Cuba lihat bagaimana pencipta tersebut mengaitkan kundi dengan budi, iaitu kundi yang dijadikan alat untuk menimbang emas dan budi pula ssesuatu yang sangat berkaitan dengan akal dan pekerti yang secara simbolik sangat dipandang tinggi oleh orang Melayu.

Begitulah serba ringkas huraian daripada pantun di atas. Sekian, terima kasih. 

 

 

 

Lain-lain06.07.2009
peribahasa pungguk rindukan bulan atau pungguk merindukan bulan

Dalam kebanyakan pantun dalam buku 'Kurik Kundi, Merah Saga' (Koleksi Pantun) mengungkapkan seperti yang berikut:

1. Seperti pungguk rindukan bulan

2. Macam pungguk rindukan bulan

3. Laksana pungguk rindukan bulan

 

Tetapi dalam contoh yang diberikan dalam KD4:

1.Seperti pungguk merindukan bulan.

 

 

Lain-lain20.02.2009
Saya nabila ingin bertanya isi pantun yang ter baik dalam bahasa Melayu.Tuan boleh membuat rujukan pada buku Kurik Kundi Merah Saga, buku pantun terbitan DBP. Terdapat 5653 rangkap pantun di dalam buku ini. Bagi membantu, tuan juga boleh melayari laman web DBP di www.dbp.gov.my dan klik pada katalog awam dalam talian. Saudara boleh mendapatkan bahan carian dengan menaip jenis-jenis bahan yang diperlukan pada ruangan carian.Sastera24.10.2013
123

Kembali ke atas