Bolehkah "learned curriculum" diterjemahkan sebagai "kurikulum terpelajar" ataupun "kurikulum yang dipelajari" memandangkan "learned curriculum" merujuk kepada kurikulum yang dipelajari pelajar dalam kelas? Jawapan daripada carian kata adalah "kurikulum ilmiah". Saya berasa perkataan "ilmiah" kurang selaras dengan "apa yang pelajar pelajari dalam kelas" , ia lebih kepada bahan ilmiah, jurnal ilmiah, majalah berilmiah dsbg. Ini adalah pandangan saya mungkin tidak betul. Sila beri tunjuk ajar Terima kasih | Untuk makluman, perkataan "learned" boleh diterjemahkan kepada beberapa perkataan dalam bahasa Melayu, iaitu berilmu, ilmiah dan dipelajari. Penggunaan padanan bahasa Melayu ini bergantung pada konsep dan konteks penggunaan. Sekiranya tuan pasti konsep istilah ini merujuk kepada kurikulum yang dipelajari pelajar dalam kelas, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah kurikulum dipelajari. | Istilah | 29.07.2013 |
Penterjemahan tema daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu: 1. learned curriculum 2. experienced curriculum 3. curriculum consonance Terima kasih. | 1. kurikulum ilmiah 2. kurikulum pengalaman 3. konsonans kurikulum | Istilah | 17.11.2008 |
Ejaan bagi ko-kurikulum dieja bergabung atau berpisah? 1. Ko-kurikulum 2. Kokurikulum Yang mana betul? | Ejaan yang betul ialah kokurikulum | Ejaan | 06.08.2007 |
Saya sedang membuat kajian berkaitan penilaian kurikulum. Saya menggunakan 'participants-oriented approach'. 'Participants' dalam konteks kajian saya ialah mereka yang terlibat secara langsung dalam perlaksanaan kurikulum iaitu pengajar, pelajar dan pentadbir. Pertanyaan saya ialah bolehkan saya terjemahkan 'participants' kepada 'partisipan'. Sekiranya ia diterjemahkan 'participants' kepasa 'peserta' ia akan membawa maksud yang lain. Peserta bermaksud mereka yang mengikut kursus atau program. Sekiranya saya menggunakan perkataan peserta, konteks kajian saya telah berubah. Mohon pandangan tuan. Terima kasih. | Istilah "partisipan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh digunakan. Pada pandangan kami, istilah yang sesuai dalam konteks ini ialah responden. Dalam Kamus Dewan edisi keempat, "responden" bermaksud orang yang memberikan maklumat (menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dan sebagainya) dalam sesuatu kegiatan kaji selidik. | Istilah | 13.02.2013 |
Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia, Saya ingin bertanya. Ayat yang mana betul: 1. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum dalam bilik darjah. 2. Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah. Sekian, wassalam. | Ayat yang betul ialah "Bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik darjah." - kerana di dalam menunjukkan tempat yang ada ruang. | Tatabahasa | 02.02.2010 |
Gaya penulisan: contoh : Pembudayaan Pengurusan Kurikulum Berkualiti, antaranya: - Mesyuarat 3 kali setahun. - Menyediakan JK Kajian Tindakan. Adakah perlu digunakan huruf besar ( M ) dan noktah untuk 2 frasa di atas . | Ayat yang betul ialah " Gaya penulisan: contoh : Pembudayaan Pengurusan Kurikulum Berkualiti antaranya; mesyuarat 3 kali setahun dan menyediakan JK Kajian Tindakan. " | Tatabahasa | 04.12.2009 |
Assalamualaikum 1.Apakah yang dimaksudkan dengan koakademik? 2. yang mana betul? koakademik atau ko-akademik | Tidak ada makna koakademik dalam sumber rujukan kami. Jika kokurikulum bermaksud kurikulum yang merupakan sebahagian daripa kurikulum asas, maka koakademik boleh membawa maksud sebahagian daripada ilmu pengetahuan asas. | Makna | 21.06.2012 |
SAYA NAK TAHU APAKAH MAKSUD METADOLOGI,KOKARIKULUM,DEFINASI DAN OBJEKTI SECARA MENDALAM.TERIMA KASIH | Métodologi ialah sistem yg merangkumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin. kurikulum ialah merupakan sebahagian drpd kurikulum asas; kegiatan (aktiviti) ~ kegiatan atau aktiviti selain mata pelajaran yg diajarkan dlm bilik darjah tetapi yg dianggap sbg sebahagian drpd kursus pendidikan pelajar di sekolah (mis kegiatan dlm persatuan-persatuan, kegiatan kesukanan, dll). Definisi pula ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan konsep atau makna sesuatu kata, frasa, dll, takrif: sebahagian besar perkataan dlm kamus ini diberi ~ dan dituruti oleh kata seerti. Manakala makna objektif ialah sesuatu yg khusus yg ingin dicapai, matlamat, tujuan; 2. berasaskan kenyataan atau fakta sebenar; 3. tidak dikuasai atau dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka sendiri; ujian ~ ujian (peperiksaan) yg menghendaki jawaban antara beberapa pilihan dan markah yg diberikan tidak bergantung pd penilaian pemeriksa. Harap maklum. | Makna | 15.08.2007 |
buku panduan elektrik | Sila berikan dengan jelas tajuk buku/modul supaya pihak kami dapat menerangkan dengan lebih jelas apakah keperluan pihak tuan. Sila hubungi Pusat Perkembangan Kurikulum seperti alamt di bawah: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Parcel E 62604 PUTRAJAYA 03-88882000/03-88842036 (Pn.Jagdeesh Kaur) | Lain-lain | 23.02.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa melayu merentas kokurikulum | Bahasa Melayu merentas kurikulum biasanya membawa maksud penggunaan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa bukan hanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, malahan dalam semua mata pelajaran lain. Tujuannya supaya bahasa Melayu digunakan secara betul dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dalam kokurikulum, penggunaan bahasa Melayu mempunyai tujuan yang sama. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Kurikulum dan bahagian pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran. | Makna | 19.10.2006 |