Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.nia] | کورنيا

Definisi : 1. belas kasihan, timbang rasa, kasih: jikalau ada ~ Duli Yang Dipertuan, patik hendak bermohonlah kembali ke Inderagiri; dgn ~ Allah dgn kasih (Rahim) Allah; 2. anugerah, pemberian (drpd Allah atau raja) sbg tanda kasih: hidangan nasi diangkat orang ke tengah balai sbg ~ ayapan baginda; mengurniai menganugerahi, memberi, menghadiahi (kerana menunjukkan kasih dll), menyatakan kasih kpd: maka Tun Bija dgn segala kawannya semua dikurniai betara persalin; manusia dikurniai Allah berbagai-bagai kepandaian; mengurniakan menganugerahkan, mem­berikan (kerana menunjukkan kasih atau penghargaan): Tuhan yg ~ ilmu kpd manusia; lalu dikurniakan oleh baginda wang yg sebanyak permintaan Pak Kaduk itu; kurniaan anugerah, kurnia: ~ bintang-bintang kehormatan semuanya atas nama baginda; pengurniaan perihal atau perbuatan mengur­niakan: upacara ~ bintang-bintang kehormatan; pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah Yang Maha Besar dan Penyayang, P~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kur.nia] | کورنيا

Definisi : 1 pemberian drpd Allah atau drpd raja sbg tanda kasih kpd seseorang kerana jasanya dll; anugerah: mendapat ~ sultan. 2 belas kasihan; timbang rasa: jika ada ~ tuanku jika ada perasaan kasihan tuanku. mengurniai memberikan kurnia kpd; memberi seseorang kurnia; menganugerahi: Pasangan itu dikurniai Allah dua orang anak. mengurniakan memberikan sesuatu sbg kurnia kerana membalas jasa dll; menganugerahkan: Baginda telah ~ bintang-bintang kehormatan kpd rakyat baginda yg telah berjasa. kurniaan sesuatu yg dikurniakan; pemberian (gelaran dll). pengurniaan perbuatan (hal dsb) mengurniai atau mengurniakan. pengurnia yg mengurniakan sesuatu: Allah, ~ segala nikmat dan kesenangan kpd sekalian hamba-Nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kurnia (kata nama)
Bersinonim dengan kasih, anugerah, pemberian, nikmat, hadiah, berkat, rahmat;,
Kata Terbitan : mengurniakan, kurniaan, pengurniaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
INGIN MENGETAHUI MENGENAI EJAAN YANG BETUL.. Kurnianya, Kurnia-Nya, atau KurniaNya. yang mana satu betul penggunaannay. Sebagai contoh Bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan limpah dan Kurnia-NyaEjaan yang betul ialah kurnia-Nya. Kata ganti nama yang merujuk Allah seperti -Nya dan -Mu hendaklah ditulis dengan huruf besar dan didahului tanda sempang.Ejaan04.04.2012
Tuan, Apa komen tuan tentang penggunaan " Di" dalam iklan yang berbunyi seperti berikut: 1. Pandulah dengan cermat di Hari Raya ini- (oleh Kurnia Insurans di m/s 23 Utusan Malaysia 11/10/07) 2.Balik kampung lebih selamat di Hari Raya ini- (0leh PLUS di m/s 30 U.Malaysia pada 11/10/07) Sekian terima kasih.Penggunaan yang betul ialah perkataan pada bukan di.Tatabahasa25.10.2007
Bolehkah saya mendapat rujukan tentang Latar Belakang Dr. Lim Swee Tin, serta karya sastera beliau? Harap dapat sokongan dari DBP. Sekian ribuan Terima Kasih.

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dalam buku :

- Biografi Lim Swee Tin : meniti liku menuju ke puncak terbitan Citra Kurnia Ent. tahun 2008

- Majalah Dewan Sastera Mac 2003

Lain-lain05.08.2010
Assalamualaikum Sebenarnya saya cukup minat membaca Munsyi Bahasa oleh Muhammed Salehudin Aman dalam TUTOR yang disisipkan bersama akhbar Utusan Malaysia. Adakah terdapat sebuah buku tentang tulisan beliau itu? Saya ingin membelinya. Terima kasih. Zol kepli YahayaKumpulan tulisan Munsyi Bahasa yang disiarkan dalam TUTOR oleh Encik Muhammad Salehudin Aman diterbitkan dalam buku bertajuk Mari Kita Berbahasa Jilid 1 dan Jilid 2. Buku-buku ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise yang beralamat 7256, Jalan 18/10, tAMAN sRI sERDANG, 43300 Seri Serdang, Selangor.Lain-lain07.10.2008
Apakah nama buku terbitan DBP yang sesuai untuk Penulis Muda yang tercari-cari bimbingan dan panduan untuk belajar tentang penulisan kreatif ?

Saudara boleh merujuk buku-buku yang berikut:

  1. Dinamika Kreatif Penulisan Cerpen Lim Swee Tin Cerdik Publications Sdn. Bhd. 2000
  2. Karya nan indah: panduan penulisan kreatif Faisal Tehrani Al-Ameen Serve Holdings Sdn. Bhd. 200
  3. Menangani Penulisan Kreatif Sastera Remaja Talib Samat Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ] 
  4. Penulisan kreatif: teori, pengalaman dan cabaran Othman Puteh Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001
  5. Proses Penulisan kreatif Mana Sikana EDN Media 2004

Saudari juga boleh merujuk Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan ada menganjurkan bengkel/kursus bimbingan penulisan kreatif.

Untuk maklumat lanjut, saudari boleh menghubungi Puan Akibah binti Abu Hassan, Bahagian Pengembangan Sastera Kebangsaan di talian 03-21482550 atau e-mel akibah@dbp.gov.my

Harap maklumat yang diberikan dapat membantu saudari.

 

Lain-lain01.03.2009

Kembali ke atas