Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kur.si] | کورسي

Definisi : 1. jawatan profesor di universiti: suatu ~ pengajian komunikasi di UKM akan diwujudkan utk meningkatkan pengetahuan dan kecekapan para wartawan dan pengmal media; Ketua Menteri Sarawak telah melancarkan K~ Kajian Dayak di Universiti Malaysia Sarawak; 2. Id kerusi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kursi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Saya mohon pencerahan DBP tentang penulisan nama-nama ayat atau surah di dalam al-Quran, apakah harus di huruf besar? Kerana saya tidak menemukannya di dalam Kamus, nama-nama seperti berikut: ayat kursi/ Ayat Kursi/ ayat Kursi surah al-Baqarah/ Surah al-Baqarah/ surah al-baqaroh fatihah/ Fatihah Sekian saja atas penerangannya saya ucapkan terima kasih. Salam hormat, Ahmad ShahNama-nama surah di dalam al-Quran ditulis dengan huruf besar kerana ia merupakan nama khas, seperti Al-Furqan dan Al-Fatihah.Ejaan15.04.2020
Salam sejahtera, Mengikut penerangan yang diberikan melalui lampiran yang disediakan, perkataan al-Quran dieja dengan huruf A besar - Al-Quran. Manakali, penjelasan dari tarikh-tarikh yang lain menunjukan ianya dieja dengan huruf A kecil - al-Quran. Yang mana satu agaknya ejaan yang betul? Terima kasih!Ejaan yang betul mengikut Gaya Dewan ialah al-Quran, surah al-Baqarah, al-fatihah, ayat Kursi kecuali perkataan  tersebut  berada dipermulaan ayat, contohnya: "Al-Quran adalah kitab hidayah dan panduan untuk kehidupan. Berusahalah mempelajari, membaca, memahami dan melaksanakan tuntutan al-Quran."Ejaan03.11.2020
Apakah terjemahan bagi His Grace? Jika Yang Mulia, bukankah ia akan menjadi sama dengan His Highness? Mengapa His Excellency diterjemahkan kepada Tuan Yang Terutama, bukan Yang Terutama? Sepatutnya His Majesty juga diterjemah sebagai Tuan Yang Mulia jika begitu. Gelaran Emperor Emeritus bagi Maharaja Akihito diterjemahkan sebagai Atimaharaja, betulkah, atau gelaran itu diterjemah sebagai Maharaja Emeritus? Apa maksud Atimaharaja? Empress Emerita bolehkan diterjemah sebagai Maharani Emerita? His Majesty The King diterjemah sebagai Baginda Raja atau Paduka Raja? Apa bezanya? Bagaimana cara yang betul untuk merujuk baginda-baginda raja seperti Raja Arab Saudi> Adakah KDYMM Raja Salman, Raja Arab Saudi atau DYMM Raja Arab Saudi Raja Salman?Dalam konteks khusus budaya di Malaysia, saya sarankan tuan menghubungi pihak yang berikut untuk rujukan panggilan hormat Agong/golongan kerabat diraja atau orang kenamaan serta merujuk panduan rasmi protokol yang sahih - sama ada pihak Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, atau Jabatan Penerangan Malaysia, atau Pejabat Kursi Institusi Raja-Raja Melayu (UiTM). Hal ini disarankan kerana gelaran rasmi dalam bahasa Inggeris ada hubung kait dengan autonomi istiadat pihak berwibawa, dan tidak mengguna pakai kaedah terjemahan literal.


Dalam konteks umum, data kamus dwibahasa DBP menunjukkan terjemahan panggilan hormat Tuan Yang Terutama/Tuan Terutama (kedua-duanya sama) sebagai His Excellency adalah betul. Terjemahan His Grace ialah Yang Teramat Mulia, dan lazimnya penggunaan tersebut adalah dalam budaya bangsawan barat atau penggunaan khusus keagamaan selain agama Islam.


Untuk pengesahan terjemahan Emperor Emeritus dan Empress Emerita, diterjemahkan sebagai Maharaja Emeritus, dan Maharani Emerita masing-masing adalah betul. Tiada kata Atimaharaja dalam data kami. 


Cara yang betul untuk merujuk baginda-baginda raja luar seperti Raja Arab Saudi juga tertakluk pada sumber rujukan sahih kerana pemakaian panggilan hormat untuk raja atau pemimpin luar negara perlu mengikut protokol antarabangsa, serta tidak boleh disamakan dengan konteks Malaysia. Untuk itu saya sarankan tuan mendapatkan sumber rujukan daripada pihak yang dinyatakan tadi atau pihak kedutaan negara berkenaan.

Penyemakan dan penterjemahan16.03.2025

Kembali ke atas