Adakah ayat berikut ayat tunggal? Kakak memakai baju kurung yang berwarna merah. Terima kasih. | Ayat tersebut ialah ayat majmuk. Ayat tersebut terdiri daripada dua ayat, iaitu: a) Kakak memakai baju kurung b) Baju kurung berwarna merah. | Lain-lain | 07.07.2017 |
Ibu menjahitkan kakak baju kurung. atau Ibu menjahitkan baju kurung kakak. Ayat yang mana betul? | Ayat yang betul ialah - Ibu menjahitkan kakak baju kurung. Menjahitkan bermaksud menjahit untuk orang lain. | Tatabahasa | 26.07.2010 |
Salam sejahtera. Ayat yang mana satu betul? 1. Warna baju kurung pilihan emak adalah biru. 2. Warna pilihan baju kurung emak adalah biru. | Ayat yang lebih gramatis ialah Warna baju kurung pilihan emak ialah biru. | Tatabahasa | 17.06.2016 |
yang mana satu yang betul? Pelajar-pelajar diajarkan cara-cara menjahit baju kurung @ Pelajar-pelajar diajar cara-cara menjahit baju kurung | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, ayat pelajar-pelajar diajar cara menjahit baju kurung lebih sesuai digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penerangan berkaitan perkara ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 13.08.2007 |
saya ingin bertanya, pada bahagian glosari dialek kelatan, terdapat fonetik yang yan bertanda petak ([]) seperti yang saya lampirkan sebagai gambar untuk entri congok. adakah bentuk tersebut dikira sebagai fonetik? minta penjelasan . terima kasih | Tanda kurung yang dimaksudkan ialah kurung suku yang digunakan untuk untuk mengapit huruf atau perkataan. Ini bukanlah simbol fonetik tetapi digunakan dalam bidang fonetik untuk mengapit huruf/kata. | Tatabahasa | 23.04.2020 |
BOLEH HURAIKAN SECARA TERPERINCI TENTANG PENGGUNAAN PERKATAAN SIMBOL YANG BETUL DAN TERKINI UNTUK TAHUN 2012 | Setiap simbol/tanda baca ada fungsinya. Tiada rujukan yang terkini dan dalam hal tanda baca rujukan utama ialah buku Gaya Dewan, terbitan DBP. Terdapat 17 tanda baca yang telah digunakan dengan mantap, iaitu tanda koma (,), tanda noktah (.), tanda pisah (-), tanda sempang (-), tanda elipsis (...), tanda titik bertindih (:), tanda koma bertindih (;), tanda soal (?), tanda seru (!), tanda kurung dan kelompok ({[( )]}), tanda kurung (( )), tanda kurung siku ([ ]), tanda kurung dakap ({ }), tanda petik (" "), tanda petik tunggal (' '), tanda garis miring (/) dan tanda penyingkat ('). Untuk mengetahui fungsi setiap tanda baca sila rujuk buku Gaya Dewan, halaman 64 - 79. | Lain-lain | 11.09.2012 |
Adakah ayat ini betul? Kakak menjahitkan ibu sepasang baju kurung yang sedondon sempena hari jadi ibu yang akan diraikan pada minggu depan. | Shui terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Ayat yang betul ialah - -Kakak menjahitkan sepasang baju kurung yang sedondon untuk ibu sempena hari jadi ibu yang akan diraikan pada minggu depan. | Tatabahasa | 12.12.2009 |
Adakah ayat berikut betul dari segi penggunaan imbuhan men-...-kan bagi kata kerjanya dalam ayat: Ayah menghadiahkan saya seekor kucing @ Ayat menghadiahi saya seekor kucing. Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung @ Ibu menjahit saya sepasang baju kurung | Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. Oleh itu, ayat yang betul ialah "Ayah menghadiahi saya seekor kucing". Bagi ayat kedua, ayat yang betul ialah "Ibu menjahitkan saya sepasang baju kurung." Dalam bahasa Melayu, apitan me-...-kan juga membawa maksud benefaktif atau membuta sesuatu pekerjaan untuk orang lain. Perkataan tersebut dalam bahasa Melayu tidaklah banyak.
| Tatabahasa | 20.04.2013 |
salam saya ada keraguan tentang kata nama baju kurung, kain sari dan ceongsam di antara tiga kata nama ini yang nama satukah kata nama khas dan apakah huraiannya yang menyatakan kata nama ini sebagai kata nama khas. | Kata nama am merujuk benda atau perkara yang bersifat umum manakala kata nama khas merujuk sesuatu benda yang bersifat khusus. Oleh itu, baju kurung, kain sari dan ceongsam ialah kata nama am. | Tatabahasa | 01.11.2010 |
Encik, Emak memerlukan [ telur kuning / kuning telur] untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna [telur kuning / kuning telur]. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat [patriotik / patriotisme] dalam kalangan anak muda. Bolehkah tuan tolong jelaskan? | Jawapan yang betul ialah Encik, Emak memerlukan kuning telur untuk membuat kek. Emak memakai baju kurung yang berwarna kuning telur. Bulan Kemerdekaan perlu disambut secara besar-besaran kerana dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan anak muda. | Lain-lain | 25.08.2010 |