Salam hormat, Saya ingin mengajukan pertanyaan dan pandangan berhubung penggunaan tanda kurungan ( ) bagi nama penandatangan surat rasmi. Baru-baru ini dalam satu perbincangan ada disebutkan tentang perkara ini. Situasi 1: penggunaan tanda kurungan ( ) bagi penandatangan surat rasmi bagi pihak (b.p.) ketua jabatan. Contoh: tandatangan (NAMA HURUF BESAR) Jawatan b.p. Ketua jabatan Situasi 2: tiada penggunaan tanda kurungan ( ) bagi penandatangan surat rasmi bagi jawatannya sendiri Contoh: tandatangan NAMA HURUF BESAR Jawatan *sebelum ini saya dan kebanyakan pegawai di organisasi saya telah menggunakan tanda kurungan ( ) bagi semua situasi. mungkin kami tidak begitu arif cuma mengikut keadaan saja. Jadi, saya ingin memohon pandangan daripada pihak DBP berhubung perkara ini supaya saya dapat memaklumkan kepada ketua saya dan membetulkan keadaan sekiranya perlu. Sekian, terima kasih. | Salam hormat, Semua surat rasmi yang ditandatangani walaupun dokumen tersebut ditandatangani oleh pegawai yang mewakili iaitu 'bagi pihak', mengikut Gaya Dewan hendaklah diletakkan kurungan dan ditulis dengan huruf besar. Contohnya: (DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABG. SHOKERAN) Pengarah, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, b.p. Ketua Pengarah Walaubagaimanapun, gaya penulisan surat rasmi bergantung kepada sesebuah institusi berdasarkan gaya penerbitan penulisan surat rasmi institusi masing-masing. | Lain-lain | 11.12.2012 |
Di dalam kurungan. Perkataan "dalam " mengikut konteks ayat di atas tergolong dalam golongan kata apa? | Di dalam kurungan, bukanlah satu ayat yang sempurna. Kata sendi nama "dalam" dalam keseluruhan frasa boleh menjadi sebahagian daripada subjek atau juga predikat bagi satu ayat yang lain. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
Permohonan semula kelulusan ejaan dan bahasa dari DBP untuk papan iklan. Penambahan kurungan telah dilakukan seperti dalam lampiran. Sekiranya lulus penambahan kurungan tersebut, diharapkan agar lampiran tersebut dapat disahkan oleh pihak DBP bagi tujuan permohonan lesen papan iklan dari Majlis Perbandaran Subang Jaya. Terima kasih. | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 26.10.2016 |
Salam hormat, Saya ingin mengajukan pertanyaan berkenaan penggunaan tanda kurungan ( ) dalam penulisan surat rasmi di bahagian tandatangan. Saya telah dimaklumkan dalam satu perbincangan baru-baru. jadi saya ingin mendapat kepastian dan pandangan daripada pihak DBP terlebih dahulu sebelum perkara ini dipanjangkan kepada pihak pengurusan untuk membuat pembetulan. Situasi 1: penggunaan tanda kurungan ( ) bagi penandatangan surat rasmi bagi pihak (b.p.) ketua jabatan. Contoh: tandatangan (NAMA HURUF BESAR) Jawatan b.p. Ketua jabatan Situasi 1: penggunaan tanda kurungan ( ) bagi penandatangan surat rasmi bagi pihak (b.p.) ketua jabatan. Contoh: tandatangan (NAMA HURUF BESAR) Jawatan b.p. Ketua jabatan | Salam hormat, Semua surat rasmi yang ditandatangani walaupun dokumen tersebut ditandatangani oleh pegawai yang mewakili iaitu, 'bagi pihak' mengikut penulisan Gaya Dewan hendaklah diletakkan kurungan dan ditulis dengan huruf besar. Contohnya: (DATUK ABANG SALLEHUDDIN BIN ABG. SHOKERAN) Pengarah, Jabatan Pengembangan Bahasa dan Sastera, b.p. Ketua Pengarah Walaubagaimanapun, gaya penulisan surat rasmi bergantung kepada sesebuah institusi berdasarkan gaya penerbitan penulisan surat rasmi institusi masing-masing. | Lain-lain | 11.12.2012 |
Tuan/Puan, Manakah cara menulis yang betul? Buat dua(2) salinan dokumen ini. (Tiada jarak antara huruf "a" dengan kurungan) atau Buat dua (2) salinan dokumen ini. (Ada jarak antara huruf "a" dengan kurungan) Sekian, terima kasih. Yang benar, Anisah | Ayat yang betul ialah Buat dua (2) salinan dokumen ini. | Lain-lain | 15.06.2010 |
APAKAH MAKSUD KEMERDEKAAN YANG SEBENAR | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, merdeka ialah (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). Manakala kemerdekaan ialah perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; | Tatabahasa | 07.09.2012 |
Mohon maklum balas cara penulisan yang betul di ruangan tandatangan bagi surat-menyurat. Contohnya: (IR. AHMAD IDWAN BIN MANSUR) Pengurus Besar Kanan Jabatan Sumber Manusia Soalan saya: 1. Perlu atau tidak letakkan kurungan ( ) itu; 2. Perlu atau tidak nama dieja dalam huruf besar; 3. sekiranya nama dieja dalam huruf besar, perlukan IR juga dieja dalam huruf besar atau ditulis (Ir. AHMAD IDWAN BIN MANSUR)? | 1. Nama perlu perlu dimasukkan ke dalam tanda kurungan 2. Nama perlu ditulis dalam huruf besar 3. Keseluruhan nama yang dimasukkan ke dalam tanda kurungan perlu ditulis dengan huruf besar termasuk IR | Lain-lain | 14.02.2019 |
Assalamualaikum wbt Tuan/Puan, Saya ingin mendapat kepastian berkaitan penulisan yang tepat bagi tatacara penggunaan angka dan perkataan dalam kurungan seperti berikut : i) Bilangan 1 - 9, contohnya 5 unit dinyatakan sebagai 5(lima) unit ii) 10 - 99, contohnya 55 unit dinyatakan sebagai 55(lima puluh lima) unit iii) 100 - 999, contohnya 555 unit dinyatakan sebagai 555 (lima ratus lima puluh lima) unit. Bolehkah bagi penulisan angka puluh,ratus dan ribu ditulis angka sahaja tanpa dinyatakan perkataan dalam kurungan. Mohon penjelasan bagi penulisan yang tepat. Terima kasih. Yang Benar, Halmi Ahmad | Menurut Gaya Dewan Edisi Ketiga, terdapat cara untuk menulis nombor dalam ayat, iaitu, nombor yang kurang daripada 10 hendaklah dieja sepenuhnya manakala nombor 10 ke atas boleh menggunakan angka sahaja. | Tatabahasa | 02.01.2013 |
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan. | 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat. 3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
Bolehkah kita menulis angka dalam kurungan seperti dua contoh ayat berikut: majlis itu akan dihadiri oleh 50 (lima puluh) orang peserta ...; majlis itu akan dihadiri oleh lima puluh (50) orang peserta ... | Ejaan yang betul ialah "Majlis itu akan dihadiri oleh lima puluh (50) orang peserta". | Tatabahasa | 27.05.2011 |