munsyi, Tubuhnya yang kurus seperti buluh itu sering menjadi bahan ketawa orang ramai. | Orang yang sangat kurus (kerana sakit) lazimnya disebut kurus kering. Sila manfaatkan kemudahan yang disediakan di www.prpm.dbp.gov.my dan di ruangan Carian Spesifik tuliskan perkataan yang hendak dicari, saudara akan mendapat data daripada pelbagai sumber seperti kamus, istilah dan peribahasa. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus | Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus". | Tatabahasa | 21.06.2011 |
1. Manakah yg betul? i. Apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. ii. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus. 2. Apakah maksud 'telejariah' ? Terima Kasih. | 1. Kedua-duanya betul. 2. "Telejariah" merupakan istilah khusus yang digunakan oleh mana-mana institusi kewangan Islam untuk menawarkan khidmat beramal jariah melalui telefon.
| Lain-lain | 20.08.2009 |
Soalan : Tubuh penagih dadah itu kurus ___. Pilihan jawapan yang manakah lebih tepat - amat atau nian? Mengapa? | Berdasarkan ayat yang dikemukakan oleh saudara, jawapan yang paling sesuai ialah "Tubuh penagih dadah itu amat kurus". | Lain-lain | 28.08.2007 |
salam tuan, izinkan saya bertanya. betulkah perkataan "menguruskan" mempunyai dua kata dasar yang berlainan maksud, iaitu, urus dan kurus ? terima kasih | Betul, kata 'urus' dan 'kurus' kedua-duanya boleh diimbuhkan menjadi 'menguruskan'. makna 'menguruskan' bergantung pada makna kata dasar yang menbentuknya. | Tatabahasa | 27.05.2013 |
I Dia yang menggambarkan dirinya pelukis terkenal tanah air. II Dari hari ke sehari dia kelihatan semakin kurus. apakah kesalahan tatabahasa bagi kedua-dua soalan di atas? terima kasih | I. Dalam ayat tersebut, 'yang' tidak perlu dan ayat yang betulnya ialah 'Dia menggambarkan dirinya pelukis terkenal tanah air.' II. Dari hari ke hari dia kelihatan semakin kurus. Harap maklum. | Tatabahasa | 05.06.2008 |
Sekumpulan kerbau sedang berkubang di bawah pokok yang berdaun kurus itu. munsyi, adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa? TK | Ayat yang gramatis Sekumpulan kerbau berkubang di bawah pokok yang berdaun kecil itu. | Tatabahasa | 18.05.2012 |
PENGESAHAN EJAAN PAPAN TANDA SYARIKAT: EMPAYAR DAMAI SDN BHD (681281-X) ALAMAT: NO 16089 & 16090 HADAPAN NIRWANA JALAN KUBANG KURUS 24000 KEMAMAN TERENGGANU NO TEL: +609 8599090/91 NO FAKS: +609 8599092 EMAIL: sales@empayardamai.com | Masukkan keterangan aktiviti dalam iklan tersebut, contohnya: Pejabat Urusan, diikuti nama syarikat dan alamat, pastikan ejaan yang digunakan adalah ejaan yang betul seperti Tel. (singkatan mesti ada noktah), Faks dan E-mel. | Lain-lain | 24.10.2011 |
Saya ingin memastikan ayat-ayat di bawah yang manakah mempunyai tatabahasa yang betul: 1) Budak itu gemuk tetapi cergas. 2) Budak itu kurus tetapi cergas. Terimakasih. | Kedua-dua ayat betul bergantung pada sifat yang hendak disampaikan atau ditonjolkan. | Tatabahasa | 28.04.2008 |
salam . apakah perkataan berlawan buncit | Untuk makluman saudara, tidak semua perkataan ada lawannya. Tidak ada perkataan lawan bagi kata buncit yang lazim diungkapkan seperti gemuk lawannya kurus dan tinggi lawannya rendah. | Tatabahasa | 21.09.2011 |